Bismillah
Mulai hari ni aku nak letak satu perkara yang boleh disyukuri setiap hari.Insya Allah semoga menjadikan aku seorang manusia yang lebih bersyukur kurang merungut
Alhamdulillah Allah bagi aku mama dan abah. nikmat terbesar selepas Islam. Sentiasa pastikan kami selesa dan selamat. Rasa macam duk dalam perut mama lagi. Hehehe
Tak cukup lagi tu, Allah bagi pulak aku mak dan abah. Melahirkan seorang anak lelaki yang luar biasa dan besar maknanya dalam hidup aku dan baaaaaiiikkk sangat dengan aku.
Mereka semua masih sihat, dan menyayangi kami dengan sepenuh hati. Satu lagi alasan untuk bersyukur pada Mu hari ni. Alhamdulillah atas nikmat Mu ya Allah
Post a Comment