Archive for 2013

6 tip menjadi ibuayah yang lebih sabar bila anak buat perangai

Bismillah

Ha ada tak? ada tak? ada tak?

Ada apa?

Ada tak kat sini ibu-ibu yang dah jadi singa? Kof kof kof. (Ini batuk untuk sesapa yang blur)

Kenapa ibu selalu jadi SINGA?

Stres adalah lumrah biasa untuk sang ibu surirumah mahupun bekerjaya. Kerja rumah, kerja ofis yang tak pernah habis memang mengundang keletihan dan keserabutan. Tapi tetap kena buat. Tak akan pernah ada cuti. Tapi wajib cari masa untuk break sebentar bersama Herbalife shake. Eh?


Ok ini serius.

Sejak dah anak 2 ni, mudah sangat blood go upstairs. Darah naik ke atas. Naik darah lah gitu. Bila Aliff semakin membesar dan bijak ni, banyak benda nak explore dengan adjustment time aku dengan adik yang semakin nak perhatian jugak memang kadang-kadang pitching lari sikitlah kan. 

Itu ok lagi. Ada masa hilang kewarasan jap. Pitching boleh pecah kaca gelas kat dapur tuh.

Itu maksudnya MENJERIT.

Ish ish ish tak patut, tak patut-kata Aliff meniru dialog Boboi Boy. -_____-

Bukan apa. bila dah penat, anak pulak refuse apa yang kita cakap, kita jugak sebagai ibu akan upset dan hampir berputus asa untuk bertahan jadi yang terbaik lalu termeletop jugaklah kan akhirnya.

Anak pula baru nak membesar, belum faham serba serbi kenapa tu tak boleh ni tak boleh. Belum faham logik akal macam orang besar. Penuh emosi, YES!

Zaman sekarang ni kan, tak boleh nak samakan dengan zaman tok nenek kita yang pakai kaedah rotan, tinggi suara segala untuk mendisplinkan anak-anak. Kaedah nak displin mereka sangat berbeza dengan anak-anak moden sekarang. Mana taknya teknologi makin lama makin hebat, sensitivity anak-anak semakin tinggi. Semua dah bijak-bijak belaka. Jadi ibu ayah moden pun kena mendidik anak-anak banyak guna psikologi dan emosi berbanding fizikal dan arahan semata-mata.

Setiap tindakan yang kita nak educate kena bagi reason di sebalik pengajaran yang kita nak bagi.

Aku pernah terbaca satu ayat, YELLING IS THE NEW SPANKING. Terus insaf.

Mengikut sebuah study terbaru dalam journal of Child Development, yelling — defined as shouting, cursing, or insult-hurling — may be “just as detrimental” as physical punishment to the long-term well-being of adolescents. Even in otherwise loving homes, yelling, cursing or insults can have many of the same effects as hitting and can lead to depression, anxiety, and low self-esteem in kids.









Kali ni ibu nak share sikit apa ibu dapat daripada sharing kat internet tentang macammana kita sebagai ibu jadi lebih bersabar dan tenang dalam menangani anak-anak. Tip kat bawah ni tak semestinya CONFIRM berjaya untuk semua ibu ayah. Namun yang kita boleh buat adalah usaha dan usaha yang konsisten. Insya Allah hasilnya luar biasa!

Aku share pun bukannya nak bajet bagus kan. Dah namapun diari kehidupan aku, kenalah jot down perkara penting bila dapat input best. Dah jom cekidaut.

6 tip menjadi ibuayah yang lebih sabar bila anak buat perangai

Tip #1 Anggap macam ada orang tengah memerhati kita sebagai mak ayah

Imagine jelah kalau orang ramai tengok kita setiap kali kita mengamok. Malu tak malu? Tak cunlahkan. Kita sendiri pun kalau mengamok, cuba tengok diri sendiri kat cermin. Huduh beb. Sebab tu orang yang kerja customer servis memang cermin disediakan untuk mereka. Baru nak hangin, nampak muka buruk terus tak jadi. Ahaks.

Tip #2 Bantu anak untuk share diorang punya perasaan

Aku pernah try ni. Lepas TERmarah Alif, aku duduk sama level dengan mata dia dan aku tanya, "Abang, marah ibu ke?" Terus dia buat muka bengis, ketap gigi sambil kecik kan mata dia." Amboi bukan main marahnya yeh. Selalunya Aliff takkan jawab. So aku bagi contoh-contoh jawapan supaya dia boleh ekspres lagi kegeraman dia tu. Sambil pujuk dan bagitahu apa yang dia tak patut dan patut buat.

Tip #3 Try a BIG squeeze

Cuba try squeeze barang mainan yang boleh kita squeeze bila nak lepas geram contoh macam bola ke. At least ada saluran ke mana stress kita bole pergi. Taklah terpendam duk dalam jiwa je kan? Boleh gilak ko!

Cuma sebagai membantu kita lebih bertenang dan fokus balik apa yang sebenarnya kita boleh buat supaya anak kita paham apa yang kita nak sampaikan. Selain daripada kekdah tarik nafas, hembuuuuipada kekdah 

Tip #4 Berfikir macam seorang cikgu

Ha cekgu kau. Cemana? Nak kena bukak buku lah balik eh? 

Tak payah.

Kat sini maksudnya jadi macam cikgu, maksudnya kalau anak buat salah atau buat sesuatu yang kita tak suka yang dia sendiri tak tahu betul ke tidak. So kita kena jadi cekgu, kena berfikir untuk jadi lebih kreatif ajar pasal sesuatu perkara instead of cakap direct dengan nada yang tinggi.

Contoh, Aliff suka sangat pegang muka adik dia, Fateh. Walhal muka adik dia tu ezcema gatal-gatal dan sensitif. Apa ibu selalu pesan pada Aliff sambil pegang muka dia, " Abang tak suka kan kalau ibu pegang muka abang macam ni, rimas kan? Macam tu jugak adik. Kalau abang nak pegang, meh pegang muka ibu. Muka ibu cantik. Eh?" 

Ha lebih kurang macam tu. Pujukan itu belum berjaya lagi sampai sekarang. Tapi konsisten je pesan.  Budak 3 tahun ni lagi suka imitate, copy so boleh try bahasa badan sekali. Praktikal. Banyakkan action dan percakapan.

Tip #5 Tukar suara yang nyaring kepada bisikan

Perasan tak, kadang-kadang kita tak marah pun, masa-masa biasa pun, kita akan cakap dengan anak-anak dengan intonasi tinggi. "Aliff cepat masuk dalam kereta, kita dah lambat ni. CEPAT!CEPAT!"

Ha gitu.

Instead of intonasi tinggi, kits guna kaedah bisik lak. Sebab bisik ni lebih menarik perhatian anak-anak. Macam suspicious, misteri gitu.

Contoh, "pst, pst. Aliff sini. Sini. Masuk kereta. Kita nak ikut ayah work, jangan bagitahu ayah. Kih kih kih." Tulisan kecik bermaksud berbisik.

Tip #6 Jadi contoh pada anak-anak

PARENTS is the best role model for children.

Monkey see monkey do.

Kadang-kadang kalau terdengar masa-masa anak kita jerit-jerit marah kat orang, cuba dengar pasang telinga apa perkataan yang dia sebut. Audit balik bahasa dan word seharian yang kita guna dengan suami dan kawan-kawan.

Tak ada cekgu dan pembelajaran yang lebih baik selain ibu ayah dan dari rumah :)

------------------

Atas ni semua just idea je.

Kadang kalau jerit, kemudian nyesal tu biasa.

Cuma apa tindakan yang kita boleh buat adalah, IMPROVE PADA LEBIH BAIK. Insya Allah we can do it as a good parents.

Parenting tu luaaas sangat bidangnya, tak tertumpu kepada sesuatu tip atau kaedah. Lain orang lain caranya. Jadi, kalau kita ada cara kita sendiri yang dapat bantu kita lebih bertenang daripada asyik nak marah je, amiklah masa tu. Contoh macam pergi bercuti ke spend 30 minit untuk minum kopi ke.

Yang penting kita USAHA cari jalan daripada asyik marah-marah, terjerit-jerit bila anak kita dah tertekan butang kemarahan kita tu supaya kita sentiasa dalam mood yang baik dan bahagia untuk terus berkhidmat sebagai ibu dan isteri mithali. WAH HEBAK NADIAH CAKAK. Huhuhu. 

Happy parenting uolss~


Work from home, 
Herbalife lifestyle parents
+60122551037 

Posted in , | Leave a comment

Resepi orang sibuk | Sambal telur hancur

Bismillah. 

Have u had your shake today?


Ahem. Mesti ada yang fikir macam orang tak percaya je, macam tengok aku atas bawah, atas bawah dengan pandangan sinis sekali,

Wow, cekgu Jemah MASAK ke?

Alhamdulillah rajinlah sikit masak sekarang dah berempat kan. Jimat sikit. Tapi sebab sibuk so far boleh masak resepi yang, TING sekalip mata dah siap.

Mana taknya. Kalau nak masak,

Nak kena prepare bahan, nak kena bersihkan dan siang bahan-bahan nak masak. Lepas tu masak. Dah habis masak nak kena kemas segala. Cuba bayangkan proses segalanya tu berapa lama dah spend kat masak je. Ah kau Nadiah banyak je alasan

So kali ni, aku nak share resepi paling laju aku boleh buat selain telur mata dan telur dadar. Kof kof kof. RESEPI SAMBAL TELUR HANCUR. sebagai lauk tengahari masak satu je lauk. 

Untuk sayur aku suka fresh gitu salad dan tomato ceri. Tak payah masak. Ala-ala ulam gitu. SEBENARNYA, kemalasan hamat. Tapi alhamdulillah jimat masa dan kurang vitamin hilang. Kah kah kah



Resepi belasah nama dia.

Entri ini adalah cubaan untuk share resepi untuk herbalifemom atau mak-mak yang bizi bizun nak masak. Nadiah selalu aje fail kalau share resepi sebab dia masak suka belasah.

Insya Allah nantikan resepi sihat lak.

Selamat mencuba!

Posted in , | Leave a comment

Work from home mama : Tolong ibu buat kerja rumah

Bismillah.

Sejak 2 menjak ni, memang ibu dah tak menang tangan. Betul-betul housewife ni. Ewah.

Ada masa memang hampir give up. Rasa nak amok bibik je tolong mana-mana yang boleh. Tapi belum cukup bajet lagi. Banyak duit nak pakai dan yang paling penting nak simpan. Hohoho future planning gitu.

Kadang-kadang, kalau ibu rasa ibu nak fokus kerja Herbalife dan ada banyak kerja rumah nak urus, ibu cuba adjust dengan hantar Alif ke rumah atuknya. Ada pakcik dia jugak yang rajin melayan beliau. Hohoho. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan :)


Aliff suka thangatla pakcik dia bawak naik otto

Now is perintah berkurung sejak dah pandai niarap ni kan?

Masa-masa senggang, masa untuk gomol mereka!

Jadi kali ni, ibu nak share sikit kadang-kadang ibu ada sibukkan diri Aliff dengan kerja rumah supaya tak lah terlalu asyik tengok TV. My bad, Aliff still ralit tengok TV. Insya Allah ibu usaha lagi part TV tu. Dah banyak kali discuss dengan abang tentang ASTRO. Better pakai CD je, tapi kadang-kadang bila tangguh tu ada je cabarannya.

Kenapa nak kena joinkan anak-anak dalam kerja rumah atau masak-masak di awal umur kanak-kanak ni?

Insya Allah anak-anak lebih memahami ibu dan terbiasa dengan kerja ibu dan kasih sayang dapat dipupuk dengan masa bersama di dapur dan menghasilkan masakan penuh kasih sayang. Dah besar nanti, anak-anak tetap cari masakan ibu jugak, walaupun taklah sedap mana punkan.

6 idea yang boleh kita ajak untuk masak bersama anak-anak

Tip #1 Sentiasa pastikan dapur adalah selamat untuk anak-anak

Guna simple arahan untuk menunjukkan macammana nak handle benda tajam seperti garfu, pisau, macammana nak guna dapur dengan cara yang selamat. Tekankan tentang kepentingan kebersihan seperti basuh telur sebelum memasak, basuh tangan, cuci alat-alat memasak sebelum dans elepas penggunaan supaya bakteria tak merebak semasa memasak.

Tip #2 Masak bersama anak ketika ibu-ibu semua dalam keadaan bersabar

Ajak mereka masak betul-betul masa ibu ibu dalam keadaan bertenang dan chill. Elak sama sekali masak bersama masa kita nak cepat. Kita nak anak kita masak bersama dengan perasaan positif dan bukannya kelam kelibut nanti apa pun tak jadi. Frust je :|

Tip #3 Jadikan dapur sebagai kelas

Nak kena rajin bercerita macammana itu, ini apa. Apa yang membuatkan kek boleh mengembang? Berapa banyak sukatan tepung nak masuk dalam kek coklat? Math, sains semua boleh start dari dapur. Paling penting sekali jadikan persediaan memasak tu sebagai daily routine dengan menyelitkan pembelajaran-part of learning process. Tak semestinya ikut buku semata.

Tip #4 Masa memasak bersama anak-anak boleh bagi arahan yang mudah
  • Potong butter guna pisau tumpul (pisau depalah)
  • Letak tepung ke dalam sukatan
  • Prepare meja makan, pinggan mangkuk
  • Rasa masakan yang di masak bersama
  • Basuh sayur
  • Kocak telur
  • Kopek kulit telur rebus
  • Bancuh shake, masukkan scoop by scoop of F1, suss dan ais dalam blender (Aliff paling suka buat ni!)


Tip #5 Biar anak-anak pilih menu

Yang ni kalau besar Aliff tak boleh lagi sebab dalam kepala dia asyik fikir nasi, kicap dan telur je. Hok hok. So maybe 5 tahun ke atas should be ok :) Tapi kalau ajak shopping barang dapur boleh consider. Mintak tolong dia carikan kicap ke spageti ke susu ke ha yang tu dia suka. Walaupun kebanyakan masa sebenarnya dia lagi suka berlari-lari sambil jerit-jerit kat shopping complex tu kan -____-

Resepi roti telur hot dog

By chef Aliff, SELAMAT MENCUBA!
Sikit sharing sikit yang boleh dikongsi bersama. Ibu-ibu sibuk camane pun selitkan jugak aktiviti ni! Penting! Jangan menyesal kemudian hari, nanti anak malas masak macam aku ._______.

*Krik krok krik krok (bunyi cengkerik tahan gelak)

Posted in , | Leave a comment

Whatsapp

Bismillah

Lately macam best je guna whatsapp.


Bermula dari abang bising bil melambung asik guna sms. Salah maxis sebab aku dah mintak plan untuk sms all n internet jimat tapi diorang macam tak ada. samada sms call atau internet je ha gitulah.

Last-last solusi yang ada adalah gina internet semaksimum boleh. Jadi semua komunikasi banyak melalui whatsapp. 

Best-best. Sebab internet dan aku bagai tak boleh dipisahkan lagi. Namunbyang demikian ye enceyk abang kan. Sayangku padamu tak pernah berbelah bagi uyeh uyeh.

Kalau nak buat perbandingan, di Indonesia penggunaa bbm lebih luas berbanding di Malaysia. Orang Malaysia lebih gemar guna ipong n android gamoknya kan?

So entri ni sebenarnya apa yang aku boleh share kebaikan dan keburukan tentang aplikasi whatsapp ni. Semoga menjadi iktibar kepada semua pengguna tegar whatsapp. Macam serius je? 

Takdelah saje tetiba nak share isu ni.

Gini.

Kelebihan whatsapp

Free. Unlimited data usage.

Boleh buat discussion, mesej panjang-panjang, jiwang-jiwang bagai.

Antara perkara-perkara yang aku perasan antara simptom orang guna whatsapp boleh dikatakan keburukan whatsapp gak lah,

Salah paham whatsapp. Intonasi whatsapp disalahpaham. Pemberi whatsapp tak reti buat ayat

Contoh : kita nak buat lawak pembaca ingat kita sound direct.

*kecik hati

Lambat reply

*kecik hati

Tak reply langsung

*Kecik hati GILA!

Samada dah baca atau dah dapat whatsapp. 

Kalau dalam group tu kadang-kadang rasa cakap dengan tunggul.

Macammana nak tahu orang tu dah baca whatsapp? 





Kesannya ini boleh menimbulkan kekecikan hati pemberi whatsapp dan salah sangka. Ohok ohok. Pengalaman sendiri ke?

Nak-nak aku selalu communicate dengan downline, customer, tim, upline, famili, kawan2 semua. 

Kadang aku dapat whatsapp diorang,  diorang tak dapat whatsapp aku. Dan sebaliknya.

Baik sangka jela.

Kenapa, apa puncanya?

Macam pengalaman sendiri,

Since it is free, so kita kalau nak balas whatsapp mesti nak reply panjang2 n best2. So kebetulan masa tu busyness dengan kerja dapur ke anak-anak ke atau kerja opis ke kan so kita pun delay.

Lepas dah delay eh lupa lak nak reply.

Kepada pemberi whatsapp pun baik sangkalah sebab takkan semua orang mampu 24 jam dengan phone kan.

Ataupon whatsap dia sengal. Kena unistall and install balik.

Ataupun phone kena barred!

So apa cara mengatasi untuk pengguna tegar whatsapp bila tak dapat reply whatsapp? 

Kalau urgent call je terus.

Kalau malas, SMS. Tapi kadang dia pulak takde kredit nak balas kan? Still call la paling simple.

----------

Kesimpulannya, jangan bergantung komunikasi 100% pada whatsapp. Banyak mesej gagal sampai. Call! Call! Direct communication is the best. Jangan nak fefeeling kecewa kalau komunikasi hanya dibuat melalui whatsapp.

Communication through whatsapp especially group discussion is a failure BIG TIME!

Semakin teknologi canggih, semakin komunikasi dipandang mudah, semakin mesej yang betul susah sampai. Eh dah macam inferens eksperimen la plooop!

Motip? 
Menyedapkan hati sendiri orang tak reply whatsapp kitaaaaa T_______T

Okey cukup bebel da di du. 

Nak PRODUK HERBALIFE dan 
FREE ONLINE COACHING?
WHATSAPP
+60122551037

Posted in , , | Leave a comment

Tips kurus dengan snek sihat | rambutan

Bismillah

Ramai orang nak turun berat badan secara sihat tapi tak ramai yang suka cari ilmu dan info atau dengan bantuan coach. Lebih selesa buat sendiri.

Kadang-kadang, kebanyakannya akan berakhir dengan usaha separuh jalan. Pastikan anda habiskan apa yang sudah dimulakan secara konsisten, biar sikit-sikit lama-lama berhasil. Sebab itu, penting ada ilmu, info dan motivasi.

Antara tips lose weight yang berkesan adalah pengambilan snek sihat di antara pengambilan menu utama, sarapan, lunch dan dinner.

Apa yang berlaku bila kita ambil healthy snacking adalah 

* muscle mass meningkat

* kurang rasa lapar

* energi sentiasa dalam keadaan baik

* badan sentiasa bekerja untuk pembakaran kalori

Kali ni kita share idea apa best nak ambil untuk snek sihat.

Gigih buang kulit banyak-banyak lepas tu letak dalam peti ais, makan terasa nyaman

Gigih menghiris untuk anak-anak ibu


RAMBUTAN!

Namun yang demikian menurut Dr Ili Fatin, heheheh pengambilan berlebihan tambutan bagi pesakit diabetik adalah dilarang sama sama sekali. 

Mudah je.

Kita ambil konsep bersederhana untuk setiap perkara yang kita buat atas muka bumi ni ok?

Dan rambutan bukanlah snek yang membantu untuk penurunan berat badan dengan cepat. Heheheh just bagi idea mengikut kemampuan dan musim. Hohoh.

Korang ada idea lagi tak apa snek yang sihat dan murah?

Malas nak share snek macam yougart, granola bar segala. Mahal kot! huhuhu Tak mampu nak makan hari-hari benda alah tu. Sedap kot.

Kebetulan pokok rambutan atuk Aliff berbuah ni, itu yahg share pasal rambutan. Kah kah

Acu share sket healthy snacking yang lain?

Posted in , | Leave a comment

Gagal

Buat brownies kali ni.


Pertama kali.

Padahal paling teringin sangat-sangat.


Walau juta kali manapun gempak pun hasil kerja kau, mesti akan diuji jugak satu hari. 

Macam kes brownies ni, aku lari fokus. Yelah bajet dah gempak kan? Ohok2. Sambil nyusu anak kat atas nak jugak tu bakar brownies. Amek kau.

Baling kat dinding, retak 1000.

Fokus dah start terpesong lepas bajet pawe kan? 

Huhuhu sedih gila. Frust terlingkup terus.

Akan ku ingat seumur hidup ku akan kesalahan ni. Supaya benda yang sama tak berulang lagi.

Moral.

Semua orang pernah gagal.

Jadi, jangan pernah takut untuk gagal.

Tak payah selalu nak bajet pawe.

Sekian.

Leave a comment

6 Tips kurus dan cantik untuk surirumah yang sibuk!

Bismillah

Alhamdulillah, maka ini adalah entri pertamaku pada bulan Disember ni.

Fuh, jom tengok kronologi dalam 5 bulan lepas. Sesaje nak analyze balik kehidupan kebelakang ni supaya boleh improve memana yang patutlah kan. Keep track your life. Some might think it nonsense, but believe me it somehow fun and interesting. Heheh bak kata orang Islam, muhasabah diri.

Baiklah. Mula sekarang.

-------

Julai : Beranak kat Fateh.

Ogos : Masih dalam pantang dan campur sekali beraya seisi keluarga (punya susah sebab memasing study obersi kan?

September : Start fokus kerja dengan environment baru iaitu anak 2. Pindah rumah. Out of comfort zone. Sangat mencabar. Sangat menduga keimanan dan kekuatan diri. Mula plan 90 hari 

Oktober : Abang start full time join d business, memang seperti dalam perancangan kami. Alhamdulillah. Bukak nutrisi kelab. Adjustment time dengan anak-anak di rumah bermula, maka bermulalah karier aku sebagai surirumah sepenuh masa. Abang kerja di luar. 

November : Adjustment masa dengan anak-anak dan kerja.

Disember : Improving daripada cabaran bulan November.

--------

Alhamdulillah.

SURIRUMAH. Karier idamanku. Cita-citaku sejak dari kecil.

Definisi surirumah bagiku adalah menjaga anak dan menguruskan kerja-kerja di rumah. Kalau ada orang gaji lagi bagus. Main arah-arah dan fokus pada anak-anak. Huhu tambahan untuk pengedar herbalife Bangi (ahhah skema nama position aku) work from home jugak hal-hal Herbalife di rumah. Yang mana aku rasa sangat memerlukan pembahagian masa yang teliti.

Mana pagi-pagi mandikan anak.

Mana siapkan makan pakai anak.

Mana nak masak.

Mana nak urus baju bajan.

Mana nak layan education dan perkembangan anak-anak.

Mana nak buat invitation.

Mana nak follow up coach.

Mana nak follow up downline.

Mana nak tengok barang dapur cukup ke tak.

Mana nak rehat sekejap supaya tak mengamok bertukar jadi raksaksa.

Masak ke?

Pengisian rohani pulak

Work from home katanya



Fuh. Kalau nak tengok list memang menangis sumeorang. Tapi tak payahlah nak gebang kat sini. Cukuplah hanya surirumah yang faham.

Jadi, aku faham sangat perasaan dan kesibukan dan sometime boleh jadi stres lagi untuk surirumah semua. Ye ini adalah tanggungjawab kami dan sikit pun aku tak mengeluh malah, dengan bangganya aku nak jerit kuat-kuat I LOVE MY JOB!

Adalah satu kepuasan yang tak bisa diungkapkan dengan kata-kata untuk melihat anak-anak makan, terhibur membesar deban mata dan apabila suami pulang dapat luang masa bersama dan in my case me n my husband are work together with flexible hour so lagi la bahagia kan?

Tapi rata-rata surirumah yang kebanyakannya dalam pemerhatian aku, lepas beranak badan dah mula naik, cepat marah, stres tak menentu dan dah mula menumpukan perhatian kepada penampilan diri. Akhirnya tahap keyakinan diri mulalah merudum mendadak dan mula selesa berkomunikasi hanya melalui online (internet). Apa-apa info sepenuhnya daripada internet dan kurang bersosial dan bawa anak keluar. Pendapat sendiri je, betulkan kalau salah ok?

Punca kegemukan dan kurang penampilan diri

1. Sibuk gila urus hal rumahtangga. Anak-anak adalah keutamaan.

2. Anak makan, kita makan. Suami balik kerja makan, kita pun makan lagi.

3. Tiada masa senaman.

4. Makan tak jaga.

5. Stres

Since i'm a herbalife consumer, inilah tip yang mungkin boleh membantu kawan-kawan surirumah sekalian.

Tips kurus dan cantik untuk surirumah yang sibuk

1. Rancang aktiviti harian pada waktu pagi selepas solat Subuh dan Mathurat. 

Kenalpasti mana satu prioriti. Penting atur prioriti! Laundry tak perlu buat hari-hari. Aktiviti hari-hari seperti masak, pendidikan anak-anak dan kalau work from home pun adjust masa. Ini sangat crucial. Selalu terbabas kalau kepenatan. Kalau boleh cover balik kerja yang tertangguh secepat mungkin. Jangan dilayan sangat penat dan stres tu. Kita adalah surirumah herbak! Ahahah

2. DECIDE + DETERMINATION

Fikirkan KENAPA nak kurus? KENAPA nak cantik? KENAPA nak sihat?

Jawapan tu semua biar memasing jawab. Tak payah orang lain sibuk nak jawabkan. Sebab seingat aku, ni pengakuan jujur. Bila once aku start DECIDE untuk buang lemak-lemak dalam abdan yang buat aku cepat penat dan naikkan berat otot aku untuk tenaga aku nak pakai untu masa-masa akan datang, Alhamdulillah environment dan dalaman aku sangat membantu dan bagi support. Allah jua yang tentukan. Contoh macam keinginan makan mengarut dah berkurang, suami support gila dan join sekali. Hum Allah mendengar doa hambaNya.

3. Mengamalkan pemakanan yang sihat dan meal replacement, yang mana rutinku setiap hari seperti berikut :

Pagi dan kadang-kadang malam : Bancuh dan siapkan big breakfast kami seisi keluarga.

Dinner : Biasanya malam aku memang tak masak sebab lauk tengahari tu masak sekali untuk malam. Sebab kami biasanya akan healthy snacking, buah-buah atau kadang-kadang minum shake je. Untuk anak-anak lauk tengahari jugak. 

Alhamdulillah. Herbalife sangat membantu daripada segi energi, membekalkan khasiat yang cukup untuk sistem badan supaya aku sentiasa dalam keadaan sihat bertenaga dalam menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Keputusan dalah tidak tipikal. Hasil individu mungkin berbeza-beza


Selain tu, selepas bermula dengan Herbalife, banyak info dan kesedaran tentang pemakanan sihat. Insya Allah makanan yang baik bermula dari rumah. Peringatan untuk ibu Nadiah untuk rajin masak :| Bukan sahaja ibu, ayah dan anak-anak pun kena tempias airtangan masak-masak ibu ni. Alhamdulillah

Kadang-kadang ada hari anak kenyang lagi ke atau breakfast lambat ibu banyak kerja lain, shake aje. Kenyang, sedap dan berkhasiat lagi! 

4. Minum air banyak

RANCANG BERAPA LITER AIR NAK MINUM PAGI, PETANG, MALAM

Insya Allah rancang! 

Sebab tu perancangan penting. Macam bagi aku memang dah set, setiap hari kena habiskan 6 liter. Minimum 4 liter. Jangan kata takde masa nak kencing, sebab aku sendiri pun tak sanggup nak biarkan lemak dan racun dalam lemak tu menumpang kasih dalam badan aku lama-lama. Kalau waktu muda ni pun dah banyak lemak tu cecepat la singkirkan, nanti dah beranak 10 lagi malas nak buang air. Sementara anak 2 ni kan cecepat buang.

5. Senaman

Highly recommended. Bukan suruh seaman hari-kari. Curi masa 2 kali seminggu pergi jogging 30-40minit. Sebab kita pun hari-hari memang dah rajin kemas rumah kan. Aku pernah dengar orang cakap selagi lantai bersih, buku tersusun, dinding tak berconteng, pinggan berbasuh licin, itu maknanya belum cukup surirumah sebab lebih kurang macam anak tak de aktiviti, kita tak masak ha lebih kurang macam tulah. In my case, aku memang kena pastikan rumah cantik bersih sebab memang semulajadi saiko, tengok cadar tak tegang dah stres takleh buat kerja.

Again lifestyle Herbalife family
Bawak anak-anak sekali senaman pagi-pagi tak ramai orang on weekdays
Vakum rumah 30 minit dah bakar 100-120 kalori. 

Dah, jangan bagi alasan takde masa senaman. Round shopping mall pun senaman gak. Cumanya kena tahan nafsu makan sikitlah nak makan sedap kan.

Datim

Bawak anak
Korang kena tahu, keadaan badan kita ni hasil daripada pemakanan dan aktiviti kita pada 5 tahun lepas. Macam dalam situasi aku. 5 tahun sudah zaman belajar aku dahlah tak bersukan tak bersenam, makan lintang pukang. Kadang banyak kadang tak makan langsung. Bila lepas beranak energi low sampai satu tahap rasa tiada satu makanan pun yang dapat mengembalikan energi aku. Sobss. Macam dah givap gila. So korang jangan happy sangat eh kalau sekarnag makan macam raksasa pun tapi masih sihat walafiat. Nanti cuba monitor 5 tahun akan datang. Waktu tu nak nyesal pun dah tak guna. Hok hok. Garang taki bu?

6. Rehat yang cukup

Memanglah surirumah takkan rehat yang cukup. Dengan kerja, anak dan suami lagi. Tapi siapa kata surirumah tak boleh live life to the fullestkan. Kena cari masa jugak. Dalam seminggu ada 7 hari. Hari yang tak buat laundry chillah. Masa layan anak-anak tu berehatlah. Cari aktiviti yang dia bebetul leka. Okey tak? Insya Allah, Allah mudahkan.



Biasanya Aliff anak aku, buat aktiviti dalam 10-15 minit je berminat. Kalau nak bagi dia ralik sikit pasang CD nasyid atau youtube Mr bean, pocoyo atau Dora the explorer, oklah asalkan aku ada kat sebelah. Sambil tu minum air banyak-banyak. Ha kan boleh tu.

Kalau ada hari yang tak sempat habiskan 4-6 liter, cover balik hari lain.

"There is always room to improve"

"Keep on moving, no turning back and don't give up"

1 pakej semuanya.


Insya Allah dalam kes aku, aku ni orangnya sempoi. Takleh bagus sangat. Tak jugaklah sememeh sangat. Dalam penampilan.

Janganlah pandang aku sebagai surirumah yang macam hebat sebab sharing di atas macam aku takde masalah jekan? Ada hari aku serabut. Pagi-pagi lagi nak amuk. Ada hari Aliff buat perangai, nak perhatian n asik mengaco nak main dengan adik jek. Ada hari sibuk gila kejap layan Aliff, adik dan kerja rumah. Ada hari aku nervous dengan tak tentu pasal. Ada hari down, takde customer lagi. Ada hari moody dengan abang. Ada hari serabut pasal bisnes jugak. Hurm.

TAPI.

Aku nak kurus.

Aku nak sihat.

Aku nak cantik.

Aku nak konfiden tinggi.

Aku nak sukses dalam hidup dunia akhirat.

Aku nak bagi yang terbaik untuk semua orang yang aku sayang.

Kerana itu aku BUAT KEPUTUSAN dan KOMIT terhadap USAHA ke arah itu.

Semuanya kerana mereka.

Yang tergantung di dinding kekuatan aku.

----------------


 DECIDE+ DETERMINATION+BELIEFE+EFFORTS=RESULTS 

Posted in , , , , , , | Leave a comment

Muhammad Aliff | 3 tahun

Bismillah.

Hari ni dah 19/11/2013. Birthday Aliff yang ke 3 tahun jatuh pada 14/10. Hampir sebulan lebih ibu amik masa dan inipun ibu berjaya curi masa laju-laju sementara adik tidur kat sebelah dan ayah bawak awak keluar Aliff pergi HQ. Hari ni cuti masak, sebab takde orang nak makan. Ibu shake jelah kejap lagi. Yahu~ yang paling dinantikan. Masa minum shake. Macam budak kecik sangat, ibu.

Bulan 10 memang mencabar sangat. Sangat-sangat sampai ibu tak boleh nak share kat belog.Walhal, belog dah jadi diari kehidupan ibu. Mungkin terlalu komplikated gamaknya. Kebetulan masa tu ibu tengah bergelumang dengan delima untuk ke AWT uni 13 atau pun tak. Serius serabut gila! Tapi sebab dalam hati dah tekad dan dah berjanji untuk sambut birthday abang Aliff yang ke 3. Sebab yang ke 2 dulu tak sambut! Tambah tahun ni selalu busyness kan? Mari berhuha-huha dengan pada hari speselnya.

-----------

Kebetulan malam sebum birthday Aliff terlihat foto bawah ni kat instagram Kak Dina (Wardina Safiyyah) http://instagram.com/wardinasafiyyah_


Apa lagi, aku pun melompatlah sebab Aliff memang suka gila kalau tengok segala adik beradik traktor ni sebab aku suka bacakan buku tractor ni pada Aliff sebelum tidur. Sebab saiz buku yang gabak memang menarik perhatian dia.

Asalkan aku suruh pilih buku, buku gabak tu jugak dia amik.

Memula nak beli kek. Lepas tu kupikir-pikir, lebih baik aku buat sendiri kan! Lagi PUAS HATI GILA KOWT! Korang faham tak perasaan bangga gila bila anak puji hasil air tangan sendiri, paham tak? Paham taak? Haish gegham nak eksperesi perasaan tu.

Jadi, misi mencari bahan-bahan buat kek dan juga untuk masak-masak simple tu bermula.

Oh pada 14/11/2013, kami sambut simple je kat rumah ahak mama, abah, Iqbal, Dirah n Nayah. Padahal esoknya dah raya Haji. Sempat lagi. Malam tu kami masak Spegeti Oglio dan ikan dori celup tepung serta salad sayur-sayur sihat lagi menyihatkan. Kek pulak kami beli Snickers Cheesecake.

Ibu tempah daripada kenalan kat instagram. Hehehe sorry ye nak, kek ni bukan anak yang nak tapi ibu yang dah lama gila teringin. Satu bijik harganya RM85 amik sendiri kat Taman Tun, sis Farisya punya rumah.


Review sikit. 8/10. Sedap gileeehhhhhhhhh! Tambah coklat peberetkan. Siapa suka cheese, ini adalah wajib cuba. Nak-nak lepas keluar peti ais tu kan memang layan habis. Tapi jangan makan sekali banyak. Kata cheese kan? Kalau banyak sangat muak nanti. Aku memang sayang gila nak habiskan kek ni. Sikit-sikit aku makan. Padahal Aliff makan macam 2-3 suap je.

http://instagram.com/farisyasyamin

Add dia ok kat instagram.

Okey lepas dah happy-happy rays haji. Ibu pun nekad nak buat kek Aliff nak bawak gi sekolahnya. 

Maka terhasil lah, sebiji kek yang memang kembang kuncup ibu 3 hari 3 malam tak habis-habis. Korang bayangkanlah punya lama tak baking kek tetiba baking kek ceni kan? Siapa tak bangga? Budak tadika pun bangga gila!

Tada!



Apa lagi.

Share resepi sket.

Resepi kek coklat senang gila (construction cake theme)

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula kastor
1 caw an air

Bahan B
1 bar mentega buttercup (dibiarkan suhu bilik)
360 gram gula (tapi aku kurangkan jadi 340gram)

Bahan C
1 sudu teh vanilla essence
6 biji telur gred B 
250 gram tepung naik sendiri yang diayak
Kalau takde tepung ni, letak je 250gram tepung gandum+1 sudu teh baking poder

Cara-caranya tuon tuon puon puon

1. Panaskan api oven pada suhu 170 darjah celcius. Campurkan semua Bahan A ke dalam periuk dan masak atas api sederhana, sampai coklat berkilat. Dah habis, tutup dan sejukkan.

2. Putar guna pemutar atau whisker/pukul (guna pemukul ye, bukan guna penumbuk korang) Bahan B sehingga agak kembang. Macammana nak tau kembang, ala-ala macam aiskerim gitu.

3. Bila adunan mentega dah kembang dan gula pun dah hancur semuanya masukkan telur sebiji demi sebiji. Contoh masuk sebiji telur ke dalam adunan mentega dan pukul lagi. Ulang sampai telur habis. Jangan lama sangat.

4. Masukkan vanilla essence nak bagi kek wangi. Kacau dengan spatula bagi sama rata semua.

5. Masukkan adunan coklat yang dimasak tadi dan gaul dengan spatula.

6. Akhir sekali, masukkan tepung sikit-sikit. 1/3 tepung-kacau-1/3 tepung- kacau-1/3 tepung dan kacau bagi sebati semua adunan sehingga tak meninggalkan kesan tepung dan tepung tak berketul. Kacau tu biar balik kaup n ikut arah jam je semuanya. Jangan tukar-tukar.

7. Masukkan adunan ke dalam tin pembakar yang telah disapukan mentega dan diletakkan kertas pembakar. Hentak-hentak secara sopan santun tin tersebut supaya adunan memenuhi ruang kosong antara mereka.

8. Bakar selama 45 minit. 
Yang ni korang kena alert gila, sebab aku kadang-kadang tak tengok bab minit sangat pun sebab oven tu macam tak patuh arahan sikit. Dia macam lembap sikit, jadi asalkan dah start ada bau aku akan jenguk kek dan kalau macam dah keras kek tu aku akan cucuk dengan lidi sate. Kalau ada saki baki kek masih basah melekat, tu tandanya tak masak lagi, tapi kalau takde pape melekat atau kek yang dah kering melekat tu maknanya dah boleh berambus bawak keluar kek dari oven.


Ok. 

Resepi buttercream kek coklat contruction theme pulak eah?

1/2 cawan mentega dibiarkan pada suhu bilik
2/3 cawan serbuk koko (hersheys pun sedap gak)
3 cawan serbuk gula (aku guna icing sugar, boleh letak sikit-sikit supaya tak terlalu manis. Adjust ikut lidah n tekak masing-masing)
2 sudu besar air kopi
1 sudu kecik vanila essence

Cara-caranya :

1. Campurkan mentega+serbuk koko+serbuk gula(icing sugar) ke dalam sebuang mangkuk dan putar guna hand whisk sampai macam aiskerim jugak. 

2. Bila dah kembang macam aiskerim, masukkan air kopi+vanilla essence. Kalau keras sangat boleh campur susu sikit.

3. Siap! Sapu atas kek coklat yang dah disejukkan tadi.

Hiasan : permainan traktor kesukaan beliau!



Alhamdulillah, hati ibu memang bahagia sangat-sangat waktu ni walaupun tengah berdepan dengan konflik yang besar. Jeng-jeng! Nantikan entri akan datang ok. Melodi sangat kan?

Amboi kemain tengok muka kawan-kawan Aliff tu. Mata bersinar-sinar segala. Eh ke perasaan aku sorang je macam tu? Padahal diorang lek je. Ada kek lagi powerlah, makcik :p

Baheklah anak anak sekalian.

Masa ni tengah nyanyi lagu untuk Aliff.


Aliff lak buat kerek sebab manja dengan ayah. Ayah ada kat school kan, kemain dia manja semacam.


Buat hal tak mau potong kek. Aduh, Aliff kemonlah. Tak macholah macam ni. Kek traktor uuuuu jom la belagak-belagak sikit depan kawan.


Akhirnya bapak birthday boy yang potong. Pun boles taddehal la dey. Biasalah bebudak memang suka buat pasal. Layan jelah. Lepas potong kek kiteorang cabut lari tinggalkan Aliff dengan kawan-kawan dia. Memang meraung lah dia. Tapi auntie dia cakap, lepas tu okey je. Memang dasar tak boleh ibu ayah ada sama! Nak manjeeeek.

Bawah ni antara pek yang ibu sediakan. Asalnya nak taruk cookie m&m (resepi menyusul nanti) dan air susu kotak je. Lepas tu tersikitlak bancuhah cookies, so letak puding mangga dalam tu.


Hins hins sekian penat lelah ibu main masak-masak kat dapr untuk anak punya birthday 3 tahun. Tahun depan ibu tak koser nak baking-baking dah. Kita bercuti je lah terus ok. Insya Allah Bali. Weeehoooo!

-------------

Macam biasa, makanda memang suka fefeling emosi tak tentu pasal kan. Letak gambar anak je pun kat entri dah touching leleh air mata.

Anakanda Muhammad Aliff sayang,

Sejak ibu mengandung adik mu yang no 2, maka sedikit demi sedikit berkuranglah perhatian ibu padamu. Ibu terlalu fokus pada kerja kerana itu adalah sumber pendapatan keluarga kecil kita sayang. Padahal selalu menjadi cita-cita dan angan-angan ibu untuk sentiasa bersama, bermain dan mendidik Aliff dan adik-adik di rumah.


Ibu lupa sayang. Ibu sangat-sangat lupa. Ibu masih belajar dan kadang-kala tak tahu. Ibu dalam proses pembelajaran. Belajar menyesuaikan kerja baru ibu dan menguruskan anak-anak. Walaupun ibu lebih banyak menghabiskan masa bekerja dan berehat, tapi ibu bangga kerana apabila masa yang kita luangkan bersama adalah masa yang penuh kualiti dan rasanya maniiiisssss sekali.
.
.
.
.
.
 T_T 



Ibu sayang Aliff.

Ibu sayang sangat Aliff. Sayang lebih dari nyawa ibu. Tak reti nak explain dengan kata-kata.

Tapi mesti Aliff tanya kenapa kalau ibu sayang Aliff tapi ibu marah-marah. Kan?

Sayang,


Ibu ni manusia.

Anakanda Aliff kena ingat. Manusia selalu lupa. Selalu buat silap. Semua manusia akan buat silap.

Tapi yang lebih penting adalah macammana kita nak pastikan silap kita tu tak diulang lagi. Okeh.
Macam ibu. Ada masa ibu dalam keadaan stres, letih penat, serabut dan macam-macam lagi. Ada masa ibu boleh bertenang dan melayan karenah Aliff dan ada masa, tempoh bertenang tu pendek je dan selebihnya meletop. Maafkan ibu ye sayang. Meh ibu pelik anakanda Aliff menyejukkan suasana meh.
 

Sejak adik lahir, bezanya suasana dengan dulu. Terlalu beza. Kalau dulu ibu sangat-sangat manjakan anakanda Aliff. Peluk cium tak putus-putus. Sejak adik hadir ke dalam hidup kita, keadaannya tidak sihat seperti bayi lain, sayang. Adik sakit dan memerlukan perhatian rapi.

Jadi, ibu lupa membahagikan perhatian yang adil pada Aliff. Padahal Anakanda Aliff yang memerlukan perhatian itu lebih daripada adik. Ibu boleh lihat perubahan anakanda Aliff yang ketara sangat. Anakanda Aliff jadi seorang pemberontak hanya disebabkan silap ibu yang terlupa dengan pembahagian perhatian itu. 





Nanti bila anakanda Aliff dah besar, ibu harap sangat anakanda faham, adik sangat memerlukan perhatian ibu pada waktu itu. Anakanda Aliff selalu menjadi penyejuk hati ibu (kadang-kadang pemanas jugak) sebab ibu boleh nampak kasih sayang seorang abang terhadap adik. Sehingga ke hari ini abang sepanjang masa nak kiss adik. Asal ibu amik anakanda Aliff dari rumah atuk, naik je kereta terus, "nak tis adik." Macam lama nau tak jumpa.

 


Masya Allah, sekarang dah makin petah bercakap. 

Ibu (cakap dengan ayah) : Abang, nanti tolong print dokumen tu eh.
Aliff: Tu butan abam (tunjuk ayah). Neh abam (tunjuk diri sendiri)
Ibu : Habistu ni siapa (tunjuk ayah)
Aliff : Neh Juan (tunjuk ayah)

----

Aliff : Anak ayah, anak ayah (ajuk yang ibu selalu cakap kat ayah dia)

-----

Aliff tengok adik muntah.
Aliff : Abam tak muntah tan tan tan?
-----
Makin ligat bermain dan berlari. Penat ibu kadang-kadang nak handle kat event.
Nak kan 1001% perhatian ibu dan ayah. Pantang betul kalau kita buat dek waktu bercakap dengan dia.
Dah pandai demand dan request spa yang dia nak.
Pandai berangan depan cermin.
Pandai bukak dan pakai baju seluar sendiri.
Yang selalu menguji kesabaran ibu, request nak pakai baju pilihan sendiri. Selalu lah tetiba pakai baju tak kena tema event. Kenduri pakai pyjama.
Macam-macam lagi lah hal dia.




Amboi, kalau datang masa dia mengamok. Masya Allah, Allahuakbar. Ada jugak rasa nak campak dia dalam lombong sekali sekala. Tapi dalam imiginasi je lah. Astghfirullahal'azim. Maklumlah orang berimiginasi tinggi, beginilah. Tapi.
Jujurlah cakap. Bila marah dan kalau takde iman memang macam-macam boleh terjadi. Nauzubillah semoga dijauhkan. 


Alhamdulillah semakin banyak ibu diuji begini, semakin dekat ibu rasa dengan Allah. Diuji, mengadu padaNya, diuji mengadu padaNya. Masya Allah.

Tengokjelah perangai anakanda ni. Kemain kalau datang garang dia kat kanak-kanak lain, mau tebal jugak muka ibu sayang. Tapi alhamdulillah Allah bagi kekuatan jugak untuk tidak berhenti memberitahu dia apa yang patut apa yang tidak. Ibu ayah kena muhasabah lagi. Masa yang dicuri daripadanya kena ganti balik. Kadang kita sibuk masa saat dia betul-betul perlukan kita kan?


Walaupun mencabarnya membesarkan anakanda Aliff dan adik-adik, inilah pekerjaan yang selalu membuatkan ibu bahagia :)))) Mengingatkan ibu erti syukur punya mama dan abah yang hebak. Terima kasih ma bah. Kakak sayang mama abah sampai syurga!
*lap air mata tak tubik ponnggg.

Sengaja ibu titipkan di sini memori anakanda berumur hampir 3 tahun sebagai memori ibu yang terkadang lupa dan tak pupus dek zaman. Sebagai ubat di kala sedih datang, sebagai kebahagiaan di saat ibu menderita, sebagai peneman ketika ibu sakit gelisah.

Atas stage, kencing kena seluar, ibu tak bawak seluar extra
Muka tak ikhlas ayah suruh pose
Ligat sekali masa orang nak sambut birthday dia
Kemain action je potong, lepas tu sambung lari sana sini
24 jam begini
25jam
Mimik muka sangat 
Drama minggu ini.
Amik order Herbalife
Tak suka pasir atau jenis-jenis mainan macam pasir
Suka makan mi
Mimik muka lagi
Suka rosakkan desert ibu
Suka minum shake
Lagi tis adik
Mengamok gila tahap gaban selepas ni
Tak suka pampers masa ni
Kacau manila kad orang

Anakanda Aliff, sentiasa jadi penyejuk hati ibu. Yang sentiasa mewarnai hari-hari ibu ayah 
ok? Yang mendoakan bila ibu dan ayah dah tiada di muka bumi ini ye nak.
Jadi manusia yang bertakwa dan khalifah unggul memimpin umat.
Anak soleh ibu sepanjang masa.


Salam sayang peluk cium, ibunda mu.

Posted in , , | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013