Bismillah.
Sabtu lepas, ibu dan ayah pergi ke sekolah Aliff, Nur Calliph, Bandar Baru Bangi (klik untuk info) sempena hari report card beliau. Echeh semangat ibu first time lah katakan. Moga ibu terus istiqomah menghadiri hari-hari report card Aliff dan adik-adik pada hari-hari mendatang pun ye, insya Allah.
Alhamdulillah, bersembang dengan Puan Didie, yang in charge sekolah tersebut banyak info tentang anak ibu di sekolah yang dikogsikannya. Secara keseluruhan anak ibu ni kat sekolah boleh tahan baiknya yeh.
Antara perkara yang menjadi topik perbualan ibu tadi, kebanyakkannya adalah tentang perkembangan skil beliau. Dapat ibu simpulkan di sini, ada beberapa perkara yang perlu ibu ambil perhatian contoh, anak ibu perlu diberi perhatian pada konsep rules, sebutan huruf, sebutan perkataan, konsep kerjasama, konsep bahagi, mengira dengan jari dan macam-macam lah.
Tapi bab bersosial, berkawan, dengar arahan, anak ibu ekseleng!
Ada beberapa perkara yang ibu tanya tentang perkara yang ibu dok runsing sokmo kan. Berkenaan anak ibu yang sorang ni cepat nau emosi. Kalau orang jerit, atau pukul atau macam dirasakan menggugat dirinya, mesti terus melalak. Macam kelembutan sikit, nama pun Aliff kan? Sebab biasa kalau kat Nutricity, abang Nuaym atau abang Imran, kalau baik, baik sangat. Tapi kalau ada yang tak kena, sekejap, sekejap anak ibu menangis melalak datang kat ibu mengadu itu ini.
Tapi auntie Didi, cakap eh takdelah. Oke je. Takde menangis pun. Berkawan dengan abang-abang pun ok je. Phew. Mungkin kalau ada ibu je kot, manja terlebih. Nak kena sokmo biar dia di bawah pengawasan orang lain jugok ni, Tak boleh 24 jam dengan ibu sangat eh.
Abam,
ini perkembangan awak sepanjang 2 tahun 5 bulan ye,
1. SANGAT MANJA. Sekejap, sekejap , sambil pandang ibu gaya kucing dalam shrek dan sebut, "A-B-UUUUUU~" (ibu). Ya Allah, cair mak! Dah lah sokmo lak tu. Sekejap,sekejap tengah ibu rehat, rehat dia datang buat aksi manja tu.
Satu lagi, SELALU nak kiss adik (perut ibu). Sikit, sikit, "nak adeyk". Comel
2. Lately suka main, mainan waktu kecik, macam besen mandi ni, walker.
3. Masih tersangat gilakan motor
4. Berposing tak hengat
5. Sangat suka pergi sekolah. Ibu siap puju depan auntie didie lagi tadi
6. Sangat suka makan sup. Mihun, nasi semua nak makan dengan sup
7. Asyik mintak didokong je. Adoi pengsanlah mak gini.
8. Alhamdulillah dah boleh tidur, di mana jua anda berada.
Abam,
membesar sebagai khalifah unggul di muka bumi Allah ni sayang. Nanti adik dah tubik, kita sayang-sayang adik sokmo eh. Abam tolong ibu pimpin adik jadi khalifah jugak ye. Ibu akan usaha lagi jadi ibu terbaik untuk abam dan adik-adik yang ibu sayang sokmo deh?
Ibu.
P/S : Tapi terkilan gila, sebab ibu termiss kelas 500 hari ni. Redah jem tak sempat jugak. Frust SANGAT! Sebab tajuk yang betul-betul ibu perlu belajar, mini roadshow dan walk and talk oleh Pres Team Tuan Hafiz.
P/S : Tapi terkilan gila, sebab ibu termiss kelas 500 hari ni. Redah jem tak sempat jugak. Frust SANGAT! Sebab tajuk yang betul-betul ibu perlu belajar, mini roadshow dan walk and talk oleh Pres Team Tuan Hafiz.
Post a Comment