Archive for October 2014

Dream trip to Macau | Percutian impian di Macau

Bismillah

OH MY!

Seriously, MACAU?

Seriuskan tak tipu.

Honestly secara jujurnya aku ni memang selalu termiss email yang nuffnang bagi, memang sebab dari dulu jenis tak reti nak jadi blogger sejati. Belasah je tulis blog macam tak dapat cukup pendidikan tentang blog ni. Tapi amazingly, luarbiasanya dalam bahasa melayu, email yang satu ni memang terdetik hati nak bukak.

*bukak email daripada nuffnang.

*baca laju.

*terkejut, mata terbeliak dan mulut menjerit.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih Nuffnang dan Macao Government Tour Office (MGTO) yang baik hati sangat menganjurkan percutian ini, it's like a dream come true for me.

Kenapa?

Ok. Kami memang dah pernah sampai Macau untuk menghadiri training, so agak frust banyak tempat best tak sempat nak jengah. Dan di Macau la terjadinya, peristiwa paling sadis dan manis pulak bilik dipikir-pikirnya, iaitu kami TERTINGGAL FLIGHT! OMG OMG OMG Klik sini untuk cerita.

Dan sebab itulah aku mesti menang contest ni!

Airport Macau T_____T Kena tinggal, maklumla first time pergi oversea


Mungkin bagi orang lain, aku tak layak untuk ke Macau ye lah sebab dah pernah pergi pun kan.  Tapi,  percayalah kami tak sempat pun nak berjalan-jalan ke tempat-tempat best yang sangat teringin macam kat bawah ni. Kami punya semangat siap google segala sebelum pergi tapi tak sempat sebab busy dengan training.

3 Benda paling best nak buat kat Macau


1) Naik gondola, makan portugeese egg tart, dan SHOPPING kat Venetian hotel



Okey sebelum ni aku sangat excited sebab Hotel Venetion ni lah tempat kami training pada tahun 2012. Masya Allah CANTIK GILEEEEEH ok hotel ni. Kenapa cantik sangat tu gayanya tu? Acu tengok gambar bawah ni.

Kan aku dah cakap, CANTIK GILEEEEH
Bukan je cantik, tapi macam-macam ada. Tak payah keluar mana-mana dah semua benda ada dalam tu. Cuba tengok indoor sky tu perh memang real. Terbaik!

Memang kalau aku sampai sini first thing aku nak buat adalah lari laju-laju sekuat hati mengalahkan larian 100 meter masa sekolah dulu menuju ke Lord Stow's Bakery and Cafe dan grab berketul-ketul, 

Portuegese Egg Tart.  Source

Bukti aku sangat suka Portuegese Egg Tart sampai sanggup tahan tangan anak macam tu sekali
 -____-'
Lepas tu dengan muka tak malunya, tangan tak basuh, mulut bersepah dengan penuh egg tart lagi, aku berlari pulak kaunter nak naik gondola ni. Nak naik gondola ni dan beromantika dengan abang  ala-ala kat Sungai Venice gitu. Ok geram sebenarnya, last time punya aku berazam gigih mencari info segala sebab nak berdating dengan abang kat atas gondola ni tapi tak kesampaian, sobs T____T Insya Allah this time, beybeh. This time.

Dalam sungai ni pun banyak orang tabur duit syiling untuk hajat kot. Macam wishing pond camtu. (nak dapat wang besar latteww). Orang Islam tak mau-takmau buat cam tu eh.

Awwwwww~ so suhweeeeeet. Nak dating atas gondola ni sekali. Pulisssss. Source
Lepas dah beromantika mari kita sudahi lawatan di Hotel Venetian ni dengan aktiviti membakar kalori portuguese egg tart tadi dengan, SHOPPING! Ada satu benda aku target hari tu tapi tak kesampaian, iaitu kasut SNICKERS. Oh man, murah gila kot. Memang menangis la kalau tak beli kat sini. Menyesal tak sudah bila dah sampai Malaysia hari tu. Memang nganga je tengok kasut snickers kawan-kawan beli tu hari. Kali ni aku memang tak akan terlepas, nak beli warna PINK! Aw, sweetnya awak.

2) Nak buat donut selfie dari Malaysia ke puncak Menara Macau (Macao Tower)


Dulu, hotel yang aku duduk dulu betul-betul berhadapan dengan Macau Tower ni, sangat cantik dan  memang masa tu sangat-sangat teringin nak naik, lebih-lebih lagi lepas dapat tahu boleh bungee jumping dari atas tower ke bawah. Fuuuuh, life time dream! Tapi harga untuk jump je RM1+++ jadi batal niat sebab masa tu bawak duit pun tak sampai banyak camtu. Sambil muka buruk, air mata bergenang, tengok je la dari jauh. Sobs lagi.

Tower ni akan menunjukkan pemandangan seluruh bandar Macau. Disebabkan skill donut selfie ni aku baru je belajar (cepat terpengaruh dengan donut selfie yang makin femes), terbit perasaan di hati ingin berdonut selfie dari malaysia hingga ke atas Macau Tower ni. Huuuuu! Boleh bayangkan tak keterujaannya hamba?

-_-'



Subhanallah, pemandangan di malam hari. Source
Lepas tu dah apa bendanya donut selfie tu?

Cekidaut.



Ha macam ni lah agaknya keadaanku nanti.
Akan aku gigih seperti ini, YOSH! Source

3) Nak berjalan sampai puas kat tempat-tempat bersejarah dan tarikan pelancong di sekitar Macau

Dulu tahun 2012, pertama kali aku pegi Macau sangat blur apa yang ada kat Macau ni. Yang aku tahu  cuma Macau terkenal dengan tempat bejudi. Masya Allah tapi bila jejak je kaki kat sana, ya Allah OMG cantiknya Macau! Seni bina bangunan lama portuguese dan penuh dengan nilai sejarah. Baru aku tahu Macau dulu dijajah oleh portuguese sama macam kat Melaka cuma perbezaannya ramai portuguese yang terus bermastautin kat sini berbanding kat Melaka. Macam jakun jugak tengok nama jalan macam dekat Paris, hoho.

Salah satu sebab aku suka Melaka sebab banyak peninggalan sejarah, jadi bila datang Macau rasa macam best sangat tengok bangunan-bangunan masih kekal yang lama punya cuma dikemaskini supaya tahan lama dan cantik kemas.


Ruins of St Paul Source

Abang busy dengan GPS yang didownload tempat-tempat di Macau. Gigihkan suami saya?

Senado Square
Bangunan di Macau memang berjaya memukau hati pelancong yang datang terutama generasi sekarang yang serba serbi moden, dah susah nak jumpa barang lama. Bejalan di antara celahan bangunan dengan jalan berbatu disusun memang dah lama jadi kesukaan aku. 

Dan, dan, dan salah satu sebab tertinggal flight adalah sebab ralit menikmati pengalaman ini berada di tengah tengah peninggalan sejarah. It was the nicest yet the worst experience ever. Nice sebab dapat haggle kat Red Square (tempat shopping), tangkap gamba family kat Senado Square tapi so sad, tak sempat singgat Ruin of St Paul. Tapi memang berkejar-kejaran dari satu tempat ke tempat yang lain sbb kejar masa nak naik flight. Boleh bayangkan tak, kami fikir boleh naik flight sama macam nak naik bas, pukul 645pm nak fly time tu jugak nak sampai airport. Hurm, yet that is the biggest lesson for us everytime on travel.

T_________T

Ok sudahlah tu kisah sedih.


Macau Giant Panda Pavillion Source

Baru-baru ni aku ada tengok satu video yang menggeramkan jiwa aku. Seorang pekerja nak bagi 2 ekor panda makan ubat. Oh man, lawak gila sebab memang comel nak mampus panda tu punya taknak makan ubat digomolnya sepuas hati pekerja tu. Panda memang comel. Siap ko kalau aku sampai sana nanti!

Walaupun berjiwa rock tapi dalam hati ada panda. Punyalah aku suka panda sampai request kawan-kawan bagi hadiah ta re panda dari Jepun tu ah so comel. Harapan ini memang menggunung untuk bertemu panda seisi keluarga dan kawan-kawannya.



Kenapa nuffnang dan MGTO sepatutnya memilih aku untuk menyertai peluang luar biasa ini?


1. Sebagai seorang mak anak 2 yang sangat sibuk dengan jadual harian kat rumah dan kerja, rasanya dah layak diberi hadiah sebuah percutian dan menikmati 'me time' yang memanjakan diri ini dan habiskan masa dengan apa yang disukai :p (Especially kat hotel Venetian tu)

2. Passport dah nak tamat tarikh luput hujung tahun depan, kan best kalau ada international stamp satu kat passport saya itu.

3. Sebab aku dah lama tak shopping, ini memang alasan kukuh. Kalau tak ada percutian ni memang lama lagilah nak shopping. So dapat je percutian ni memang shopping kaw-kaw. Sekian

4. Sebagai mengubati luka lama kena tinggal flight dulu, sobs. Pengalaman tidur kat airport Macau sambil memeluk anak kesayangan memang tak akan aku lupa seumur hidup.

5. Okey ni alasan paling kukuh antara alasan kukuh yang lain, aku tak pernah menang apa-apa contest, okey jangan emo. Ye memang inilah hakikatnya. So pecah rekod kalau menang contest ni. Yieha!

*No harm trying kan?

-----

Korang pun jom ramai-ramai send entri tentang Macau ni dekat ruang komen di entri blog nuffnang tentang contest ni jom.

Klik imej untuk info contest
Kalau nak cari info tentang apa best kat Macau, boleh klik sini. Webstite dia insya Allah senang paham tak berbelit tak serabut, dah siap-siap letak bawah kategori-kategori lagi. Siap ada ruang rancang perjalanan lagi kau! Sangat membantu.

Klik imej untuk info Macau di Macao Goverment Tour Office


Akhir kata daripada makcik bawah ni,


Kasi saya menang pulisssss~~~
 (wakil Malaysia)

Posted in , , | Leave a comment

Resepi cookies kalah famos amos

Bismillah

Hoho.

Hari ni tetiba rajin nak share cookies recipe turun temurun yang memang senang sangat lah, Jemah!

Ko satukan semua barang lepas tu gentel bulat-bulat, masuk oven, bako.

Pasal apa tetiba rajin nak share, sebab aku TERINGIN, noks. Tapi sekarang sedang berusaha mendisplingkan diri sendiri daipada makan makanan tinggi lemak tepu. Mana taknya, kemain sekian lama dari hari raya sampai raya haji melantak dessert, no 1!

Dah malas nak bebel.

anak-anak ibu pun nanti rajin buat cookies ni ye, bila bu dah tua nanti.

RESEPI COOKIES.

Bahan-bahannya:

250gm butter
1 biji telur
120gm gula custor (aku kurangkan jadi 100gm)
120gm brown sugar (aku kurangkan jade 100gm)

1. Pukul sampai sedikit kembang butter dan gula.

2. Lepas tu masukkan satu-satunya telur dalam hidup adunan cookies ni. Tak payah sampai kembang. Dalam 2-3 minit dah ok.

3. Campak kan segala-galanya :

  • 50gm coklat hitam (dipotong dadu)
  • 50gm coklat putih (dipotong dadu)
  • 100gm coklat chip
  • 100gm badam cincang/ walnut (nak masuk dua-dua pun boleh kalau ada bajet lebih)
dan gaul sebati.


4. Ayak:

200gm tepung high protein
1/2 tablespoon soda bikarbonat
1/2 tablespoon emplex/baking powder

5. Masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung ke dalam adunan tadi. Gaul sebati. 

6. Bulat adunan kecik-kecik je macam gambar kat bawah ni.





7. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 25 minit, bergantung pada oven memasing. Sentiasa perhati jangan leka! Kalau dah ada bau-bauan coklat tu bolehlah cek cookies kita. Try tekan-tekan. Kalau dah tak gerak tu dah boleh angkat.

Nota kaki : Bila dah sejuk, nanti cookies akan mengeras. So jangan risaulah kalau masa kita tekan rasa macam ada unsur lembut walaupun bahagian luar dah keras sikit.


Ha siap ada nota kaki kau! Maknanya haruslah cubi resepi ini.

Sebenarnya minggu lepas aku balik Terengganu. Teringin makan puding raja, Semangat sangat singgat paso Batu nang (Pasar Batu Enam) beli pisang lemak manis dan jala mas. Yahu Alhamdulillah, puding raja menjadi. Siapa nak order puding raja?

Ha? Tak tahu apa puding raja? Pi tanya Mr Google cepat.

Jangan lupa order.

 :p



Posted in | 1 Comment

Gaja-gaja Gojes

Bismillah

Rasanya macam tak pernah pun cerita pasal diorang ni kan?

Eh ye ke? Tak pemes ke engkorang?

Eh pemessss sangat mereka ni gojeslah katakan.

Kesayangan selamanya di UIA.

Siapa diorang yang dimaksudkan tu?





Inilah dia kawan-kawan busuk aku masa zaman uni. Ewah zaman uni macam lama naw meninggalkannya. Adalah dalam baru 6 tahun gitu. So kalau dalam bahasa kasarnya geng uia perhhh.

Aku sebenarnya macam tak sangkalah boleh baik dengan deme-deme ni sebab memasing perangai insya Allah tawadduk dan solehah alhamdulillah. Macammana boleh terjebak kawan dengan diorang sedangkan masa kat matrik biasa-biasa jew?

Senang je.

Allah takdirkan kiteorang punya bilik dekat-dekat. Banyaklah kisah suka suki pahit manis. Macam-macamlah kalau dah namanya zaman uni tu memang kelakar je lahkan kalau dikenang-kenang. Memasing semua ada pe'el memasing tapi part paling best adalah masa berkumpul makan.

Kiteorang suka berlonggok sama-sama untuk makan. Biasalah pompan-pompa kan apa lagi yang bahagia bagi mereka? Makan dan bersembang bagai tak boleh dipisahkan lagi. Tapi insya Allah bukan mengumpatlahkan. Disebabkan kiteorang ni coursemate so banyak jugaklah sembang tetang kelas, tiru assignment, exam, test, quiz dan tolong signkan attendance huhuhuhuhu. Ok yang last sekali memang tipu.

Disebabkan memori dalam kepala otak dah karat, kena recall pulak cerita-cerita lama jadi itu entri lain aci tak? Ok terpaksa aci, sebab memang belog ni pun untuk kumpul memori lama kan?

Kali ni entri ni khusus untuk meraikan ucapan selamat pengantin baru kepada salah seorang teman kami iaitu Nurul Ain yang selamat melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan hati pada 2 minggu lepas.

2 minggu sebelum tu sempat jugak kiteorang buat becelet party dengan cara tersendiri, breakast-shopping-lunch-facialparty-balik. Memang dahsyat-dahsyat. Alhamdulillah seronok. Tahniah kepada Akram yang mengepalai aktiviti tersebut.


Bukti kegigihan panjat satu gunung tangga ke tangga yang lain

Kiteorang ni member yang jenis bukan share rahsia segala beriya. Siapa nak share, share la. Siapa tak nak it's ok nanti aku tahu gak. Rilek je. Member-member aku ni pun jenis baik-baik, coolness jenis easy-going gitulah. So gaduh pun kuranglah kan? Senang hidup. Susah nak bagi description atas persahabatan kami ni, tapi aku sayang sangat diorang ni.

Dayana, Ummu Aiman, Amirah, Syahirah, Hafizah Mohamad, Hafizah Ismail, Laila, Salwa, Akram, Wana, Nita, Alia, Ayeen, Ain. Semua ada karakter masing-masing. 60% daripada kami memang jenis senyap. Hehehhe aku ni boleh dikatakan dalam kategori 60% lah tu >___<


Siapa paling ceria bila time makan?


Bukti facial party best, budak bawah umur pun nak join. Sabo umaira, turn awak nanti akan datang

So hari tu kiteorang jalan-jalan cari dress dengan tema pastel colour area Seksyen 7 Shah Alam, yang bersepah sepah butik muslimah tukan. Pergh macam cendawan merata-rata ada. Alhamdulillah. Semoga ramai lagi usahawan yang menghasilkan baju pilihan terbaik untuk muslimah macam kiteorang ni kan. Sampai pejam mata pun dah boleh pilih mana yang terbaik.

Kebetulan ada banyak mural cantik-cantik yang memang dihasilkan untuk menarik perhatian pelancong ke apa kat situ? Kiteorang yang kaki gambar ni pun apa lagi, pose laaaah. Macam memang tengah melancong kan. Bangi Shah Alam jauh kot. Harus lah amik gambar kan?

Sampai rumah Akram semua melantak macam orang kebulur. Sebab sebelum tu tunggu pizza punyalah lama sebab hujan. Da~ Lepas tu facial party oleh mak jemah sorang tu. Eksklusif sangat.

Seronok alhamdulillah.

Tahun lepas, bacelet party kiteorang main makeup-makeup dengan Dayana. 

Tahun ni eksesais kaki round satu Seksyen 7.

Tahun depan tak tahu apa cerita.

------

Dan ini sedikit memori di hari kegemilangan, hoho hari berbahagia Ain.



Malu-malu ayam

Selepas SAH. Mari kita berfoto kenangan. Lepas ni susah dah

Lampu di belakanga dalah watak utama

Ciri-ciri student ekseleng, LAST MINUTE

Cover album ANGIN BAYU

Nak cerita sikit je masa wedding ain ni, sebab SEMUANYA AWESOME! Masya Allah.

Daripada makanan, baju and make up Ain, pelamin, kek, Photo Booth, door gift dan segala-galanya.

Sebenarnya aku ni simple je, kalau makanan best, semua benda aku rasa best.

Senang jaga anak orang ni -___-"

Sesungguhnya nikmat bertemu berlaga pipi muah-muah, bergosip, berkepoci liuk lentok tangan sebelah tu, berfoto sampai lebam sampai otot pipi dah separa barai sememangnya indah, anugerah Tuhan.

Alhamdulillah.

Mujur tak ada berlaga bontot. Eh? Apakah. Terkena angin pus pus Jijie.

Geram gak lah tak cukup korum. Dayana mana Dayana. Stres mak~

Oh ye, pakcik bawah ni ada ucapan khas untuk mu Ain.

Ucapan berbunyi, i'm AWESOME and i KNOW IT!

Sebagai tanda kasih dan rindu aku pada korang, nah aku belanja satu keping foto ni. Satu je ok.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Watak utama adalah batu yang dah ghaib di belakang tu sekarang :p


Leave a comment

Legoland again?

Bismillah

Tetiba tengok entri Amalina Peter pasal Legoland, teringat pulak entri dalam draft pergi Legoland bulan 5 hari tu. Dulu dah pernah pergi, konon-konon review klik sini. Kali ni pergi lagi. On the way ke EXTRAVAGANZA SINGAPORE 2014 hari tu, apa lagi wajib singgah LEGOLAND kan? Bezanya dulu tak ada water park sekarang dah ada. Memanglah water park tak beriya macam sunway lagoon, tapi sumpah puas hati sebab penat berjalan kan theme park, hanya mampu menyelam je kat water park. Kami hari tu sedih dudu kat water park dalam setengaha jam je hari tu. STRES! Maksudnya kena pi lagi lah kan? Tunggu Fateh 4 tahun lah baru kita pi nah.

Sehari sebelum berangkat ke LEGOLAND, kami singgah di kampung ayah, Muar. Sebelum ke Muar sempat lagi buat roadshow beramai-ramai dengan upline, sideline dan downline semua, Argh best, have fun thangaaaat~ sampai Muar makan nasi lemak mak buat, nikmatnya masya Allah! Esoknya, ibu baru terkial-kial renew passport kat Muar, mujurlah Muar. TAK RAMAI ORANG. Baru je ambik no giliran dah kena panggi. Ok tipu je.


dan akhirnya, kami kembali
LEGOLAND!


Yang paling eksaited benonya ayah deme ni. Harga tiket sangat murah, sebab abang memang expert bab mencari tiket murah. Biasanya tiket murah ni orang dapat sebab menang pertandingan lah apalah. Dia tak nak pi jadi dia jual jelah. 

Memanglah kalau tak ada anak, aku pun taknak datang sini.

Pergi sini semata-mata nak bagi anak happy,happy, hoyye, hoyye!

Orang kedua paling eksaited adalah mamat kat bawah ni;

Muhammad Aliff. Yang baju oren tu bukan yang kuning tu

Jadi visit kali ni, kami banyak main di tempat-tempat yang tak sempat nak cover from last time pergi.

Contohnya naik benda yang dia naik tinggi dan boleh tengok satu kawasan legoland. Apatah namanya. Seronoklah ibu pun, sebab boleh berpusing lagi bendanya tu. Habis bising riuh rendah kami, cakap tu dah pergi ni belum pergi.




Tempat lain yang Aliff suka adalah mainan macam playground yang dibuat daripada lego dan tempat lumba kereta yang dibina sendiri dari lego. Takdelah lumba sangat, ada 2 trek je. Tapi Aliff cukup suka sebab itulah mainan yang dia boleh bercampur dan participate dengan kanak-kanak lain.




Fateh menangis nak ikut ibu naik plane

Sori Fateh, ibu mampu selfie je



Still ban yak lagi main an Aliff tak boles main walaupun dah 4 tahun tapi tinggi tak cukup T___T

Bahagian paling ibu suka adalah kereta bomba. Teamwork sangat!

Sebab ibu dengan ayah pam kereta bomba supaya boleh berjalan, Aliff pegang streng (kekonon je). Dah sampai ke tempat kebakaran, ayah dengan ibu pam air dan Aliff acukan air ke tingkap. Semangat je sebab kena berlumpa dengan family lain. Tengah panas terik kau, tu yang bangga gila bila menang. Tengok muka happy Aliff dan ayah.


bersama acu beliau

Kali kedua ambik lesen, dah tak ada perasaan

ketika Fateh masih bersama ring sling ibu

Rumusan legoland kali ni
Kesimpulannya, aku rasa memang Legoland ni tak akan pernah puas datang walaupun banyak kali. Belum rasa bebetul water park lagi, hotel lagi. Ibu tengok hotel legoland kat blog Amalina tu macam tak payah keluar dah hotel. Duduk hotel je dah puas. Nanti birthday Fateh yang ke 4 lah kita pergi ye sayang.

Entri ni pun ibu nukilkan sebagai bukti kita dah pergi Legoland 2 kali hoyye!

Tetap HIGHLY RECOMMENDED!

Cuma ibu je manja tak tahan panas :P


 ;D


Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013