Idea bermain anak berumur 4 tahun

Bismillah.

Alhamdulillah tak lama lagai Aliff akan menjangkau umur 5 tahun. Banyaknya perkara aku belajar sejak jadi ibu dan itu bukan sesuatu benda yang boleh kita ambil ringan.

Sepanjang dalam umur Aliff 4-5 tahun ni ibu nampak Aliff dah makin kurang tantrum. Dah tak mengamuk sekerap dulu walaupun ada lah jugak mengamuknya tu kan.

Apa yang paling Aliff suka sekarang adalah BERLARI dan BERMAIN dengan kawan-kawan.

Pantang bawa Aliff ke mana-mana pasti akan melakukan aktiviti berlari itu. Aduh anak. Heheh

Aliff kalau bab bermain melibatkan fizikal, dia memang suka dan champion. Kadang tengok dia masa tu macam orang tak sedar dan hilang pertimbangan.

Lebih-lebih lagi masa bawa ke masjid. Masjid kan memang syok kalau nak berlari. Memang ibu pengsan dan give up terus menyerahkan peranan sebagai ibu ayah bertanggungjawab pada ayah.

Mujur ayah cool. Kalau ibu memang dah singa dulu sebelum memastikan semua dalam keadaan baik.

Baiklah, jom kita tengok apa idea permainan kita boleh involve dengan anak-anak bila di rumah.


------


Idea bermain anak berumur 4 tahun

+ Galakkan aktiviti yang melibatkan perkembangan tangan dan mata. Contoh : belajar menggunakan gunting.


+ Bermain bola--Tunjukkan cara membaling, menangkap (paras dada) dan menendang mengikut saiz bola yang berbeza


+ Banyakkan perbualan dengan anak-anak. Boleh gunakan ayat pendek. Tanya soalan dan dengar jawapannya. Boleh selitkan vocab baru dalam ayat anak-anak. "Itu bunga. bunga itu bewarna biru, berbau harum dan sangat tinggi."


+ Ajar anak-anak mengenal nama sendiri dan mengingati huruf-huruf melibatkan nama mereka.


+ Banyakkan dan sibukkan mereka dengan BUKU CERITA.


1. BACAKAN mereka buku.

2.  Galakkan mereka untuk ulang cerita dan mimik muka/aksi yang kita lakukan.

3. Bincangkan idea dan kisah yang pernah mereka lalui berkaitan dengan buku cerita.

4. Baca dan tunjuk pada setiap perkataan bermula dengan tajuk dan cover buku. Kemudian tunjuk dan baca perkataan demi perkataan di setiap muka surat.

+ Galakkan minat membaca dan menulis bermula daripada senarai beli barang dapur untuk anak-anak. Sediakan kertas, pen dan boleh aplikasikan dalam permainan di rumah (pretend play)



+ Mengira objek bersama : Biskut, cawan, mainan.


+ Masak atau baking bersama. Tunjuk cara bagaimana untuk sediakan dan measure bahan-bahan daripada resepi.


+ Aktiviti SAINS yang mudah. Contoh magnet, ais membeku, tanam pokok dan buat layang-layang dan bermain ketika angin bertiup kuat.


+ Bincang PERSAMAAN dan PERBEZAAN. Contoh warna, jenis mainan, saiz buku dan sebagainya.


+ Biarkan anak-anak bermain dan eksplorasi dengan alatan dapur, suis (yang tidak ada aliran elektrik) kunci dan tombol, mainan.


+ Galakkan free-expression dalam projek seni. Sambil sembang kerana ini dapat membantu anak-anak belajar mengawal emosi.




+ Bercakap tentang WARNA dan BENTUK setiap hari.


+ Ajak bantu KERJARUMAH sama-sama. Pastikan yang judah untuk anak-anak seperti lip at baju, sapu sampan, masukkan baju dalam bakul, sir am bunga dan masukkan sayer dalam kuali (dengan bantuan kita).

 

Ibu paling suka part last sekali tu hohohoho. Banyak assistant :p

Insya Allah.

-----

So ada idea lain tak yang paling mudah senang kacang goreng nak buat bila anak-anak di rumah?

Kadang-kadang mati kutu mak.

Sekarang jugak print screen foot bawah ni.


Bila dah asyik main je kan, bebudak memang paling suka buat sepah rumah tanpa arah tujuan sebenar. Apa je yang mereka tak buat, semua depa buat. Ye SEMUA.

+ Kembuh kotak mainan

+ Berteraburkan pensel warna, crayon

+ Buka water colour/paint dan cat finding

+ Conteng dinding tu lumrah

+ Buka bekas-bekas kat dapur dan sepahkan apa yang patut

+ Tumpahkan air

+ Berteraburkan kasut

+ Lipatan baju tidak boleh kemas dan ada dalam laci. Haruslah berada diluar dalam keadaan berselerakan.

Bagi mereka, pemandangan yang mendamaikan adalah bila rumah meriah dengan barang. Huhu

-____-

Tapi bagi maknya?

(SINGA SUDAH)

Ini pulak pesanan kepada mak yang ala-ala sakit mata sokmo kalau tengok rumah sepah :


Jangan risau mak, sakit mata sakit otak dan jiwa stres kita tu berbayar. Sebab Nabi Muhammad pun sangat suka bermain dengan anak-anak kecil dan ianya sunnah. So nak pahala bertimbun ke nak stress sakit jiwa tiada hujung pangkalnya?

Takyah jawab terus. 

Kita mampu mengubahnya.


 


*Tengok poster ni lama-lama sambil urut dada sebab anak-anak baru menimbunkan lipatan baju dan membasahkan lantai dalam bilik.

HINS HINS HINS!

Hubungi 0123141422 
untuk mulakan program kurus herbalife 
Instagram : nurulnadiahahmad






Posted in | Leave a comment

Anak-anak dan tanggungjawab

Bismillah

Disebabkan anak-anak aku ni agresif semaciam, banyak yang kami dedahkan untuk mencari solusi kepada keaktifan mereka itu.

Bukanlah terlalu awal untuk kenalkan mereka pada peranan atau tanggungjawab.

Belum dapat adik pun dah boleh terap ciri-ciri ke-abangan dan ke-kakakan dalam diri anak kita.

Antara manfaat kita dedahkan pada anak-anak mengenai tanggungjawab adalah--

BERDIKARI.

Independent bukan hanya untuk dewasa tetapi juga untuk kanak-kanak.

Proses berdikari ini bersesuain lah dengan tahap mereka yang masih kanak-kanak. Jangan suruh diorang bawak kereta pulak! -____-'

Ibu ayahlah yang bertanggungjawab untuk berada di setiap aktiviti mereka untuk beritahu what is next, step by step.

Iya, kita memang susah sangat nak lepaskan atau percaya untuk diorang cuba benda baru.

Kids will always be kids.

Messy. Itu sebenarnya yang menjadi ketakutan ibu ayah. Hohoho

Tapi besar impaknya kalau kita mula awal. Layan anak kita seperti dewasa yang mampu dan percaya setiap kebolehan mereka, mereka akan bersikap lebih baik dari masa ke masa dan cepat matang dalam menghadapi cabaran. 

Apa yang boleh didedahkan?
-----

1. Kerja rumah 

Sebenarnya, aktiviti kerja rumah sekalian ni ibu suka galakkan masa cuti sekolah.

Iyelahkan cuti sekolah kalau tak kemana-mana memang mati kutu tak tahu buat apa kat rumah. Melainkan dah plan siap-siap aktiviti dan barang masing-masing. Jadi disebabkan penyakit mati kutu tu suka menular diri ini, kita buat aktiviti paling simple tapi mendatangkan impak yang besar pada anak-anak--

KERJARUMAH.

Bukan homework ye. Jangan salah paham. Aku cukuplah memantangkan diri ini kalau nak buat homework masa cuti sekolah. Maksud kerjarumah di sini adalah kerja-kerja dalam rumah melibatkan praktikal skil. House chores kata orang puteh.

Percayalah, kita sebenarnya membuatkan mereka rasa istimewa dengan menyelitkan mereka dalam aktiviti kerja rumah. Rasa dewasa sangat :p


2. Bina rutin harian yang baik untuk 2 hala (ibuayah dan anak-anak), dan sebenarnya rules untuk mereka tanpa sedar

Contoh :

+ Boleh tengok tv selama 2 jam hujung minggu, tapi anak-anak boleh pilih nak tengok cerita apa dan bila.

+ Boleh main di luar kalau dah solat dan hafaz Quran.

+ Kalau nak keluar ibu ayah yang pilih nak pakai apa, tapi kaau di rumah sukahati anak-anak nak pakai apa.

Tu contoh je, rules masing-masing boleh buat sendiri supaya  kena dengan jiwa anak-anak. 

3. Jangan jadi pengadil

Biar anak cari solusi pada apa masalah yang diorang buat.

Caranya? 

Pujuk, bantu dia ekspres diri dia, bagi dia jaminan (rasa selamat), bagitahu dia kita sangat faham perasaan dia (takut, sedih, jeles) dan bagitahu dia itu normal untuk dia rasa macam tu.

Biar dia pandai kawal perasaan dan emosi, bila dah bijak handle emosi pandailah cari solusi.

4. Risiko itu ada tapi jangan rigid

Beri ruang untuk anak buat salah. Tapi tidak sehingga membahayakan diri.

Contoh : potong pisang guna pisau plastik atau masak di depan kuali panas.

"To grow up without risk is to risk not growing up".

5. Elakkan ketagih pujian

Berlebihan pujian boleh memburukkan keadaan.

Anak-anak akan jadi teruja untuk mengekalkan pandangan baik ibu ayah sehingga jadi takut untuk mencuba sesuatu yang baru sebab takut melakukan kesalahan.

Sebab itu kita ada cara untuk memuji anak-anak :

+ puji HASIL kerja anak bukan puji empunya diri

+ sebutkan impak daripada hasil kerja tersebut.

Contoh : Cantik tulisan anak ibu, senang ibu nak baca.

6. Galakkan komunikasi dengan anak-anak

Bagi ruang mereka ekspresi diri mereka.

Excited cerita pengalaman baru. Hari tu anak aku syok cerita first time main sorok-sorok.

Boleh tambah soalan supaya anak-anak berfikir. Kenapa, apa jadi, macammana, siapa.

7. Hormati anak-anak, mereka akan hormati ibu ayah

Kepercayaan dan rasa hormat adalah perkara yang diperlukan dalam sesuatu hubungan.

Ini penting untuk membina keyakinan dalam melatih anak-anak menjadi dewasa.


Kalau ibu ayah tak tahu apa nak buat.

Mulakan terapkan tanggungjawab dalam diri anak-anak dengan kerja rumah.

Ulang suara KERJA RUMAH bukan buruh kasar ye.

Eh dah melencong pula. Ampun maaf.












Anak-anak sekitar umur 2-6 tahun sangat teruja kalau dapat buat kerja rumah.

Latih awal, sebelum masing-masing dah besar dan tak kuasa nak tolong kita buat kerja rumah nanti.

Huhuhuh.

Kalau latih awal, diorang pun rasa syok boleh jadi rutin. Rutin yang bermula dari kecil memang rasa tak syok kalau tak buat masa besar nanti. Rasa macam tak lengkap je kan.

Hubungi 0123141422 
untuk mulakan program kurus herbalife 
Instagram : nurulnadiahahmad



Leave a comment

Tips bawa anak ke masjid

Bismillah.

Alhamdulillah Ramadhan datang dan kita sempat bertemunya lagi!


^______^

Memang dah jadi rutin kita dari zaman kanak-kanak lagi, kita akan dibawa ke masjid bila menjelang Ramadhan. Alhamdulillah mak ayah besarkan dengan panduan Islam sebenar sejak usia bayi lagi. Kalau adik kecil sekali menjadi tugas kakak dan abanglah bergilir-gilir mengambil tanggungjawab menjaga adik di masjid ketika mak ayah solat.

Tapi lain pula cerita bila dah ada anak sendiri.

Lain betul dengan keadaan masa zaman ibu dan ayah kecil. Kami jenis menurut perintah. Kalau cakap A, A lah kami ikut. Kalau Z, Z lah kami patuh. Tapi, kenapa pulak halnya dengan anak ibu ni sayang uiii?

Apa yang lainnya tu?

BISINGNYA! Ya Allah, macammana ibu ayah nak solat dengan tenang kalau anak-anak bising sehingga mengganggu jemaah lain solat.

Anak ibu bukan main hebatnya berlari dari hujung masjid sana ke hujung masjid sini. Belum campur bergelak ketawa dan lalu depan orang solat. Ok insaf sekarang, tahap pendidikan apa kau bagi pada anak kau ni?

Uhuk, anak saya special sikit memang aktif dia ada semaciam sikit. Maafkan saya.

Saya cuma memainkan peranan sebagai ibu ayah yang lain untuk beri pendedahan solat di masjid. Tapi apakan daya, anak macam ni, ibu ayah kena sound -_______- 

Sedih sangat.

Tapi kita paham, bukan salah orang yang menegur, anak memang bising dan mengganggu jemaah lain. Tapi apakandaya. Banyak juga usaha kami suami isteri buat sebelum bawa anak ke surau/masjid tapi mungkin belum masa lagi anak saya nak register dengan semua benda yang dipesan.

Sebab itu saga mengambil langkah solat di rumah berjemaah kadang-kadang sehingga nampak progress dia okey sikit baru boleh bawa hari-hari.

Jadi, di sini saya sertakan beberapa usaha yang mak ayah boleh buat untuk menerapkan akhlak yang baik ketika di surau/masjid.

(Bawak anak solat di surau)

Mungkin sama-sama kita cubalah ye :

+ Bawa ke masjid sebelum bulan Ramadhan.

+ Bawa ke surau yang sedikit jemaahnya dan sempit. Kalau luas sangat memang seronok untuk berlari sambil menjerit. 

+ Bawa ke surau berbeza. Anak-anak ambil masa nak biasakan diri. 

+ Solat di hujung dan di saf belakang sekali

+ Bawa sesuatu yang boleh buat anak ralit dengan sesuatu aktiviti

+ Pantau dari masa ke masa keadaan anak. Suami isteri harus bekerjasama dalam hal ini.

+ SENTIASA nasihat, konsisten. Anak-anak kalau dah excited mudah lupa (eh lupa diri ke apa? haha) 

+ Tak payah bawa ke surau selalu. Ibu ambil giliran solat di rumah. Pesan kalau akhlak baik baru boleh bawa dia ke surau. Bukan apa, kita tak mahu stres diri sendiri. Bukan tak mahu ajar anak-anak ke surau tapi kadang-kadang solat orang lain perlu kita hormati.

+ Kuasa DOA. Mohon bantuan Allah semoga anak-anak berakhlak dan dilindungi daripada bahaya ketika di surau/masjid dan mohon Allah berikan kita ketenangan ketika solat.


Masa-masa solat jemaah di rumah sebagai latihan akhlak solat di surau

 Nota : Sehingga hari ini kami sangat struggle untuk mendisplinkan anak-anak di surau. Mohon doa daripada kawan-kawan juga semoga anak-anak kita sama-sama boleh terima dengan rutin yang kita biasakan ini.


Hubungi 0123141422 
untuk mulakan program kurus herbalife 
Instagram : nurulnadiahahmad



Posted in , , , | Leave a comment

15 panduan membina peribadi yang baik dalam diri anak-anak

Bismillah.

Panduan ini aku kongsikan daripada seminar Muslim DNA daripada Sheikh Yahya (masya Allah memang best!) Terima kasih Uncle Allen dan Auntie Asriah sebab sponsor tiket kami. Allah jua sebaik-baik yang membalas setiap kebaikan yang mereka lakukan. Ameen.

Seminar ni adalah anjuran Al-Kauthar Institute dan memang best untuk mak ayah macam aku boleh bawa anak-anak kecil juga kerana telah disediakan mothers room. Cuma suasananya memang meriah macam di tadika. Memang berusaha keras untuk mendapat input dan salin piunt point penting.


Alhamdulillah banyak manfaatnya insya Allah.

------

15 panduan membina peribadi yang baik dalam diri anak-anak

1) Ibu ayah sentiasa sebut perkara yang dimaksudkan dan maksudkan untuk setiap perkara yang dituturkan. (Cakap perkaya yang betul tanpa sindir atau sarcasm)

2) Ibu ayah berhati-hati dengan pertuturan tapi lebih berhati-hati dengan bagaimana menyampaikan sesebuah komunikasi


3) Tidak membelikan anak-anak segala apa yang mereka mahu dan bila mereka minta. Sentiasa ada limit

4) Memberi inspirasi, kasih sayang, pengormatan, kecintaan kepada pasangan (jadikan isteri sebagai superwoman, jadikan suami sebagai super hero di mata anak-anak)


5) Curahkan kasih sayang pada anak-anak sepenuh hati dalam pendidikan anak-anak terutamanya tindakan mendisplinkan mereka supaya mereka belajar daripada kesilapan melalui kasih sayang dalam diam

6) Komit dan tetap pada kaedah displin yang ditetapkan oleh ibu dan ayah supaya tidak dikawal oleh anak-anak

Jadi pentingkan diri sendiri bila berdepan dengan hal keluarga

7) Menunjukkan kasih sayang dan keikhlasan terhadap anak-anak dalam setiap tindakan

8) Memberi galakan terhadap kegagalan dan cabaran yang dihadapi anak-anak sebagai persediaan pada masa depan dan pembelajaran

9) Bercakap dengan anak-anak seperti mana kita nak mereka bercakap dengan kita bila dah tua kerepot nanti

10) Sentiasa menitikberatkan KENAPA berlaku, daripada APA yang berlaku

11) Bagaimana ayah melayan isteri adalah pembelajaran untuk anak perempuan

12) Anak perempuan memerlukan perasaan dilindungi yang sangat kuat oleh seorang lelaki untuk menjaganya

13) Persepsi seorang anak perempuan terhadap ayahnya adalah bagaimana pertuturan ayah tentang wanita lain di hadapannya

14) Biarkan anak perempuan sentiasa rasa dilindungi oleh seorang lelaki bernama ayah supaya tidak mudah tewas dengan pujuk rayu lelaki lain.

Biarkan dia bantu ayah ganti tayar.

15) Ajarkan anak bagaimana berkongsi rahsia dan perasaan itu dapat meningkatkan perasaan lega dan lebih selamat




Hakikatnya,
SANGAT BETUL!
Tetiba anak-anak dah besar. Rindu masa baby masa chheky umur 2 tahun. 

Aish.

Posted in | Leave a comment

14 gaya tidur sebenar bayi anda

Bismillah

Baru jumpa foto-foto ni di FB dan rasa kelakar dan rasa nak share.

Hakikat hidup orang kata.





 


Secara jujurnya, semua kami suami isteri pernah lalui.

Tahniah kepada kami *tepuk bahu.

Anak-anak, kena sayang ibu lebih sikit ok?

Meh cium pipi ibu 2 kali.

-___________________-'


Posted in , , | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013