Archive for January 2012

Diari Aliff |15 bulan

Ok ibu malu dengan diri sendiri tapi berikut adalah perkembangan Aliff sepanjang umur 14 -15 bulan yang ibu taip laju-laju sebab ibu ada kerja lain. Nanti next month ibu buat yang lebih baik ye sayang.
  1. Mula nak melompat atas katil
  2. tumbuh gigi ke 7.8.9
  3. Suka berjalan dan pakai kasut/selipar.
  4. Suka berjalan di luar/taman
  5. Suka peluk ibu
  6. Rajin solat (sujud je sebenarnya). Balik rumah terus capai buku
  7. suka panjat meja nak tarik buku
  8. dah mula menyukai shake coklat
  9. bangun awal kejut ibu
  10. pandai sebut rrrrrr setiap kali ibu suruh sebut ro!
  11. COPYCAT gila-gila
  12. Ayah tinggi suara dia pun ikut
  13. suka duduk bawah di sit kereta
  14. penyalam tegar
  15. suka unluck handphone iphone orang
  16. pandai sebut konsonan i -mami, papi, nani
  17. Suka nak ikut atuk keluar
  18. Peramah dan suka salam orang. Sampai mama kak Yuni (kakak ipar) panggil Aliff Yang Berhormat. Er..er..

Ok laju-laju ibu letak gambar pulak


Suka bereput handphone dengan mak teh

Curi epal dan ditangkap sebelum tiba di tempat pembayaran

Muka garang macam ibu

Kesian, main pasir kat depan rumah je.

Makan kulit limau dan limau

Suka duduk dalam bakul dan ditarik ke hulur hilir

Manja dengan atuk

Cubaan mengambil makanan tidak sepatutnya untuk mu sayang sebelum ibu menghep-hem mu

Mainan yang sepatutnya ditolak tapi Aliff duduk dalam tu dan minta menolaknya sehingga skru semua longgar

Posted in | 1 Comment

Kecelakaan

Kalau di Indonesia dipanggil kecelakaan jalanraya. Waktu aku dan suami ada peluang ke negara orang, antara perkara yang diambil berat adalah bahasa. Kami suka lihat bahasa orang.Nampaknya introduction yang santai menyebabkan mood saspen tadi lenyap macam tu sahaja.

Mula semula.

Eh korang, korang, korang! Gaya kepochi habis ni.

2 hari yang lepas.

Lepas famili aku makan malam bersama kawan-kawan baiknya di restoren SABA, kami semua pun pulang. Aku, suami dan Aliff pulang bersama. Dalam perjalanan, ada 2 buah kereta yang laju sangat memecut kereta-kereta yang bawak gaya ala makan angin seperti kami. Hampir melatah jugak dibuatnya, tapi lek lu. Dalam keadaan yang cuak tu, tiba-tiba salah sebuah kereta yang memecut dan memotong dari sebelah kiri masuk lane kanan dan keretanya seperti tak stabil dan terus terbabas ke sebelah kiri. Tak pasal-pasal kereta yang tidak bersalah pula dilanggarnya. Kereta yang sebuah lagi memecut tadi terus melarikan diri.

SASPEN OH!

Suami aku apa lagi, hangin seluruh badan berhenti kereta dan-dan nak sound drebar bawak laju tu, tapi bila buka pintu kereta dan lihat dia mengadu kesakitan, aduh sakit,sakit tak sampai hati pula jadinya. Tapi anda sendiri boleh nilaikan? Tindakan kita yang mementingkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain yang lek-lek bawah kereta 60 km/sejam.

Hanginlah kan?

Dalam hangin seluruh badan tu aku pun terfikir. Jalan raya ni umpama medan pertaruhan nyawa. Mahu tak mahu kau terpaksa lalu jugak dan guna jalan raya untuk sampai ke destinasi kau, contohnya masjid, midveli, HOM MElawati dan sebaainya. Ada alternatif lain. Kau boleh jalan kaki. Tapi lambat dan letih dan masa banyak terbuang. Kajang-Melawati KOT! Basah ketiak macam hujan jugak. Tak cukup lagi, kalau kau berhati-hati dan sentiasa memilih untuk berada di jalan selamat, kau ingat nasib kau malangg. Tapi sebenarnya Allah ada pilihan yang lebih baik untuk kau. Bagi kau dilanggar kereta dengan orang lain. 5 tahun kemudian, fikir balik apa hikmahnya. Mesti jumpa.

Cuba kita aplikasikan antalogi di atas dalam kehidupan kita.

Kau ada target dan impian. Itu adalah destinasi kau.
Kau ada medium untuk capai target kau seperti kerjaya, bisnes Herbalife dan sebagainya. Itu jalanraya.
Kau ada perancangan dan perlaksanaan kau. Itu metod perjalanan kau sama ada naik kereta atau jalan kaki.
Kau mestila dan pasti melalui halangan dan cabaran. Itu orang nak langgar ke kena saman ke kena rompak ragut ke.

Jadi, sama ada kita berjaya atau tidak tiba ke destinasi, kita perlu juga lalui jalanraya itu dengan menggunakan kereta tanpa perlu fikir apa cabaran dan halangan yang akan dilalui. Kenapa?

1) Supaya capai target dan impian dengan selamat. Fokus tinggi
2) Supaya keyakinan kita terhadap ketentuan Allah semakin kuat dan lebih kuat.

Belum tentu orang yang bawa kereta perlahan akan sampai destinasi dengan selamat
Belum tentu orangyang bawa kereta laju pun akan tiba ke destinasi dengan selamat.

Tapi yang pasti jika kau tak pernah lalu dan tak pernah hingin lalu jalan yang disediakan, confirm kau tak akan sampai destinasi!


Itulah pertaruhan cita-cita di sepanjang perjalanan kehidupan seperi pertaruhan nyawa di atas highway karak.

Leave a comment

Aliff ajar ibu

untuk hidup lebih bermakna.

Anak kecil yang tak pernah berhenti untuk mengenal dan mengerti. Anak kecil yang sabar dan tabah bermain seorang diri tanpa gsiapa pun di sisi menemaninya bermain. Anak kecil yang tak jemu menyelongkar satu ruang laci penuh dengan khazanah.

Ibu sekarang,

terpaksa menangguhkan aktiviti homeschooling Aliff,
terpaksa menangguhkan aktiviti kraf kesukaan ibu,
terpaksa menangguhkan aktiviti permainan Aliff dan ayah,
terpaksa menangguhkan aktiviti jahitan ibu,

Weh alasan.

Padahal ibu lebih,

fokus kepada tanggungjawab menyedia dan menerbitkan buku berkualiti untuk ummah
sambil
fokus kepada tanggungjawab menyebar misi nutrisi baik dan membantu orang gaya hidup sihat.

Sayang.

Ibu usaha lagi jadi ibu yang baik untuk Aliff. Ibu tak mahu leka mengejar cita-cita dan kemesraan antara kita berkurang. TAK MAHU!


-------------------------------------------------

Penat memang penat. Siapa tak penat. Ulang alik Kajang-Melawati. Pagi kerja . Malam kerja. Demi apa? Demi ummah. Dan-dan je ummah. Jangan percaya cakap dia weh. Anda boleh sinis, boleh ketawa, boleh mencebik, boleh kepochi belakang-belakang. Silakan semuanya dibenarkan. Tapi anda tidak berhak sama sekali menilai usaha kami.

Yes, aku ada mission. Selama 26 tahun aku hidup atas muka bumi Allah, sekarang baru aku nampak dengan jelas sekali apa sebenarnya yang aku nak dalam hidup. Memang kelakar bila fikirkan pada umur 26 tahun ko tahu apa yang ko nak buatkan? Tapi, it's never too late to be succeesful.

Aliff ajar aku, kalau kau jatuh, kau bangun. Kalau kau sakit, kau menangis. Lepas tu, cuba lagi. Kalau nak sesuatu benda, go get it seriously like u want it badly.

Aku pernah dengar,kita digalakkan sentiasa berdamping dengan alim ulama kerana mereka punya banyak ilmu dan aura mereka sentiasa positif dan penuh dengan kebaikan dalam kehidupan mereka. Jadi pergi mana pun kita, pilih orang yang benar-benar serius untuk berjaya dunia akhirat dan baik budi bahasanya supaya kita juga begitu nanti.

Sebelum Herbalife, jujur aku ada sangka buruk sikit pada mereka kerana terlalu memandang mereka seolah-olah hanya satu yang dikejar iaitu KEKAYAAN. Tapi bila aku terjerumus dalam lembah komuniti Herbalife, IMPIAN mereka sebesar FOKUS mereka. MURNInya perjuangan mereka seMURNI misi mereka. Allahu Akbar, malunya aku. Teramat malu dan tak akan pernah semalu ini.

2 minggu lepas pergi training Zero to Hero. Sekarang Selasa, Khamis dan Jumaat setiap minggu aku akan turun Melawati untuk belajar dan berkongsi. Bukan ilmu dan inspirasi sahaja aku cari, ukhwah dan kasih sayang. La, macam tak cukup kasih sayang je. Bukanlah, kan seronok dapat extra kasih sayang. Boleh beri sikit pada orang lain.Usung jugak Aliff, dalam perjalanan pergi dia lena, dalam perjalanan pulang pun dia tidur. Semoga Allah sentiasa hadiahkan aku istiqomah untuk aku terus dengan niat aku untuk? Aku simpan dalam hati saja :)

Tak mahu bebel panjang, tapi begitulah Nadiah sokmo meleret-leret. Kena masuk kelas bahasa.


Posted in , | Leave a comment

Diari Aliff | 14 bulan

Walaupun entri Aliff hanya dikeluarkan sekitar umur Aliff hampir cecah 15 bulan, ibu tetap kumpul semangat untuk keluarkan entri ini buat tatapan anakanda dewasa kelak. Anakanda Aliff kena picit kepala ibu dan urut kak ibu sungguh-sungguh ye sayang!

Baiklah sayang. Alhamdulillah satu bulan yang sihat sejahtera dan penuh keceriaan dalam hidup Aliff. Amboi sejak boleh jalan ni, Kerja Aliff jalan, jalan, jalan dan jalan lagi. Kanan kiri depan belakang semua dia jelajah. Macam cari kawasan jajahan pula. Pernah kita membeli barang dapur di Tesco, Aliff berkeras nak turun dari stroller dan berjalan sambil pilih-pilih barang, mujur botol-botol kaca tu, Aliff tak sapu habis!

Sudahlah kerjanya asyik berjalan sahaja, setiap kali selisih orang, boleh sapa sambil jerit dan gelak kuat-kuat "Ha-ha-ha!" Adoi, yang ini memang bukan ikut perangai ibu yang ayu mayu ni.

Ok, ibu letak dalam bentuk point lah pulak, sebab sekarang ibu belum dapat feeling nak buat karangan. :p

  1. Setiap kali bunyi kentut ayah, Aliff dan er itu sahaja, mesti Aliff gelak macam silly. Comel~ Mestilah yang ni ltak point no satu kan?
  2. Aliff dah pandai buat shhh,shhh sambil tangan kat mulut kalau ibu suruh Aliff senyap ketika azan
  3. Aliff suka sebut ca! Ibu suruh sebut aa, baa, taaa. Nanti semua pun Aliff sebut cha-cha!
  4. Suka goyang sana sini, menari dan joget setiap kali dengar lagu. Terutama lagu dari kereta Aliff yang atuk dan nenek Muar hadiahkan :)
  5. Nampaknya kesedaran teknologi Aliff sudah mulai nampak. Setiap kali bunyi mesej dari hp ayah atau ibu, dia dulu yang tuju dan buka. Hp Mak Teh pun selalu jadi mangsa keadaan
  6. Lagi syok setiap kali bunyi azan atau bacaan Quran, cepat-cepat Aliff tadah tangan dan letak tangan di telinga. Anak ibu, geram!!
  7. Suka main gulingkan ayah. Badan ayah kan macam huhuhuhuh
  8. Suka kejut ibu dengan cara dia " uh uh uh"
  9. Pandai tiru ayah buat apa pun. Copycat!
  10. Alhamdulillah, ibu tak cuak lagi beri makan Aliff sebab Aliff dah pandai luek makanan yang dia tak nak
  11. Hampir berlari
  12. Mulut bising gila. Kalau nak sesuatu dah pandai minta. Sambil uh uh uh lagi
  13. Suka jelir lidah. Baru sedar kewujudan lidah agaknya
  14. Suka susun barang suatu tempat dan mula main transfer game
  15. Mula menunjukkan minat terhadap lukisan, pen, marker, kertas dan contengan.
  16. Nampaknya Aliff kurang emosi. Walau bagaimanapun masih manja kalau kena suara tinggi dengan ibu dan ayah :p Trik!









Dulu, waktu umur Aliff masa ibu dalam pantang, ibu bisik kat Aliff. "Jangan cepat sangat besar, ye sayang". Alhamdulillah, Aliff tetap membesar dengan sihat. Anugerah Allah satu ni dah besar dan makin ligat. Ibu rindu nak manja-manja denga Aliff.

Posted in | Leave a comment

Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi

Bahagian ibu dan anak sahaja.

Baru-baru ni saya ke klinik untuk check up Aliff seperi biasa. Terfikir pula nak buat berkongsi mengenai klinik ini. Ya sya tahu tak boleh ambil gambar dalam klinik, saya ada pengalaman sebab itu saya masih rasa sedih sehingga hari ini kerana tidak punya gambar Aliff umur 1 hari. Ada, itupun mujur sahabat baik, Aniah ketika itu bertugas sebagai doktor di Hospital Serdang berjaya snap satu gambar Aliff di hari pertama kelahirannya. Aniah, i love you n i know i owe you a lot beb.

Abaikan pengenalan sampah di atas. Isi di bawah ini lebih serius dan penting. Saya mula menjadi pelawat tegar di klinik ini pada saat mengandungkan Aliff umur 2 bulan. Setiap bulan saya ke sini untuk check up diri sendiri dan kini check up Aliff pula. Itu pun dah jarang-jarang. Sehingga hari ini, saya amat berpuas hati dengan layanan misi, doktor dan kakitangan. Cuma servis agak lambat ekoran ramai pesakit dan yang lain saya tidak pasti.

Namun yang demikian, lawatan saya pada kali ini jelas banyak perubahan yang berlaku. Daripada susunan ambil nombor, persalinan bayi untuk timbang dan ukur tinggi, tempat menunggu, bilik menyusu, bilik air nampaknya berubah kepada yang lebih baik. Misi-misi juga sentiasa senyum dan ceria nampaknya dan banyak pula nasihat dan pengalaman yang dikongsi bersama. Alhamdulillah.

Pengalaman saya dengan klinik ini memang baik. Cuma masih perlu menunggu agak lama. Tidak mengapa kerana saya percaya lebih sabar kita tunggu lebih banyak pahala dapat dan bertambah skill kesabaran yang boleh dibina di dada.


Kaunter yang kemas dan tersusun


Ramai orang, tak mengapa suasananya tenang dan tidak serabut


Sementara menunggu, Aliff sarapan dulu cara ayah supaya tidak tumpah


Hep, hep Aliff. Ngorat anak dara orang ye! Ibu ada kat sini ok

Orang Bangi, berbanggadan bersyukurlah anda punya klinik yang cantik, bersih dan besar. Walau bagaimanapun tak semua orang sabar seperti saya T_____T

Posted in | Leave a comment

2012


Kami suami isteri mulakan tahun baru dengan meninggalkan Aliff di rumah menuju ke Singapura untuk melihat pengalaman Jenny Pres Team mengendalikan program turun berat badan. Jujur, perasaan sangat tak best sepanjang perjalanan, mujur suami di sebelah jadi berkesempatan menyerap kekuatan dan kecoolan anugerah Allah kepada dia.

Aliff, ibu tak ada niat langsung nak tinggalkan Aliff di rumah nenek. Tapi kerana kesalahan ibu dan ayah melewatkan proses buat passport Aliff, begitulah jadinya. Ibu cuba ubah sikap ibu dan jadi orang yang lebih menepati masa ya sayang.

Selesai kisah drama. Ini adalah pengalaman pertama seumur hidup memasuki ruang Singapura yang saya dapati tidak banyak beza dengan Malaysia cuma bangunannya yang cantik, teratur dan tinggi-tinggi banyak sekali. Ada orang kata negerinya bersih, tapi saya ada jumpa sampah tepi jalan. Yey! Boleh tak nak yey?


Ini sahaja, 3 kali

Lampu isyaratnya agak pelik dan sistem parkingnya memang strict.

Saya tak sempat bertemu dengan beberapa keseronokan yang lain kerana terikat dengan program dan hanya sempat bertemu dengan sebuah keseronokan iaitu minyam wangi murah yang memang dah lama nak beri pada suami! Walaupun murah, ketiak peluh diperlukan untuk meredah jalan, orang yang sangat ramai, parking yang tinggi dan penuh, orang yang ramai sekali lagi (yang ini dalam bangunan. Tadi di luar) semata-mata untuk beli barang hantara Mael, plan asal. Minyak wangi saya dan suami tiada dalam plan. Beginilah kalau belanjawan selalu gagal :(

:)))))

Perjalanan pulang ke Malaysia dari Kulai hanya bermula pada jam lebih kurang 12.00 PAGI!

Suami dah tersengguh setelah berjaya membelasar tosai dan rojak (kongsi menurut beliau) dan hanya berjaya memandu sehingga Pagoh selepas berperang besar dengan mengantuk dan akhirnya tewas. Saya ambil alih tugas beliau dan baru faham perasaan suami memandu di waktu malam tanpa lampu memang ada kemungkinan untuk tidur sebab mata kecik. AMAT BAHAYA! Aisyah, sahabat seperjuangan sudah terlentok dari awal lagi. Haha

Alhamdulillah selamat tiba di rumah jam 4.30 pagi dan belum sempat cabut tudung dengan pantas sekali pergi dapatkan Aliff cium banyak kali dan peluk kuat-kuat dan pengsanlah semuanya.

Sekian. Pengalaman 1 Januari 2012

Posted in | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013