Archive for March 2012

Formula 1 Nutritious Soy Drink Recipe | F1 Shake Coklat Mango Lai Lai

Bismillah.

Watak utama adalah,
Baru beli minggu lepas. Semangat nak bukak nutrition club lah katakan. Amin. Amin. Amin.

Watak sampingan adalah,


Tak payah mengada susun cantik-cantik macam dalam rancangan masakan kat TV kan. Pagi-pagi ko nak cepat pergi kerja kan? So, tabrak ngatot je. Kena prektis blend shake dengan pantes sekali.

Cara-caranya adalah sambil tekan jam set masa :


Dah siap!

Hasilnya, wallaweeey! Yummehhh.
Jemput shake. Untuk tontonan saya sediakan shake dalam gelas di atas. Hakikatnya, hari-hari minum dalam gelas di bawah,

Pun habis jugak. Pun sedap jugak. Pun selim jugak. Pun sihat jugak. Insya Allah.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Posted in , , , , | Leave a comment

Walimah Mimi

Bismillah.

Alhamdulillah walimah adik ipar iaitu adik perempuan suami berjalan dengan lancar sekali dan yang paling penting dia juga selamat menjadi isteri kepada suaminya, anep. Agak janggal rasanya kerana usianya lebih tua berbanding kami tapi statusnya adalah adik ipar. Heheh. Kesian mak dan abah, kerana kami tiba di Muar pun agak lambat dalam jam 9 malam. Sampai je terus siapkan kerja-kerja yang belum selesai. Akhirnya, kami semua terbongkang pada jam 2 pagi.

Esok harinya, aku teringat plan untuk letak flyers di setiap beg door gift. Jadi, selesaikan yang itu dulu pada hari tu sebelum settlekan benda-benda lain. Kata, buat herbalife full heart kan. Insya Allah inilah misi kami. Mak dan mimi pun dah bagi green lightkan.



Majlis nikah berlangsung pada sebelah pagi. Aliff pakaikan ibu baju ala orang pakistan. Sekali tengok macam nak jual karpet hahaha. Jahat ibu. Tapi comel amatsss. Ibu cuma tak tahan setiap kali pun orang tanya ini laki-laki ke perempuan. Tak sempat nak ikuti perkembangan majlis nikah sebab Aliff tidok jadi tiada liputan.



Tahniah mimi! Semoga menjadi isteri solehah kepada suami tercinta dan selamat menjalani senang susah suka duka alam rumahtangga. :) Nampak kek tu? Yummeehh sangat. Choc indulgence bukan secret recipe punya ok. RM 70. Sedapnyaaaa. Duk terbayang lagi. Mimi macam Shasha Basyir. Cun amatss. Alhamdulillah, makanan pun sedap. Ai yang tak makan daging pun melantak 2 kali. Lauk daging je.



Dah habis walimah, kami semua berkemas-kemas mana yang mampu. Aliff pun nak tolong jugak. Oleh kerana cuaca panas, ibu pun melenggingkan anak ibu tanpa baju. Barulah macho. Suami yang memang dah nampaknya pancit, terus bancuh teamix herbalife panas-panas dan minum. Aku yang sememangnya melantak tak hengat pun tumpang sekaki jugak. Suami pun hidang jugak teamix kepada orang lain jugak. Tak sangka kak long suami, rasa kesannya cepat sangat. Sebab aku perasan dia buat kerja banyak sangat. Kemas rumah dan kemas semua meja jemputan tadi. Macam malu lah jugak kita buat kerja ciput je. Ahaks. Kak long pun minat nak ambil teamix. Luar biasalah badan along.



Hari ni Aliff banyak masa ibu bagi main-main dengan abang aca. Bersedialah esok nak kena hantar lagi kat makcik pengasuh. Hehehe. Bukan main posing ye nak. On the way balik Bangi, kami singgah kedai gunting rambut di Taman Syed Nasir untuk potong rambut Aliff. Ibu stress orang confuse Aliff laki ke puang. Bayaran potong rambut teramatlah murah. Kombo bapak anak alahai baru RM8. Ini gambar sebelum rambut dicantas. Memang sedih gila nak buat keputusan ini, but life must go on. Rambut mesti dipotong. Dan inilah hasilnya.



Ibu T______________T

Walaupun terlepas Konvensyen Bidadari Dunia yang pengisiannya aku hapdet di twitter memang best, tapi masa yang diluangkan bersama keluarga itu lebih manis sebenarnya. Insya allah aku doa suoaya pengisian seperti itu akan dikongsikan pada masa akan datang lagi, amin

Posted in , | 1 Comment

belog catatan peribadi vs belog catatan susah dan senang

Bismillah.

Alhamdulillah baru sudah majlis pernikahan dan walimah adik ipar, Khaireen Shamimi Khalil dan suaminya yang kami panggil Anep. Majlis berjalan dengan lancar dan sesungguhnya ibu teramat penat mekayan Aliff. Minta maaf mak dan semua, Nadiah tak banyak bantu pun. Btw, Mimi sangat cantik! Semoga menjadi isteri solehah kepada suami dan cinta kerana Allah itu membawa ke syurga. Amin

Semasa entri ini ditulis, aku mengantuk gila dan Aliff sedang tidur melengging duk bawah air cond. Huhu ibu mampu selimutkan je. Sempat lagi belek tadi kast entry adakah ada 13 Mac 2012? -.-"
Apa aku buat sepanjang 11 hari tanpa entri ini?

Banyaknya benda nak update dalam belog. Nak update blog bukan sebab nak kecoh apa aku buat. Tapi lebih kepada sebagai simpanan peristiwa. Bank memori. Al maklumlahh dunia berteknologi serba serbi kan. Apa lagi, gunakanlah baik-baik. Bukannya jadikan medan nak kutuk orang lain sarcasm tak tentu pasal.

Dalam dok semangat-semangat nak tulis entri itu ini, aku terfikir. Belog aku ni nak tulis pasal apa sebenarnya. Manfaatkah tulisan aku? Adakah orang nak baca tulisan aku yang macam, erm? Macam banyak merepek je? Adakah aku menambah baik lagi penulisan aku dari masa ke masa?

Dulu, asalnya belog ini dibuka adakah sebagai catatan seorang ibu membesarkan Aliff dan adik-adiknya. Sambil catatan seorang isteti kepada suami dan seorang anak kepada 2 orang manusia luar biasa dan hamba kepada Allah yang satu. Sekarang untuk apa?

Masih.

Dengan tujuan yang sama. Bezanya, aku sentiasa mencari gaya penulisan tersendiri. Tak nak ikut-ikut. Maaflah, kalau ada yang pening dengan penulisan sampah aku. Tapi itu aku. Aku tak bagus. Jadi, tak perlu ikutpun. Mana yang baik ambil. Yang sampah, abaikan.

* semangat gila-gila buat entri baru.

* bukak peti ais dan telan ini




Yummehhhh gila! Meh order meh. Gugel Yulie Bake The Cake

Leave a comment

Coklat dan lollipop

Ibu : Aliff buat apa tu?

Aliff : Aliff makan coklat ibu.

Ibu : .........

Hajat di hati nak bagi anak makan coklat dan lolipop seawal 2 tahun. Tapi kasihan pula, apabila dia lihat rakan sebaya (sepupunya) makan coklat. Jadi, ibu pun berilah coklat kesukaan ibu, zip original kepadanya dengan harapan ibu boleh tolong habiskan. Taklah dia sental seorang diri. Lepas tu, paksa Aliff minum air masak banyak-banyak. Alhamdulillah mujur dia suka air masak. Motif? Formula ibu yang tak wujud dalam kamus sains, supaya kandungan gula dalam badan Aliff taklah tinggi sangat kan? Kah kah kah. Tak kisahlah, asalkan Aliff tak mabuk gula sudah.

Lepas tu, hari tu ayah bagi lolipop pada Aliff. Syoknyalah Aliff kemam-kemam lolipop tu, tengah Aliff ralit main, ibu perlahan-lahan ambil dan buang. Bagi ibu, nak rasa boleh. Tapi jangan banyak sangat ye sayang. Ibu memang syok sendiri tapi, ibu tahu apa ibu buat. Ibu pun bukanlah penggemar coklat dan lolipop sangat. Jadi, ibu nak pengaruh Aliff jadi macam ibu. Huahahahah ini gelak jahat.

Lepas ni, ibu bagi Aliff rasa ais krim shake Herbalife pulak ye sayang. Nantikan resepinya akan datang

Posted in , | 1 Comment

Solat dan anak kecil


Hari ini sempena hari Jumaat yang damai, aku nak sentuh sikit bab solat dan ibu yang mempunyai anak kecil. Semasa mengandungkan Aliff, saya suka ajak suami solat sama-sama. Alasan saya, nanti Aliff dah ada, kita susah solat sama-sama. Ish, ish kenapalah ibu boleh pikiak sampai macam tu. Sungguh tak positif diri ini.

Bila Aliff dah keluar ke dunia ini, dan sebulan lamanya barulah ibu berpeluang solat. Nikmatnya dapat solat semula. Tapi, oh ada tapi ke? Memandangkan Aliff asal tinggal je merengek. Lepas je menangis. Ibu rasa down, dan terus dapatkan Aliff. Ibu rasa seperti beban dan terpaksa mengutamakan Aliff sampai Aliff lena baru ibu pergi solat. Dalam hati ibu, semoga ibu boleh solat dengan khusyu' tanpa tangisan Aliff.

Masalah yang sama berlaku setiap kali tiba waktu Subuh. Yang sangat tak bestnya, ibu banyak kali terlepas Subuh kerana perkara ini. Sehingga suatu hari ibu dah tak tahan, ibu abaikan tangisan Aliff dan teruskan solat. Aliff sampai menangis dengan teruk sekali. Mengalir air mata ibu waktu solat. Maafkan ibu sayang, panggilan Ilahi adalah lebih penting darimu sayang.



Ada tak ibu-ibu kat sini yang ada masalah seperti saya?

Itu satu hal. Bila Aliff dah semakin besar boleh merangkak seterusnya berjalan. Dia suka bermain-main di sekitar kawasan solat ibu. Yang lebih menekan jiwa ibu ni, bila Aliff merengek-rengek minta didokong. Aduuuuii, ada sekali terpaksa diangkat dan alih Aliff ke tempat lain sebab ibu nak sujud.

Itu belum kira solat di masjid/surau. Entah mana-mana Aliff berjalan dan merangkak. Kadang-kadang ibu tak boleh solat jemaah kerana nak perhati Aliff. Alhamdulillah, semakin Aliff besar, Aliff semakin behave dan tahu ibu nak solat jemaah dengan ayah dan kalau di masjid dia masih belum mengerti dan sentiasa mahu ke bahagian lelaki bermain dengan kanak-kanak lain. Tak apalah, nama pun budak kan T_T

Sekarang, alhamdulillah dah set mind bahawa anak itu bukan beban! Anak adalah anugerah Allah yang amat berharga. Kenapa anak dijadikan alasan untuk kita itu dan ini. Kenapa tidak salahkan diri sendiri? Ubah pemikiran segara. Muhasabah diri untuk perbetulkan persepsi bahawa diri sendiri yang tentukan sesuatu. Bukan atas alasan itu dan ini. (itu dan ini, ko nak repeat berapa kali da). Ini baru Allah turunkan ujian dengan anak. Ada yang Allah uji solatnya dengan perang, kemiskinan, perceraian dan sebagainya.

Ayuh, ajar anak solat.

Bagaimana kita sebagai ibu bapa nak ajar anak solat?

Yang paling utama, bermula daripada kita lah.

Duplikasi.

Jemaah solat kita, jemaahlah solat anak. Awal solat kita, awallah solat anak. Baik solat kita, baiklah solat anak.


Tak solat kita, tak solatlah anak. Buruk solat kita, buruklah solat anak.

*diam

Ibu usaha lagi sayang. Ibu nak Aliff jadi anak yang soleh. Nanti ibu minta ayah rajin pergi masjid supaya Aliff ikut ayah ok. Sekarang, dalam tempoh ayah sibuk. Alasan, ok nanti ibu bincang dengan ayah okeh sayang.

Sujud pada Penciptamu, sayang. Allahuakbar!

Keluar topik sikit. Pakcik Aliff yang suka layan Aliff naik motor, uncle Kori pergi New Zealand untuk 6 bulan. Whoah lamanya kori pergi. Nanti Aliff nak menumpang kasih sayang kat motor dengan siapa lagi? Korie, jaga diri elok-elok. Ambil pengalaman kat negara orang supaya kori lebih hargai apa yang Allah beri sekarang ok?

Kakak doa semoga kori pulang dengan impian dan cita-cita yang jelas. Dulu adik aku ni merantau kat UK dengan gamble nya seorang diri. Pulang je ke Malaysia, Alhamdulillaha da perubahan. Semoga kali ini juga bawa pulang perubahan yang lebih baik lagi. Kori sekarang dia keluar dari comfort zone untuk kehidupan yang lebih baik.
Kakak rindu kori dah~ Cepat sikit pulang ke Malaysia.

Comfort Zone adalah bahaya kalau kita terus berada dalamnya! Apabila lama sangat kita berada di zon selesa, produktiviti kita berkurangan dan usaha kita pun ciput je. Hasilnya? Takdak improvement.

Cepat-cepat, kita semua muhasabah diri semula. Semoga bermanfaat.

Posted in , | Leave a comment

Siapa buli Aliff?

Ada hati nak masukkan kasut dalam CD player

Sambil perhati Aliff dari jauh, ibu perasan Aliff berlari-lari girang sambil sengih seolah-olah teruja dikejar kana-kanak yang lebih besar sedikit usianya daripada Aliff di Herbalife office tadi siang. Dalam hati ibu, 'eh, dah berlari anak aku ni. Sekejapnya masa berlalu.' Berlari sudah, memanjat sudah, bersosial dengan rakan sebaya pun sudah.

Ha bersosial! Aliff sebelum ini mudah sekali dicubit, ditampar, ditarik rambutnya, ditolak kepalanya dan macam-macam lagi. Adakah ini dikira sebagai konsep bersosial? Respon dia. Mula-mula senyap dan terkejut. Dah lama sikit barulah, uwaaaaaaaaaaa! Bunyi tangisan yang amat nyaring kedengaran seluruh alam.


Dah lama lepas kakak Ameera dan adik Aisya pulang ke Malaysia, mereka bermain dan menghabiskan masa bersama. Aliff nampaknya mula menunjukkan belang dan cemburu kerana selama ini hanya dia yang menjadi kesayangan dan menguasai perhatian di rumah neneknya itu, tetapi tidak lagi sekarang ketika 2 lagi sepupunya berada di situ. Bermulalah adegan berebut barang, nak didokong sepanjang masa, perhatian nak lebih daripada atuk dan nenek, dan macam-macam lagi. Ibu tak sempat nak belek sebab kat rumah nenek pun ibu tak lama. Ada je kerja nak kena buat.


Bila kakak Ameera dan adik Aisya dah pulang ke UK, ibu perasan bila Aliff bersama rakan sebayanya, dia pula mula menolak kepala, berebut mainan, menampar rakan sebayanya. Ish, ish, ish. Bagaimana aku sebagai ibu nak handle perkara seperti ini.

Ibu cepat-cepat tarik tangan Aliff daripada teruskan pembulian tersebut dan cakap, "Aliff tak baik pukul orang. Nanti kalau kawan sakit dan menangis dia tak nak duduk dengan Aliff, Aliff duduk main sorang-sorang. Kan tak best dah tu."

Ya, itu je yang termampu. Cakap sahaja.

Kadang-kadang, ada juga tertinggi suara. HEEEP,ALIFFF!!! Lepas tu stop. Geram nak teruskan. Kebiasaannya waktu tu, aku tengah stress ataupun badmood. Kesian Aliff, lepas tu ibu pun menyesal tulis dalam diari, hari ni aku marah Aliff. Tapi dia buat dek. Kemudian, aku pun cepat-cepat pass Aliff kat abang. Abang cool. Dia selalu boleh handle perkara-perkara yang susah ni.


Okey, motif aku nak kongsi kat sini. Aliff sedang melalui proses membesar. Kalau dia buat perkara-perkara yang kita tak sukai atau gerami, kita cakap dengan dia. Selagi boleh cakap, kita cakap. Itu adalah proses pemberitahuan. Budak kecilkan, bukan semua benda dia boleh faham. Semuanya baru bagi dia. Kita pulak sebagai ibu, janganlah pulak rasa anak sentiasa genius, faham itu ini dengan cepat. Apa pun nak buat kita kenalah SABAR. Nak besarkan anak bukannya mudah. Kembali semula pada Allah mintak pertolongan dan petunjuk daripadaNya. Dia suka sangat dengan hamba yang selalu meminta dan berusaha. Ingat ye, Nadiah. Aliff sedang melihat anda untuk dicontohi. Ngeee tatoooot!


Ibu cuba lagi ye sayang.

Posted in | Leave a comment

Harapan bersinar nak lihat come back abang gagah

Hak hak hak hak. Kui kui kui kui.

Gelak dulu. Cerita kemudian. Ramai yang dok fikir siapa abang gagah?

Siapa weh siapa? Ok, lek-lek lu. Skrol bawah sikit tengok.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sila tabah
.
.
.
.
.
Tada!

Inilah abang gagah saya!

Menurut Akram, makcik yang boleh tahan mulutnya seangkatan dengan aku, dia dah geng-geng matrik dia dulu panggil suami dengan gelaran abang gagah sebab, urm mungkin badannya agak besar dulu. Hoi, sekarang tak cukup besar ke? Aku kena cari nama gelaran lain untuk keadaan badan abang sekarang. *Fikir* Wolvarine mungkin?

Pffft.

Kat matrik adalah zaman usyar mengusyar sahaja. Tidak lebih. Tidak kurang. Jadi tak perasanlah mamat ni cukup gagah atau perkasa ke atau apa sekali fizikal badan dia sekalipun. Sekarang mari tinggalkan imbauan zaman dulu kala di bangunan SMAWP dan kita terjojol biji mata dengan foto beliau selepas kahwin beranak satu. Aku yang beranak.

Ting!

Saya perkenalkan, ini rakan mengandung saya

Alasan yang diberikan bila aku tanya kenapa badan dia naik sehebat itu, beliau jawab, bahagia. Wah,wah wah secara tak langsung atau dalam erti bahasa kasar sikit aku lah penyebab dia gemuk? Awal-awal aku dah pesan, tak mahulah abang gemuk nanti, susah nak jalan, dan lain-lain penyakit datang aku tak tahu, masa depan aku dan anak-anak. Bagus, jauh berfikir eh berfikiran jauh.

Tapi dia selesa dan suka dengan badan dia. Dia yakin dia sihat dan dia tak malu pun ada badan sebegitu. Jadi, dia tak pernah ada kehinginan pun untuk kawal pemakanan apatah lagi exercise! Minum air? Tak pernah ada memori kalau dia ada minum air lebih 2 gelas satu hari. Ok jahat. Walaupun, hampir semua orang yang jumpa dia tegur tentang perKEMBANGan dia, dia malah lek je. Cool, kan?

Tentang makan pula, saya tak perlu cerita panjang. Tolak kayu, batu dan pasir semua dia telan. Tak elok membazir katanya. Kalau makan tengahari dan malam, dia dan mama jadi geng paling akhir tinggalkan meja makan. Bukan apa, tak sampai hati nak tolak pelawaan mama, kalau mama suruh habiskan makanan. Menantu soleh kaaan.

Tak lama lepas kelahiran Aliff, aku bertemu dengan Herbalife. Kebetulan, abang rasa tak sedap jantung waktu tu. Dah mula rasa badan tak sihat. Dah mula temui cahaya keinsafan tu. Alhamdulillah syukur, abang pun tak banyak songeh dia ikut kita je. Kita sediakan Herbalife shake untuk abang, abang sediakan untuk kita juga. Tapi abang punya resepi selalu lebih sedap. Aliff pun join. Macam tulah hari-hari.

Nasi, dan makanan rutin harian kami makan seperti biasa. Cuma pada waktu tengahari sahaja atau malam. Gilir-gilir. Hujung minggu masih boleh makan mahal sikit, contohnya nandos. Kata orang since dah belajar dan pandai tentang pemakanan sihat, ada calorie consious, kita dah pandai kawal pengambilan makanan harian kita insya Allah.

Air toksah cakap, hari-hari suami kena marah dengan coach (bini dia) tentang pengambilan air. Sebab dulu dia ada masalah kencing pasir adik kepada batu karang. Alhamdulillah, sekarang dah rajin anak murid (bak kata kak Shila) minum air. Ekselen!

Sekarang, abang pun suka jogging. Setiap kali sebelum jogging, minum teamix, jadi proses detox berlaku 2 kali ganda. Sebab kalau dulu 3 minit jogging dah pancit. sekarang buat 2 pusingan keliling Tasik Cempaka pun masih cool lagi penuh bertenaga. Siap boleh bagi flyers lagi kat orang. Haih, suami, suami. Banggo dapat encik suami yang versi lebih sihat, positif dan macho (sebab jogging lama).

Kalau dulu memang selalu dengar orang cakap jaga pemakana, jaga pemakanan. Dulu tak faham sangat dan selalu sental je makanan yang sedap dan mengarut. Tapi bila umur semakin meningkat dah beranak pinak, BARUlah faham dan terhegeh-hegeh nak cari sesuatu ubat itu, ubat ini untuk kesihatan yang makin lama makin merudum.

Pasang niat semula baik-baik kerana apa kita mahu sihat?

Ibadah? Dakwah? Hensem? Cun? Ibubapa? Anak-anak? Masa depan? Bos kat ofis?
Cuma perlu ingat, badan adalah anugerah Allah yang terlalu berharga. Jangan sekali-kali ambil mudah terhadap anugerah Allah yang ini.

Insya Allah semoga bermanfaat.



Selamat tinggal perut buncit yang suatu ketika dulu kita pernah bermusuh kerana lebih disayangi abang.

Pemberitahuan : Herbalife bukan ubat. Ia adalah makanan nutrisi.

Inilah hasilnya apabila kita amalkan gaya hidup sihat. Insya Allah. Kalau ada terkurang pada kami silakan tegur, jangan malu. Kami insan biasa.

Posted in , , , , | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013