Bismillah
Lama tak update pasal Aliff kan?
Tak baik tau ibu.
Kata blog ni dihasilkan sebab nak catat memori tentang Aliff dan adik-adiknya. Ish ish ish.
Baiklah. Nak cerita sikit kenapa susah nau nak update belog sekarang. Mana taknya. Hari-hari bersilat dengan 2 orang anak teruna. Aliff memang akan menggunakan sebaik-baiknya masa untuk bersosial dengan adiknya. Kadang ibu layankan jelah. Kadang ada jugak datang hangin raksasa tu, lepas tu nyesal.
Ibu cuba nak buat cool nak. Tapi tak boleh. Mesti akan naik shekh jugak. Be nice ok, abam.
Abam anak ibu yang baik. Yang soleh. Huuuuuuu.
*lagi dasat dia buat perangai.
*ibu amok.
Okeylah. Tu perkara biasa, ibu sila tingkatkan lagi usaha jati diri untuk jadi lebih lembut lebih sopan supaya Aliff dan Fateh membesar menjadi anak soleh. Amin.
So kali ni nak share sikit, biasanya apa bendalah manusia-manusia ni buat kan kalau kat rumah.
Untuk distract Aliff daripada memberi perhatian banyak sangat pada adiknya, ligat jugak kepala otak ibu nak fikir, nak reka apa jenis mainan atau aktiviti ibu boleh sediakan pada beliau supaya ibu ada 10-15 minit percuma untuk diri sendiri.
Fuh fuh fuh. Juling mata ibu jadinya.
Sebelum tu, jom kita tengok n kaji sikit apa jenis aktiviti sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 tahun.
Ciri-ciri kanak-kanak umur 4 tahun
1. Energetic dan kuat berimiginasi.
2. Suka pada jenaka dan suka buat orang gelak. Akan cuba menarik perhatian ramai orang dengan membuat aksi lucu (silly things)
3. Suka buat bising dan gelak ataupun menyanyi kuat-kuat.
4. Ada perkataan yang disebut masih pelat. *ibubapa perlu betulkan mana yang kurang betul sebutannya.
5. Suka berimiginasi. Kadang-kadang berangan tak tahulah apa action dia buat. Lebih-lebih cerita tentang perasaan dan pengalaman dia.
6. Bangga dengan benda yang dia boleh buat, keyakinan diri tinggi dan sentiasa nak cuba sesuatu yang baru. Terutama kalau ada geng! So ibu-ibu ayah-ayah memang masa ni kena sokmo memerhati anak berumur 4 tahun yang makin hari makin ligat ni!
CADANGAN AKTIVITI
1. Tutup TV seharian, dan cuba tarik perhatiannya dengan membaca buku kuat-kuat di hadapannya. Nak best lagi buku yang ada sticker ke kan?
2. Galakkan anak-anak ini bercerita kepada adiknya atau kawan yang lain.
3. Galakkan menulis dan mengenal huruf. Kertas dan pen memang wajib sentiasa ada sama.
4. Sediakan art activities, macam main play doh ke kolaj (skill potong guna gunting dan gam) daripada majalah lama, atau cuba bagi experience anak-anak guna benda lain macam straw (buat bubbles), tali (telefon lama), salotep, water color.
5. Ajar tentang nombor (kira semua jenis benda yanga da depan mata macam stokin, sudu, mainan dia, pencil color) dan kedudukan (atas, bawah, kanan, kiri, belakang, depan).
6. Anak-anak ini mempunya perasaan yang sangat kuat untuk rasa diri mereka sangat penting. Puji kejayaan (tapi tak perlu selalu, hanya puji efforts) dan galakkan dia bebas mencuba dan berdikari. Galakkan berkawan, bawak ke tasik dan kutip daun-daun kering, kumpul dan ajak gam di atas kertas.
7. Ajar mereka macammana nak ikut arahan. Follow the leader. Step by step. Aktiviti outdoor. Heheheh. Buatlah macam larian berhalang gitu, kena crawl, jump, run dan macam-macam lagi. Kita lah nak kena lead kan? Kira physical development jugaklah.
8. Play pretend! Yang ni Aliff suka sebab dia memang drama! Hohoho Mainlah apa. Jual-jual ke. Jadi kucing ke, pergi klinik ke, masak-masak ke. To be honest kiteorang suka main benda ni tapi takde alat pun. Kan imiginasi memasing kuat. Haha
9. Ajar adab, akhlak. PENTING ni. Nak eloberate tak pandai. Tapi kalau kita nak ajar yang ni senang je, kita dulu buat.
Kat sini aku nak share sikit apa guideline yang kita boleh ajar anak-anak in islamic manner.
Klik sini
Jom layan anak-anak jom kalau bz macammana sekalipong! *Untuk ibu Aliff n Fateh jugak.
|
Skill squeeze |
|
Jigsaw puzzle |
|
Lacing untuk bantu dia kenal huruf |
|
colouring |
|
ala-ala jigsaw puzzle, matching |
|
bantu kenal huruf |
|
colouring |
|
Water play |
|
Kat kelab nutrisi kami |
Semua aktiviti kat atas memang boleh prepare laju-laju dalam 2 minit gitu.
Masa bermain dalam 15-20 minit, nangis tak? Okeylah tu yang penting anak-anak nak buat aktiviti tu. Idea-idea macam ni aku suka cari kat instagram. Cari hashstag homeschool, toddleractivities, toddler, craft, preschool. Banyaklah. Pening gak nak milih sebab semua best!
Jujurnya Aliff, banyak benda dia tak suka. Sebab dah terjebak dnegan game dalam handphone ayah dia. Apa pun, lebih banyak masa aku akan teruskan jugak dengan aktiviti-aktiviti ni. Tapi kalau macam hari yang aku blur, ok dibenarkan game. Hohoho
Jom ibu-ibu semua jom!
Alhamdulillah anak membesar dengan pelbagai karenah depan mata. Maceh Allah.