Isteri, peringatan supaya kesudahan kau tidak di NERAKA.

Dengan kerja yang agak bertimbun di pejabat, kadang-kadang terbawa-bawa ke rumah. Tambah lagi dengan ekonomi rumahtangga yang kurang stabil akibat kenaikan harga barang dan minyak. Tak cukup lagi dengan keadaan sekililing seperti jiran yang seringkali sidai baju tak reti perah, kucing yang suka berak di depan rumah, sandiwara politik kotor yang selalu bermain di kaca TV dan hal-hal lain yang bikin hati panas.

Situasi di atas adalah perkara yang biasa berlaku di dunia yang serba pantas sekarang ini. Lalu, seringkali suami dan anak menjadi mangsa melepaskan lelah dan tekanan yang bersarang di jiwa.

Suka saya berkongsi sedikit coretan daripada ibu kepada anak-anak UIA yang tanpa jemu memberi peringatan demi peringatan kepada anak-anaknya.

Peringatan buat saya dan isteri-isteri di luar sana yang ingin booking tempat di syurga kelak. Insya Allah

Selamat membaca!
----------------------------------------------------
Almarhum Sukarno pernah berkata “wanita ibarat pohon karet (pokok getah). “

Kata2 ini membuatkan ramai wanita yang marah. Tidak perlulah dihuraikan apa maknanya kata2 itu. Maklum sajalah pokok getah waktu mudanya amat berguna dan apabila sudah tua akan dibiarkan atau ditebang saja. Paling2 pun digunakan untuk membuat perabot.

Rasulullah saw. mengatakan bahawa para isteri yang beriman semasa di syurga nanti akan lebih cantik dari bidadari, maka tidak perlulah khuatir masa itu suami kita akan lebih tertarik pada bidadari atau isterinya sendiri. Macam2 ungkapan disebut tentang wanita. Namun yang pasti kita adalah makhluk yang perlu sujud pada pencipta Yang Maha Agung, yang diberikan tanggungjawab tersendiri sebagai khalifah di bumiNya ini.

Saat yang paling bahagia bagi seorang wanita dan selalu diceritakan kepada rakannya2 ialah :
i. saat pertama kali jatuh cinta dan diterima cintanya

ii. saat orang yang dicinta mengucapkan akad nikah sebagai suami

iii. saat pertama kali doktor mengesahkan yang ia bakal jadi ibu

iv. saat doktor menyerahkan bayinya yang baru dilahirkan

v. saat anaknya mula pandai melangkah

vi. saat anaknya mula menyebut ‘ibu’ atau yang seistilah dengannya

vii. saat pertama kali membawa anak ke tadika

Semua itu adalah nikmat yang tidak terucap dengan kata2. Saat seterusnya adalah rentetan saat2 cemas yang saling berganti dengan saat2 bahagia membesarkan anak. Di sebalik setiap nikmat yang Allah anugerahkan ada tuntutan amanah yang besar untuk dilaksanakan.

Nikmat bila dicintai adalah upah keatas usaha yang bakal kita lakukan bagi meramaikan ummat.

Nikmat dimartabatkan sebagai ibu adalah upah disebabkan beratnya tugas mendidik anak yang akan menjadi khalifah penjaga bumi.

Kasihnya Allah tidak terhingga, upah diberi sebelum tugas dijalankan. Namun kadang2 kita lupa mensyukurinya apalagi untuk menunaikannya secara sempurna. Di masa2 tertentu kita merosakkan nikmat itu.

Nikmat memiliki suami kadang2 disiakan2 dengan menderhaka padanya.
Nikmat memilik rumahtangga kita tukarkan ia dari syurga menjadi neraka dunia
Nikmat menjadi ibu kita ketepikan dengan meletakkan kerjaya lebih utama
Nikmat memiliki anak cerdik dirosakkan dengan berbangga2 pada orang lain

Nikmat kadang2 dilambatkan atau tidak diberikan kepada sebahagian wanita kerana Allah tahu wanita itu mungkin tidak sanggup menggalas amanat dihadapannya nanti atau ada nikmat lain yang disimpan untuknya yang akan diberikan dikemudian kelak.

Kebahagian itu adalah nikmat. Keperitan pula adalah nikmat yang ditangguhkan.Tidak ramai orang mensyukuri nikmat memiliki suami apabila suami yang dimiliki bukan impian dihati. Sedangkan Allah tidak pernah menyatakan bahawa pahala melayan suami yang kacak dan tidak kacak adalah berbeza banyaknya.

Walaupun syurga isteri bukan terletak di tapak kaki suami, namun redha suami adalah nikmat yang sangat besar kerana ganjaran pahala yang dianugerahkan Allah tidak ternilai harganya. Redha Allah pada si isteri bergantung pada redha yang diberikan suami. Wanita yang derhaka pada suami tidak akan mencium bau syurga.

Allah tidak menghukum seberat itu kalau bukan kerana ada sesuatu yang penting berhubung dengan kesetiaan isteri pada suami. Walaupun wanita bersifat lemah, namun dia boleh menjadi penghancur atau pembina kejayaan seorang lelaki.

Nikmat hanya akan berharga apabila ia hilang dari kita.

Cerita berikut adalah kisah seorang wanita yang boleh dijadikan pengajaran berguna dan peringatan bagi setiap wanita yang bergelar isteri. Cerita yang saya terima melalui email beberapa tahun lepas . Ceritanya begini……

Saya mempunyai suami yang sangat baik dan keluarga yang sangat bahagia. Saya merasakan sayalah isteri yang paling baik menjaga suami dan anak-anak. Segala ciri2 isteri yang baik saya cuba pastikan ada pada saya. Tidak pernah saya meninggi suara kepada suami, tidak pernah menolak sebarang suruhan dan permintaannya. Makan dan minum saya layan dengan sempurna.

Satu hari saya balik dari pejabat agak lambat. Saya tidak sempat menyediakan makan malam. Keletihan bekerja yang amat sangat di pejabat menyebabkan hilang selera untuk makan bersama suami. Saya terus masuk tidur. Tiba2 suami datang sambil berkata ….”tak apalah kalau sayang tak mahu makan dengan abang malam ni, tapi boleh tak sayang layan abang sekejap. “

Badan serasa sudah tidak bermaya dan mata sudah susah untuk dibuka. Saya menjawab “Ala bang, besok boleh tak?”
“Yang, kali ni je…lepas ni abang tak minta dah.”

Antara sedar dengan tidak saya biarkan suami begitu saja dan saya terus tidur sambil membelakangkannya.

Apabila bangun pagi keesokkannya saya dapati suami sudah keluar. Teringat katanya2 malam tadi….astaghfirullah!!, besarnya dosa saya. Saya terus mencapai telipon berniat untk minta maaf. Beberapa kali mencuba masih tidak dapat.
Saya terus bersiap untuk ke pejabat. Tidak berapa lama hp saya berbunyi. Saya sangka dari suami tetapi kenapa suara lain. "Maaf cik, ini panggilan dari polis. Saya jumpa talipon ada nombor cik. Cik kenal ke tuan talipon ni?"

"Ya, itu talipon suami saya, kenapa dengan dia?"

"Maaf, cik, dia terlibat dalam kemalangan dan tidak dapat diselamatkan."

Longlai seluruh badan. Kehilangan suami sudah cukup berat untuk ditanggung apatah lagi meninggalkan saya sebelum sempat memohon maaf dosa yang begitu besar. Terngiang2 katanya2..”Yang, kali ni je….lepas ni abang tak minta dah”

Dia sudah tahu yang dia nak pergi tapi saya yang bodoh mementingkan diri sendiri. Usaha saya menjadi isteri yang baik habis begitu saja dan neraka menunggu saya di depan.

Saya rasa hampir gila memikirkan diri yang diselubungi dosa yang tidak terampun ini.

”Allah dan bumi yang dipijak mengutuk wanita yang menolak hajat suaminya sehingga suami memaafkannya.”

Kita, wanita, amat mudah terdedah dengan dosa.

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Isteri, peringatan supaya kesudahan kau tidak di NERAKA.

mummyilham said...

saye insaf...huhu

Nurul Nadiah+Khairil Syazwan said...

Aku pun. Walhal tulis benda ni selalu nak kena ingat diri sendiri

Search

JuaNadiah 2013