Panik!

Malam semalam sampai rumah agak lewat dan ibu perasan kepala Aliff panas. Kaki Aliff panas. Mulut Aliff panas. Tadi, waktu balik sekejap untuk makan tengahari di rumah dan abang solat jumaat, ibu teringin mandikan Aliff tengahari.

Oh,oh. Aliff sekarang suka sangat splash,splash air sampai baju ibu basah dan kuyop. Basah kuyop lah. Mana ada dan.

Sambung. Tengah bahagia gosok-gosok bahagian kaki Aliff, ibu perasan bintik-bintik merah di bahagian dalam kulit kaki Aliff. "Semalam demam. Ini pulak bintik-bintik merah. Macam symptom demam denggi?" kata diri sendiri.

Lalu, ibu pun PANIIIKK!!

Ayah sampai je rumah terus bagi laporan lengkap. Rupa-rupanya ayah lagi panik dan terus suruh ibu siap nak ke klinik. Walhal belum solat zohor pun lagi.

Ibu cadang pada ayah untuk terus ke Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi (BBB). Tapi ayah tak nak tunggu lama jadi kami ke klinik swasta yang femes di BBB.

Sampai giliran kami.

Doktor tanya kenapa dan saya ceritakan seperti di atas. Doktor tengok-tengok badan dan kaki Aliff. Sambil buat muka relaks dia berkata " Tak de apa ni, Ini belum dikatakan demam nyamuk. Biasa je berlaku pada baby-baby." Saya pun tambah, " Tapi badan-badan dia selalu panas.". Dia jawab, " Tu biasa. Biasa la baby badan dia lalallalalalalala....". Lalallalaala di sini bermaksud saya dah tak boleh tangkap apa yang dia cakapkan akibat hilang fokus dan merasa down.

Bukannya saya nak sangat anak saya kena demam denggi. Tapi sekurang-kurangnya, bagilah statement yang meyakinkan dan nasihatkan saya supaya jangan risau, ini adalah sekian, sekian (fakta mengenai perkara yang berlaku pada Aliff).

Ok, dah. Saya pun keluar bilik dan bagitahu suami saya nak juga ke klinik kesihatan ambil darah.

Alhamdulillah doktor di sana menjelaskan mengenai ujian darah Aliff dengan baik sekali. Walaupun, ibu terpaksa menahan perasaan ketika Aliff melalak-lalak ketika misi itu dengan lemah gemalainya dan SANGAT berhati-hati menyucuk tangan Aliff.

Berbaloi-baloi walaupun terpaksa tunggu lama. Masa menunggu, ibu isi dengan beramah mesra bersama pesakit-pesakit lain. Ibu sempat bertemu dan berborak dengan seorang ibu comel berwajah cina dengan anaknya yangsuper hensem seusia Aliff dan namanya Khalif di bilik menyusu! Best kan?

Sekadar peringatan, sekiranya anak demam dengan suhu 37 darjah ke atas, segera bawa anak ke klinik untuk pemeriksaan. Dikhuatiri terkena penyakin sawan.

Alhamdulillah, syukur Allah. Hari ini ibu pulang lagi ke rumah dengan perasaan lega.

Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013