Masa berlalu dengan cepat tanpa disedari

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih memberi peluang dan membenarkan saya dan suami bernafas untuk membesarkan dan mendidik satu amanah yang besar iaitu Aliff dalam menuju siratolmustaqim. Insya Allah. Amin, amin.

Kata-kata di atas adalah sebagai pemangkin untuk kuat semangat. Kerana sering juga tewas di pertengahan jalan. Selalu terjatuh. Tak mengapa jatuh, kalau punya motivasi untuk bangun lagi. Itulah fitrah dalam kehidupan. Janganlah sepeti pepatah melayu, "sudah jatuh ditimpa tangga". Pelikkan? Kenapa mesti tangga? Apapun, walau emosional sekalipun kita, kembalilah kepada al-Quran dan didikan Rasulullah kesayangan cinta hati. Itulah motivasi terhebat.



Kebelakangan ini, saya suka dan suami suka bawa Aliff bersiar-siar melihat kecantikan dan kehebatan ciptaan Allah di Taman Tasik Cempaka. Dalam pada masa yang sama, terasa rugi kiranya menghabiskan masa dan rutin harian macam biasa. Tak ada kelainan. Kalau begitu, hidup terasa tidak bermakna dan bosan. Nanti Aliff tiada memori indah untuk diceritakan pada generasi akan datang. Dah terlebih-lebih pulak si Nadiah ni.


Kadang-kadang kalau dah selalu sangat kita buat rutin harian, terasa masa begitu cepat berlalu. Cepat sangat. Jadi, dalam kehidupan hendaklah seimbang antara aktiviti bermakna dan aktiviti harian. Ada beza ke? Ofkos ada! Kalau dah hari-hari buat benda sama contohnya pegi kerja, balik kerja, makan dan tidur, apa salahnya sekali sekala diselitkan aktiviti bermakna pada diri sendiri dan orang sekitar kita. Maksudnya, menggunakan masa dengan sebaiknya bersama orang tersayang. Contoh mudah, meraikan hari ulangtahun kelahiran bersama keluarga, mengucapkan kata cinta kepada suami mahupun membawa anak dan suami bersiar-siar di tepi tasik.


Duduk sahaja tanpa bicara sambil melihat orang berlari anak pun sangat bermakna, apalagi kalau boleh sembang-sembang sambil bergurau manja, echewah! Kalau nak menarik lagi, main badminton. Peluh keluar, tubuh pon sihat! Yang ni saya belum terbuka hati nak cuba. Uhuk, uhuk. *yang ni batuk-batuk anak

Kesimpulannya, masa yang suntuk sibuk bekerja bukan untuk dijadikan alasan untuk mengabaikan ikatan kasih sayang antara keluarga, jiran, saudara mara dan sebagainya. Tapi untuk dihargai dan melatih diri menggunakan masa dengan sebaiknya. Saya juga sering lalai dan mengambil mudah dengan masa. Ya, masa! Masih ramai umat Islam gagal mengatur masa dengan baik.Tapi, ingat, Jangan berterusan begini. Usaha untuk menggunakannya dengan lebih baik. Insya Allah.

Ehem : Ubat mujarab saya menghilangkan lelah dan penat. Eh ke penat dan lelah? Tak kisahlah. Sambung ayat tadi, adalah menatap kecantikan dua anugerah Allah di atas ini.

Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013