Harapnya, anda masih bercita-cita tinggi untuk membuat kek ini, walaupun setelah melihat kek buatan saya yang kurang semenggah ini
Begitu gigih dan tabah saya menyiapkan kek yang digilai ramai dan kek 'trend' gitu. Mula mengenali kek ini akhir tahun 2010 dan menyimpan cita-cita yang tinggi untuk membakar sendiri kek ini. Pertama kali mencubanya ketika Aliff berumur 2 bulan dan sekali lagi nak guna perkataan gigih kerana sedaya upaya saya bergilir-gilir menjenguk Aliff dan menyiapkan kek seperti dalam acara sukan pas baton, bezanya antara acara itu dan buat kek adalah bilangan orang. Kalau pass baton perlu 4 orang. Tapi siapkan kek dan jenguk Aliff adalah saya seorang. Ternyata apabila fokus hilang, apa lagi yang terjadi pada kek? Gagallah. T____T
Namun, semangat tu tak bisa dipatahkan seperti kayu rapuh. Seterusnya, selepas Ain dan kawan-kawan gajah yang lain bawak ke tersebut datang sewaktu melawat saya (baca: Aliff) tempoh hari, terus teringin lagi! Er, hasilnya seperti di atas. Ye, ye buruk. Tapi rasanya? Perh, rasa tak cukup. Sebiji kek tu, saya boleh habiskan seorang. Dengan nada yakin ye.
Berikut saya kongsikan resepi yang dikongsikan oleh sahabat baik, Nurul Ain. Terima kasih ain!
Resepi kek velvet :
-1 cup buttermilk -> 1 cup milk+1tsp vinegar (biar 10 minutes ++)
-------------------------------------
Bahan B
2 1/2 cups self raise flour
-------------------------------------
Bahan C
Serbuk koko 1 tbs
water 2 tbs
-------------------------------------
Bahan D
Butter 1 1/2 stick
Castor Sugar 1 1/2 cup
cream butter and sugar until light and fluffy
add 2 eggs - add 1 by 1,then beat ~1 minute
add vanilla 1 tsp
add Bahan C
add 1 tbs pewarna merah
Kacau hingga sebati
-------------------------------------
Masukkan Bahan A & Bahan B berselang seli
Kacau hingga sebati
Tambah pewarna merah kalau x merah
-------------------------------------
Bahan E
Baking soda 1 tsp
Vinegar 1 tbs
-combine and add into mixture
-------------------------------------
**tsp = tea spoon, tbs = table spoon
cream cheese frosting tu ain xde resepi detail.boleh try google
bahan
cream cheese
butter
icing sugar
cream butter until light,add cream cheese, beat, add icing sugar
nak sedap less butter, cream cheese byk2..icing sugar tu ayak dulu for smooth frosting.
Ulasan saya tentang kek ini : Wallaweeeeeeey, sedap sangat. Ada rasa masam-masam cheese, dan manis-manis koko. Yang penting mula dengan bismillah dan adun,ayak tepung, bakar dan semuanya buatlah dengan penuh kasih sayang.
Ok, selamat mem-velvetkan kek anda! :p
Post a Comment