Bismillah
Ibu tak naklah nanti frust di kemudian hari kan?
Jadi marilah ibu share kisah sebenar push-push session dalam labour room.
Korang yang bergelar mak-mak pun mesti ada kisah ni dan mesti korang takkan pernah lupakan. Aku ni jenis pelupa jadi memang haruslah buat catatan aka diari kehidupan kat sini kan. Supaya dah tua kelak taklah bosan sangat. Ada jugak tulisan cakar ayam yang boleh dibaca kelak. Ehem.
Alkisahnya,
Dalam jam 2.30 petang Ahad 7/7/2013 tu ibu dah sakit gila. Sakit gila dari daripada tengah pagi semalam. Tapi yang ini sakit gila yang kerap. Tidur 5 minit (kepenatan tak cukup tidur) Sakit 5 minit. Kalau teringat balik macam lawak. Tapi kalau waktu kejadian memang sengsara menahan sakit, hoi. Rasa that's it! Cukup cukup cukuplah, sampai di sini sahaja, eh ternyanyi plaks.
Sampai giliran aku untuk doktor check bukaan. Last check tadi pukul 10 pagi. Baru bukak 4cm.
Debo ge ghase.
Waktu tu pasang CTG semua. Aku dah tak keruan. Asik salin pad je. Mana taknya. Ko bayangkan setiap kali contration, setiap kali licking air ketuban. Nak salin pad kalau masa tak contraction boleh sepantas kilat 5 minit je. Masa contraction, tahan sakit, tunggu air ketuban habis keluar, contaction lagi, tahan sakit lagi dan lapan lagi. Dah macam setengah jam dah salin pad.
Mencabar. Mencabar.
Sambung baring atas katil.
Minta ijin misi untuk taknak baring terlentang, nak mengiring. Sebab sakit sangat-sangat. Sampai masa ni dah rasa betul ada benda nak terkeluar. Tapi mama pesan jangan teran selagi tak bukak 10cm. Aku pun kepitlah sekepit-kepitnya. Memang mengigil masa tahan sakit contraction yang setiap 5 minit itu. Confident 5 minit sebab memang countdown ok kat ipong.
Tanya misi, "kenapa saya sakit sangat ni misi. Sangat-sangat!"
Sebab awak ada first scar, operate dulu so lalallalala, panjang lebar bagi pandangan beliau.
Ok lega sikit lahkan dapat bersembang. Doktor pun datang chceck, katanya 5cm. Kecewa sangat mak masa ni sebab macam 4 jam baru bukak 1 cm? Urgh, aku pun bagitau doktor dan misi semua, tapi kenapa saya rasa macam dah nak teran sangat? Waktu tu katil memang dah basah asyik licking air ketuban.
Misi bagitahu dah kena masuk labour room. Doktor bincang-bincang. Ok masuk labour room! Aduh saspen guwehhh. Teringat abang. imessage beliau, bang kena masuk labour room ni!
Dalam kesakitan itu, aku diusung ke bilik bersalin.
Berpinarlah kejap dengan saspen lagi kan. Hah gelabah abang nak amik beg baby. Hahahah Aku perasan bilik aku hujuuuuung sekali. Sambil terlalu, OPERATION ROOM. Oh memori lama. Semoga kita hanya TERlalu sahaja ye?
Sampai di labour room.
SAKIT SANGAT-SANGAT. Kerap dah sakitnya. Misi tengok bacaan, mimik mukanya seolah-olah, not goog not good
Doktor HO check bukaan.
Doktor MO check bukaan.
Doktor MO yang lain pulak check. Dia tanya aku tinggi berapa. 156cm, doktor
Dah 7cm.
Doktor suruh misi masuk ubat. Aku dah saspen jangan lah ubat yang kena cucuk belakang.
Misi, saya kena cucuk ke?
Taklah, ubat ni masuk kat sini je, tempat masuk drip ni ha.
Phew legaaa, mak. Takdelah sesi menjerit macam time Aliff dulu.
*Doktor bincang-bincang dan agaknya pi call specialist on-call, kak Ijah letewww.
Lepas tu, Dr MO yang kedua tadi check lagi bukaan aku dan kali ni beliau pesan, kalau nanti dah contraction bagitahu dia.
*Contraction. Doktor tengah contraction
Lalu, beliau pun masukkan jari dan usaha membesarkan bukaan. Waktu tu, ya Allah, Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya aku. Tak tahu nak explain sakitnya tapi yang penting aku jerit, DOKTOR, SAKITNYA! Ok fine, malu. Tapi sakit gila. Sumpah! Korang tak pernah kan nampak aku sumpah dalma belog ni? So kali ni betul betul kaw kaw punya. Waktu ni memang terbaiklah rasa nak meneran dia. *Dah teran dah benonya.
Agaknya lambat nau bukak, lepas tu tak leh tunggu sebab setiap kali contraction, heart bit baby drop sangat, suspect tali pusat kat leher, sebab tali pusat menarik setiap kali contraction kan?
Lepas je kejadian membesarkan pembukaan tu, misi dan doktor kelam kabut membuat persiapan untuk menyambut adik. Kemain pap-pap segalanya tiba-tiba dan bersedia. Kaki aku diikat dalam keadaan terkangkang, dan doktor bersedia untuk memvakum adik. Eh tetiba teringat waktu akhir pregnancy banyak vakum bilik, NC dan rumah. Fine, lepas ni elak jahit dan vakum ketika mengandung. Astaghfirullah tak baik fikir camtu.
Disebabkan rasa nak teran tu kuat,
sempat lagi aku tanya doktor, boleh dah ke saya teran ni doktor?
Hah, teran, teran!
Apesal tak suruh awal-awal tadi, buat saspen aku jah.
Tetiba kak Ijah pun muncul, aku dengan muka sedih dan nak nangis, Kak Ijaaaaaahhhhhhh~
Lepas tu part meneran aku dah tak ingat sangat apa yang berlaku kecuali meneran dengan sekuat hari dan hampir jugak hilang kudrat. Mujur doktor arnizah, doktor MO kedua tu banyak kali sebut nama aku bagi moral support. Semangat sangat bila orang sebut nama aku. Rasa dihargai gitu.
Misi dan semua doktor kat situ pun bagi support yang luar biasa sangat. Sayang semua orang kat situ! Semoga Allah merahmati dan memberi barakah melimpah ruah atas hidup mereka, amin. Kak Ijah mulutnya terkumat kamit ntah baca ayat apa untuk permudahkan proses kelahiran Fateh. Nanti kita tanya dia ye nak? Sebab Fateh mengalami komplikasi tali pusat di leher, jadi tali pusat terpaksa dipotong terus.
Pendekkan cerita.
Fateh keluar dan misi letak atas badan aku, lalu aku menjerit sekuat hati, Alhamdulillah, Allahuakbar!
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Kenangan di hospital. Adik Dirah datang melawat hantar bubur |
Waktu ni serius merindui anakanda Aliff. SANGAT-SANGAT |
Dapat spend sedikit masa bersama. Tunjuk gambar adik padanya. |
Baby besar! |
Alhamdulillah, syukur.
Sebelum baby dibawa keluar, misi tunjuk anu dan tanya baby apa. Aku dengan lemah longlainya menjawab, boy. Aloh-aloh.
*Sesi menjahit batu seremban bahagian bawah. Ouch tanak ingat, tanak ingat. K bai
Staff dan doktor Hospital Serdang labour room baik-baik belaka semuanya. Peramah dan menyenangkan daku ketika sakit dan selepas bersalin.
Staff wad 8 pun serius semua baik-baik. Pendek kata aku memang puas hati beranak kat Hospital Serdang. Alhamdulillah Allah mudahkan segala. Sayang Allah! Terima kasih