My very own little homeschool

Bismillah

Since forever (sejak selamanya) impian aku untuk berhomeshcool dengan anak-anak. Melihat bakat yang berbeza dalam diri anak-anak adalah sesuatu yang manis untuk dilihat sendiri pertama kali. Most of the time, "aku suka berangan dan plan apa nak buat dan aktiviti apa patut aku isi supaya Aliff tak bosan dalam hidup dia sekarang buat masa ni. Kalau Aliff nampak bosan dan aku sangat penat barulah aku akan biar dia tengok TV. Itupun dengan pengawasan aku".

Tapi, tak dinafikan. Kesibukan sentiasa menjadi musuh jahat dan alasan untuk aku tidak menghabiskan masa untuk perkara ini, jadi dengan masa yang ciput aku selalu curi-curi jugak untuk bersama Aliff, menghabiskan masa bersamanya untuk melakukan sedikit aktiviti yang sesuai untuknya. Walaupun ibu ni tak berapa nak kreatif, nak bancuh paint color dia pun berjam-jam lamanya. Huhu. Tabah, buat lah jugak kan?

Alhamdulillah. Bila kerja dengan masa sendiri, punya peluang untuk aku spend masa. 

Aci tak aku nak share sikit idea bermain dengan anak berumur 2 tahun ke atas? Jom-jom!

Listening

Upin ipin ke dengar mengaji tu?

Paint

Da Vance

Homemade Watercolor Paints Recipe Resepi warna air

 INGREDIENTS

3 teaspoons light corn syrup (aku tak letak sebab tak ada)
6 tablespoons cornstarch
6 tablespoons baking soda
6 tablespoons white vinegar Food coloring

INSTRUCTIONS

 1. Mix corn syrup, cornstarch, baking soda, and white vinegar together. aku takdop p ung corn syrup, so abaikan
 2. Divide into jar lids, small containers, or (as we did) plastic egg carton sections. aku guna bekas puding ajo
 3. Add food coloring to each section as desired to make your colors.
 4. Let dry. (Note: stir the paints a couple times as they are drying but before they get too hard. Otherwise the materials separate a bit.)


Star dengan menggunakan span

4 warna je mampu. Stok habis. Ibu kemalasan beli baru

Ayah suruh posing

Foto ni dan bawah, comot sebab sekarang tengah ada tabiat sapu dahi

Paling tak boleh blah! Hahahhaha
Aktiviti ni paling Aliff suka sebab banyak benda dia boleh eksperimen. Dengan tangan, atas kertas, atas tissue roll, atas lantai, kat dinding dan memacam lagi bikin kepala ibu pusing lah. Silakan nak, selagi hang suka nak berkreativiti. Sat lagi tak mau buat langsung pun pusing jugak kepala ibu kena layan awak nanti. Hihi ok jahat ibu eh? Biasa tu. Babab ibu!

Glitter box


Tak homeschool lah sangat kan, tapi best sebab sama-sama buat benda ni dengan Aliff. Box kaca ni dapat free dari kenduri. Letak air dan glitter. Lepastu tutup kemas-kemas.

Aliff suka sangat, mulut tak lepas cakap, "tanteknyaaaaaa."

Teapot pouring

Bantu fokus beliau. Tapi kebanyakannya tersasarlah jugok kan. No problem asalkan dia enjoy. Biasalah learning process kena start dengan mistakes dulu. Dah kenapa kejap english kejap malay ni?

Tuang balik air dalam teapot

Kemudian ke dalam gelas lagi. Lapan lagi!

Tepung segala yang bersepahan di seluruh badannya tu baru lepas projek plaudough, terus ibu lekakan dia dengan teapot pouring ni. Kemain suka beliau yeh.

Yang tak syoknya lepas tuang dalam gelas comel nak tuang dalam teapot lak. Sampailah air semuanya bertebaran jatuh ke permukaan kabinet dapur tu. (betulke ayat ni? Adui, paham kan semuanya.) Mencabar jugak ibu nak kena kemas segala.

Bath time

Mandi time can be sooooooo hard! Jadi, apa ibu buat, ambik balik bath tub dia masa bebi-bebi dulu kan? Genius jugak ibu eh. Ahah! Apa lagi, ala-ala smimmim pul lah kan? Tapi kena tengok masa lapang kita jugak kan. Kalau pagi dah sibuk dengan nak berkejaran ke tempat kerja memang ampun maaf selamat hari raya, mak tak sempatla berbath tub kan?


Siap swimming ala-ala olimpik lati

Plate paint

Yang ni best, idea dapat dari Cebebies, channel TV kesayangan dia.




Resepi belasah

Tepung jagung
air secukup rasa

Cara:

Gaul sampai macam likat sikit

Cara main:

Tekap tangan ke atas cecair warna dan jari jemari melunjur ke bawah pinggan bagi menitik. Campurkan pelbagai warna untuk satu pinggan.


Playdough

Paling kacang di hati ku, resepi inilah. Tak payah masak. Cuma mencabar kalau encik Aliff di sisi. Sibuk nak membantu. Ahah membantu ye. Untung mak ada orang nak bantu. Hins hins.

Tapi tak bertahan lama. 

Kulat. 

Hahah. Tu namanya bebas chemical. Kids friendly la kann. So buat baru lah kita lepas ni ye, nak? Boleh Aliff tolong ibu lagi.

Belum letak food colouring

ok, buruks!

Kemain cepat je rasmikan


Mulut tu, tanda fokus!


No Cook Playdough Recipe Resepi tanah liat buatan sendiri tanpa masak

2 cups flour 
1 cup salt 
2 Tbsp cream of tartar 
2 Tbsp oil Liquid Watercolors (or food coloring) 
2 cups boiling water 

DIRECTIONS 

 1. Mix dry ingredients in a bowl. 
 2. Make a well in the center and add oil and coloring. 
 3. Pour in boiling water and mix. 
 4. It will look like a goopy mess and you're going to be sure that you're going to have to add a lot of flour to make it work. Just let it sit for a few minutes. It will firm up and work perfectly. 
 5. Take the dough out of the bowl and knead it a bit to form a ball. 

 Play!

Iqra' time


Baru start. Setelah hampir 3 tahun? Memang insap ibu. Insya Allah mendidik tak pernah ada istilah terlambat. Teruskan maju dan maju! 

Tapi nampaknya Aliff selalu terganggu dengan gambar-gambar dalam buku iqra'. Contoh abi, umi, kucing. Bila dah terdistract, mulalah tak mau teruskan dengan huruf. Nak tengok gambar je. T___T

Haih, Aliff, fokus!

Road to our home!

Hahahha. Disebabkan Aliff suka sangat motor dan bas. So ibu buatkan laluan tanpa tol untuk motor dan bonus kepada kereta-kereta yang ada juga. Hampir sejam meluangkan masa untuk semua binaan di bawah. Peluh wehhhh!

Sambil tanya Aliff ni apa? Tunjuk kepada binaan-binaan yang dibuat

Sambil tu, bagi soalan cepumas pada Aliff. Siapa cipta bukit? Allah. Siapa jadikan pokok? Allah

Komunikasi tu penting sambil bermain. Ibu selalu lupa yang ni.

Parking motor dia

Origami

Hah yang ini memang serahkan pada yang master. Ayah!

Ibu memang fail bab origrami since fore-vaaaahhh!

Aliff suka sangat frog yang ayah buat untuk dia. Dia pun memang suka sangat bab-bab melipat nikan? Daripada baju sempailah kertas. Eh?

Ok. Geng dengan ayah, ibu nak belog je. :p

Nampak macam ayah lagi semangat je?


Number glitter

Glitter lagi? Tabah yeh dengan benda meghelip ghelap jatuh atas lantai ni.

Bahan-bahan kacang goreng : glitter pelbagai warna, gam, art card


Et!

Cu!

Tulis nombor atas kad menggunakan gam. Suruh Aliff tabur atas kad. Humph. Lepas tu sama-sama ulang nombor tersebut dalam pelbagai bahasa yang dipelajari zaman sekolah rendah. Selamat mencuba!

--------------

Ibu jeles sangat dengan mak-mak yang banyak masa spend dengan anak-anak kat rumah.

Ibu tak nak terlambat, bermain-main begini dengan anak-anak ibu.

Sentiasa berdoa untuk punya masa walaupun sekejap untuk meluangkan masa yang berkualiti untuk anak-anak ibu. 

Aliff, Fateh.

Ganbatte, kita usaha sama-sama ye. Nanti kita plan dulu apa nak buat-lepas tu ACTION!

Bisnes Herbalife memang memerlukan banyak masa bekerja dan agak sibuk. Tapi ibu syukur sebab masa adalah ibu yang tentukan.

Prioriti yang Herbalife ajar;

Islam

Famili

Herbalife.

Insya Allah akan usahakan jugak untuk kejar ketiga-tiga perkara ni dengan cara yang betul dan penuh passiuuunnnn! Amin. Amin

Earn extra income. Have fun with your kids? 
Improve your lifestyle?
 +60122551037

Posted in , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to My very own little homeschool

Aisy Nasiha said...

Wah,tentu anak seronok tu.. Mamanya sediakan banyak aktiviti untuk dia.
Kali pertama says singgah di blog ni.. Menarik nampaknya..

Norman Home Staging said...

Nice share, thanks for posting

Search

JuaNadiah 2013