Archive for September 2014

Rindu awak 200%

Bismillah.

Hari ni birthday salah seorang kroni aku. Hahah.

Nur Faezah Hadzir nama diberi.

Merangkap jiran sekampung tempat aku tinggal.

Happy birthday Fae!
Sayang awak sampai selamanya. Sangat-sangat!
Otak dia sebijik otak aku, dalam erti kata lain apa kiteorang fikir memang lebih kurang sama.
Dan antara orang yang memahami aku.
Walaupun aku bukan jenis sharing person, nak share pape dengan dia tapi still kiteorang banyak persamaan. Dah lama tak jumpa ke selalu jumpa still ada je benda kiteorang boleh masuk.
Cuma yela, bila masing-masing dah beranak pinak sibuk.

*mengeluh.


Kejap je dah dap at baby Munif. Alololo teciknya baby Munif masa ni.



Statement kat atas tadi korang darabkan dengan 6 yang lain.

Ada 6 individu seperti di atas. (boleh rujuk foto di bawah ni, heheh)




Semua wanita yang gojes-gojes di atas ni (Najwa takde dalam gambar, padah payah beno nak jumpa) adalah bersahabat ketika di bangku meja sekolah menengah. Jangan terkejut kalau acik cakap acik Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah! Acik pun bersopan santun berbudi pekerti mulia tahu?

Korang, 

aku nak bagitahu ni.

Aku sayang korang till jannah. Awwwww~

Doakan semoga till jannah tu adalah cita-cita kita. Saling mengingati antara satu sama lain okehs? 

LOVE


Posted in | Leave a comment

Kucing

Tengahari tadi lunch date dengan encik abang kita kan. Chait lunch date ye, kalau dah hari-hari kita kasi tukar sikit lunch mate ewah. Ok sambung cerita. Masa tengah menikmati juadah tengahari di bawah pokok nan rendang depan Warta tu, datang 2 ekor kucing di meja kami. 

Amboi sangat yang kuncing jantan itu mencium-cium bontot si betina. Aku yang tak berapa paham body language kucing ni agak anoyying jugaklah dengan tindakan kucing jantan tersebut. Si betina sabar menanti rezeki (baca tulang/isi ayam) datang daripada kami. Si jantan tahu aku marah-marah padanya pun join si betina buat muka comel nak makanan. 

Dengan sifat baik semulajadi jauh di sudut hati, aku pun baling sejauh-jauhnya isi ayam (ya,aku ambil bahagian isi, bercita-cita nak meningkatkan pengambilan protein) supaya mereka boleh menikmati makanan tersebut. 

Hellooooo~ hanya si betina je yang pantas mengejar ayam tu sedangkan si jantan duduk melanguk menanti disuapkan. Urgh, ko ni memang annoyinglah, jantan! Untuk tak berburuk sangka aku ulang lagi tindakan tadi. Memang hasilnya sama. Si jantan dengan muka annoying tengok je isi ayam tu berlalu jauh daripadanya dan buat muka minta disuapkan. 

Abang : Kalau dah hari-hari kena suap macam tulah. Baling dekat pun malas nak gerak. 

Dek kerana terharu dengan kesungguhan si betina, aku hadiahkan seketul tulang yang masih berbaki isinya. "Nah, ini hadiah untuk orang yang rajin berusaha." (walaupun dia bukan orang, sebagai kata semangat untuk si betina). 

Untuk si jantan, astaghfirullah maafkan aku tak sempurna, bagi makan padanya macam tak ikhlas dah. (tak habis lagi annoying dengan sikapnya) Huhuhu 

Dan terfikirlah aku, sedangkan aku manusia pun suka tengok usaha meminta-minta apatah lagi Allah, pasti lagi suka dan bagi hadiah yang lagi gempak untuk hamba Dia yang meminta-minta dan berusaha. 

Agak-agak, apalah habuan untuk orang yang malas meminta-minta (berdoa padaNya) dan sikit usahanya? 

Hurm. 

Semoga aku, keluargaku, kawan-kawanku tidak tergolong dalam golongan tersebut. Nau'zubillah! 

Pst: Sorry saya bukan dalam category suka kucing. Tapi tetap rasa kucing itu comel bila comel. Tak comel bila kuku terkeluar.

Sumber Google.


Leave a comment

Jumpstreet, Petaling Jaya PJ

Bismillah.

Jumpstreet Petaling jaya.

Hari tu terperasan salah seorang mom kepada homeshcollers share pasal tempat ni. Macam menarik. So ibu pun google Jump Street.

Apa yang best?

Lompat-lompat je lah. Tapi memang best. Macam melambung-lambung. Kalau untuk dewasa ada macam balik basketball dalam jaring. Lompat paling tinggi. Lepastu ada macam tournament (kalau group ramai) douge ball macam baling bola kat kawan sape kena kalah. Lepas tu boleh main lompat then flip.

Kat mana?

Petaling Jaya. Kalau dari Hospital Univeristi Malaya tu akan jumpa roundabout. Depan sikit ada lepas matrik UIA ada traffic light depan sikit traffic light tu masuk kiri. Masuk kat kolej Tun Razak kot. Dia kawasan kilang.

Berapa yuran masuk?

Dewasa kanakn-kanak RM25 sejam. Akan dapat tag mengikut colour. Boleh dibenarkan masuk ikut jam yang ditetapkan.

Ada jugak bayaran untuk stokin. Stokin khas tak boleh bawak sendiri. Stokin jenis yang ada biji-biji kat tapak supaya tak licin.

Sesuai untuk siapa?

Bebudak 2 tahun ke atas dan dewasa yang nak bakar lemak! hehheheh

Gambar ibu tak banyak snap sebab fokus LOMPAT!


Masa ni kiteorang pergi masa bulan puasa. Ko bayangkan lah nak melayan bebudak ni lagu mana. Penuh dengan orang putih je kat situ pulak tu tengah buat birthday parties. Ye parties maksudnya bukan satu je tapi banyak. Memang menguji tahap keimanan hamba.   


Kemudahan lain
 
Ada kemudahan seperti tempat lepak (bangku meja) bilik untuk event, kipas besar (berangin selepas berpeloh-peloh), toilet, surau, cafe, parking dan memang bestlah tempatnya luas.Semua best, eh ke cinta pandang pertama kan semua best? Semua nampak cantik je? Kena pergi lagi sekali ni.



Yang paling suka?

Semestinya Abang Aliff.
Ibu, tahan lapar je.
-_____- 


Siapa ada instagram cuba #jumpstreet #jumpstreetasia 

Jom reramai kita bako lemakssss. Highly recommended untuk aktiviti sihat. Boleh tambah dalam list.


Posted in , , , | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013