Archive for March 2011

Kenapa nak kecoh sangat dengan susu ibu?

kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk anak.

Sayangkan anak, kopek-kopekkan. HAHAHHA! cheh gelak sendiri, pulak

kenapa?kenapa?kenapa?


Ini sebabnya ibu, susu ibu itu baik untuk ibu dan anak:

  1. Penuh khasiat -Susu ibu bersih dan mengandungi mengandungi DHA dan AA adalah yang terbaik berbanding susu buatan dan berupaya menghapuskan bakteria. -Sebaik bayi dilahirkan, susu pertama akan keluar apabila dipicit, kalau perasan ia bewarna kuning, dan itu adalah KOLOSTRUM (susu awal ibu) yang mempunyai 3 kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi. KOLOSTRUM mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka diawal waktu kelahiran. Susu segar dari ladang ibu okeh.
  2. Bayi kurang dijangkiti penyakit seperti kolik (perut kembung), eczema dan alahan. Alhamdulillah, Aliff membesar dengan sihat dan ceria. Menurut pembacaan, ramai anak yang diberi susu formula mudah dijangkiti penyakit terutama eczema.
  3. Bonding antara ibu dan anak - susah nak explain tapi every nursing time jatuh cinta dan perasaan yang kuat bila melihat mata anak dan senyumannya ketika menyusu. Alahai~~ini paling sukar diungkap dengan kata-kata. Anugerah Allah paling bermakna
  4. Jimat masa dan wang. Tak perlu amik masa untuk bancuh susu. Cuma selak dan sumbat.
Banyak lagi kelebihan yang lain. Mana tahu ibu-ibu lain boleh share sama?

Saya suka membaca belog-belog ibu menyusu terutamanya di sini dan sini dan sini. Membakar semangat betul.

Posted in , | Leave a comment

Preparation solid food dor Aliff

Semangatnya dan seronoknyaaaaa nak bagi solid food pada Aliff. No more lelehan air liur berlebihan lagi masa ibu dan ayah makan!Kesian ibu tengok meleleh-leleh air liur anak ibu macam air paip everytime tengok ibu dan ayah makan. So, now lega ibu dah boleh mula bagi Aliff makan.

Pemberian susu ibu masih diteruskan. Satu benda yang ibu nak kongsi di sini adalah hari tu ibu ada pegi klinik . Misi ada pesan supaya Aliff diberi minum air masak supaya mulut Aliff sentiasa bersihd an tiada lagi susu basi. Kebiasaannya baby akan terjaga malam-malam sebab tak selesa dengan keadaan mulut yang ada susu basi. Patutlah Aliff macam asyik nak mengopek je malam-malam.

Misi pesan, pagi-pagi waktu nak mandikan Aliff kena basuh gusi dan lidah Aliff gosok-gosok guna air dan jari atau pun kain basah. Untu memastikan keadaan gusi sentiasa dalam keadaan baik dan kuat.

Kenapa Aliff perlukan makanan pejal?

Supaya Aliff dapat zat besi dan lain-lain nutrisi yang terdapat dalam makanan pejal. Semakin Aliff besar, Aliff memerlukan khasiat makanan yang tidak terdapat dalam susu ibu.

Walau bagaimanapun, susu ibu still the best sehingga umur Aliff 2 tahun. Lagipun Aliff sekarang dah makin lasak dan suka bermain, jadi Aliff memang perlukan tenaga daripada makanan. Supaya Aliff boleh rasa pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap yang wujud di dunia ini.

Kenapa lagi eh? Oh, oh kalau Aliff dah mula makan, boleh kuatkan gusi dan gigi Aliff yang bakalan tumbuh. Eh! Tak boleh bayangkan,Ouch, jangan gigit ibu!

Persediaan peralatan bagi Aliff makan

1. Sudu. Ada banyak colour gituh. Borong kat baby expo la, apalagi!


2. Bekas makanan plastic. Remember, yang BPA free punya.

3. Termos. Especially, untuk bawak travel.
4. Sippy /training cup. Supaya Aliff boleh belajar minum air masak tanpa guna botol susu.

5. Ice cube tray. Memang sesuai untuk ibu yang bekerja nak simpan-simpan puree yang telah dikisar. Bila baby lapar, bukak je peti ais, ambik satu cube, contohnya lobak puree letak dalam bekas makanan dan biar beberapa minit atau campurkan dengan sedikit air panas.
6. Bib. Cari yang comel-comel tapi tak payahla mahal-mahal yang penting senang dipakaikan dan
senang ditanggalkan. Kalau jenis tali tu, jenuh la terkial-kial nak pakai. At the end kita juga yang nak menonyohnya kan?
7. Blender. Bagi yang nak sediakan food jenis puree.
8. Seat. Supaya baby duk diam dan elok ketika sesi makan.



Macammana nak tahu Aliff dah boleh makan?

1. Everytime ibu dan ayah makan atau sesiapa pun makan depan Aliff, sure Aliff menggeletik nak join sama. Siap air liur leleh lagi. Tangan toksah cakap, cepat aje disambarnya apa yang ada depan mata. Nyaris botol kicap cap kipas udang nenek jadi mangsa.

2. Dah mula mengunyah-ngunyah. Ibu perasan kebiasaannya lepas Aliff menyusu, nanti mesti macam dok asyik chewing sorang-sorang. Gaya orang besar dah ibu tengok. Gegham!

3. Bila semua benda yang Aliff boleh capai, nak masuk dalam mulut. Tangan dengan kaki tak yah kira memang sepanjang masa. Mula lah orang sekeliling tu, hehohohhuhuhihihi Aliff nak adik~ (tercekik,mak!)

4. Leher Aliff dah kuat dan dah boleh duduk sendiri walaupun kejap-kejap dan still kena monitor lagi. Tak boleh ditinggalkan sorang. Tidak mahu sejarah dolu berulang.

5. Nenek report kat ibu yang Aliff minum susu banyak sangat sampai stok ibu tak cukup. Wuwuwuwuuw. Alhamdulillah, sejak guna Herbalife Allah kurniakan susu ibu melimpah-limpah untuk Aliff.

6. Ibu bagi Aliff pegang sudu, Aliff boleh pegang sudu tu dengan baik.

Apa yang ibu mulakan?

Ibu sangat teruja untuk mulakan pemakanan pejal Aliff menggunakan air tangan ibu. Berminggu-minggu ibu membaca, bertanya dan membuat sedikit eksperimen supaya Aliff dapat pemakanan yang baik. Antara laman web yang banyak membantu adalah :

Hasilnya,sebagai permulaan ibu apply

1. 4-days Rule.
a. Kaedah puree : Masak bubur nasi-blend-lebihan simpan dalam ice cube tray.
b. Beri makanan yang sama sehingga 4 hari berturut-turut
c. Bubur nasi boleh diganti dengan sayur ( labu, lobak, kentang,keledek) dan buah (banana (yang ini mashed sahaja), epal dan buah pear). Aliff suka gila dengan banana kot.

2. Petang-petang bagi biskut rusk (Makan sahaja atau lembikkan dengan air)

3. Nestum beli kat kedai jenama Cerealac

Alhamdulillah, kaedah puree nampaknya menjimatkan dan mudah.




Posted in , , , | Leave a comment

Kisah-kisah menyusu susu ibu

Pengalaman pertama menyusu bayi amat menyeronokkan!

Alhamdulillah, sepanjang 5 bulan 2 minggu Aliff masih minum susu ibu dengan tabahnya. Ye, dugaan dan cabaran pasti ada tapi masa yang diluangkan ketika bersama itu susah nak digambarkan. Ibu yakin apabila Aliff membesar dan membesar, ibu pasti rindu dan rasa sangat berbaloi dengan setiap penat/mengantuk sepanjang menyusu Aliff. Sebelum kelahiran Semasa mengandung lagi, tak tahu kenapa ibu berkobar sangat untuk susukan Aliff dengan susu ibu. Ibu dah pasang niat sungguh-sungguh. Mungkin juga disebabkan mama ibu juga menyusukan kami enam (tidak termasuk abang sulung) beradik susu ibu sepenuhnya, kot!



Tambahan lagi abang ibu, uncle mirul dan aunty ida pun semangat galakkan ibu menyusu Aliff dengan susu ibu. Siap aunty ida bagi breast pump manual avent lagi. In fact, ibu pernah try pump tu masa pregnant, pastu dah keluar susu kolustrum (susu awal) warna kuning. Wah excitednya ibu bukan main lagi!
Manusia yang paling banyak menyokong ibu dalam menjayakan penyusuan susu ibu kepada Aliff

Selepas kelahiran Aliff Ibu pernah kongsi di sini mengenai pengalaman menahan sakit untuk turun menyusu Aliff di hari pembedahan. Bila fikirkan balik, mak oi indahnya pengalaman tu.

Minggu pertama memang mencabar. Malam-malam yang dilalui tidak seperti dulu. Walaupun Aliff tidur nyenyak, ibu kena bangun juga untuk perah susu yang penuh bak gunung nak meletus. Bak kata ayah, macam belon! Sakitnya pun bukan main sebab membengkak dengan dasyatnya. Maka, bermulalah kerja mengepam setiap pagi dalam pukul 2-4 pagi. Memang susah sebab ibu biasa tidur terbongkang je waktu-waktu ni. Tiba minggu kedua, cabaran yang paling dirasai bila nipple ibu sakit sangat-sangat-sangat-sangat. Mula-mula kanan lepas tu kiri. Yang belah kiri ni yang paling lama sakit. dalam 3 minggu. Pernah sampai nangis-nangis ibu. Apa yang ibu boleh buat untuk cepat baik cuma :



  • bagi Aliff minum susu sebanyak mungkin

  • sapu susu ibu setiap kali lepas Aliff menyusu

Ayah pun turut simpati. Dia pun mati akal nak buat macammana. Akhir sekali, ayah beli nipple protector-letak kat nipple ibu, waktu ibu tengah tidur. Alhamdulillah berasa kurang sakit sikit. Sejak itu, alhamdulillah nipple ibu beransur-ansur pulih. Ayah memang genius! Ibu dah mula bekerja

Ibu pun meneruskan penyusuan seperti biasa, cuma waktu siang Aliff terpaksa guna botol susu, sampai amik masa 1-2 bulan nak sesuaikan diri dengan penyusuan botol susu tu, cheh! Oh, ibu pun akan balik setiap tengahari untuk menyusu Aliff. Aliff,Aliff..untuk awak sayang. Susah nak buat kerja kat office mengenangkan anak ibu yang seorang ni kat rumah dengan nenek. Hari-hari YM dengan mak teh, kebetulan cuti sekolah. Tanya Aliff dok buat apa setiap jam kot nak tanya. Gelabah je kan ibu? Pengalaman pertama berjauhan dengan Aliff, sini Insya Allah ibu kongsi pengalaman mengepam susu di tempat kerja nanti. Tiba-tiba rasa terpanggil untuk berkongsi, supaya ibu lain tak jadi macam ibu. Gelabah je bila Aliff masuk 5 bulan stok susu ibu tak cukup!!!gagagagag

Posted in , , , , | 1 Comment

2 minggu sudah, 1 minggu sudah, minggu ini pula...

adalah minggu yang memenatkan otak dan seluruh badan, saya dan suami. Aliff maintain aktif dan sihat. Alhamdulillah!

3 minggu yang penuh cabaran.

3 minggu yang diisi dengan rajukan si isteri dan pujukan suami. Penat, tapi masih boleh memujuk sang isteri. Hebatkan? ya dia lah hero saya. Hero idaman hati saya. Sang raja pengubat jiwa. Pada masa yang sama boleh jadi geram seperti mengaktifkan gunung berapi bersedia untuk meletup bila-bila masa saja.

Entri kosong ini cuma nak meluahkan perasaan tentang perkara yang dianggap remeh yang selalu buat saya merajuk :

- Sang hero tak berfoto/ capture moment yang indah-indah ketika keluar bersama Aliff dan beraktiviti

Gedikkan?

Oh satu lagi, saya selalu jeles melihat blog mumsie-mumsie di luar sana yang post gambar masakan sedangkan, asal saya masak selalu tak sempat nak capture sebab masing-masing dah kebulur. Insya Allah akan usaha ke arah merajinkan diri mengambil gambar.

Jom klik-klik!


Posted in | Leave a comment

Menyusukan Aliff dengan susu ibu



Alhamdulillah, sebelum kelahiran Aliff lagi ibu dah pasang niat untuk menyusukan Aliff secara eksklusif dan serius (insyaAllah sehingga 2 tahun, ameeen).


Selama 5 bulan menyusukan Aliff, ibu baru ada kesedaran untuk menimba ilmu menyusu baby secara mendalam (nampak sangat selama ni main belasah je). Not good, not good.


Ini disebabkan beberapa perkara yang ibu amik mudah dan pandang enteng tentang penyusuan ibu. Antara faktornya :


1. Selepas kenduri mama yayah, ibu flat-badan memang lemah-selemahnya dan tak pernah rasa selemah itu

2. Stok susu berkurang dan panik takut Aliff tak dapat untuk dapat susu yang cukup. Ini penting diambil perhatian untuk ibu bekerja.


Pengurusan susu ibu yang teratur samada direct feed atau penyimpanan stok EBM (Expressed Breast Milk) amat penting bagi mengelakkan perkara-perkara seperti berikut :

1. Stok susu bersepah-sepah dalam peti ais
2. Stok susu untuk anak tak cukup sebelum umur 6 bulan ( sebelum anak dibolehkan makan solid food)
3. Babysitter pening dan rasa susah dalam pemberian susu ibu kepada anak
4. Anak mendapat susu ibu yang dah tak elok
5. Anak lapar dan perut kembung akibat angin dan moody
6. Ibu kurang nutrisi badan menyebabkan badan ibu lemah-lemah

Bila dah study, dan ye, hanya melalui pembacaan dan penelitian (nampak sangat malas pergi kelas) beberapa perkara yang saya nak kongsi dengan ibu-ibu yang ingin menyusukan anak susu ibu dengan betul untuk ibu yang bekerja :

1. Penyediaan stok susu
2. Penyimpanan stok susu untuk ibu bekerja
3. Tips untuk ibu menyusu dan menambahkan susu ibu
4. Pemakanan ibu menyusu


Ok sambung nanti di bawah tajuk-tajuk di atas


Posted in , , | Leave a comment

5 bulan, sayang!

Aliff memang anak yang sangat baik!
Ibu dan ayah sangat amazed dengan setiap perkembangan Aliff dari masa ke masa.

Allah itu Maha Bijaksana dan Penyayang sayang. Dia beri macam-macam nikmat kepada ibu dan ayah. Ibu tak putus bersyukur padaNya.

Sekadar peringatan untuk ibu dan ayah, setiap kali ditimpa musibah/merasa down/lemah semangat, lihat orang yang lebih kurang bernasib baik daripada kita. Kita akan belajar untuk lebih bersyukur kepada Allah.Jangan lihat orang yang lebih bernasi baik. Kita hanya nampak kekurangan yang lebih melemahkan semangat kita.

"Ya Allah, kuatkan semangatku dan suamiku dalam memberi pendidikan dunia akhirat kepada Aliff dan membimbing dia ke jalan Mu. Kentalkan jiwaku untuk terus menjaga amanahMu dan berubah menjadi isteri dan ibu terbaik buat suami dan anak-anak ku. Amin".








Tempoh 5 bulan berlalu dengan sangat pantas. Selama 5 bulan :
  • Aliff dah pandai jelir-jelir lidah

  • Suka bunyi itik

  • Masih suka masuk barang dalam mulut

  • Terliur sangat tengok makanan

  • Malam-malam makin suka mengopek

  • Tidur awal

  • Ada beberapa kali terlepas makan tisu

  • Kena ezema sekali, then ibu stop makan pil herba Amway

  • Suka bersembang dan menjerit-jerit dengan ibu dan ayah

  • Dah boleh sebut abah

  • dan boleh diajak berwirid, Allah...Allah

Alhamdulillah. Aliff membesar dengan sihat. Syukur,syukur dan pada checku-up untuk cucuk kali ni, seperti check up lepas-lepas..Aliff steady dan tak menangis. Cuma eeek~ sikit je. You are such a strong guy like your daddy!

Posted in | Leave a comment

Seminggu yang amat penat n happy wedding to my dearest sis, dayah!

ye, sangat penat!

5/2/2011 dayah balik ke Malaysia sempena cuti-cuti Mesir. dan membawa kejutan besar buat kami sekeluarga. Jeng,jeng,jeng...rombongan meminang datang ke Sg Ramal Dalam!

Lepas bincang-bincang, tarikh jadinya telah ditetapkan iaitu 5/3/2011. Ceh, sebulan ajo. Terkial-kial nenek Aliff dan aunt yayah buat persiapan. Aliff jugak jadi mangsa eh.

Kesian anak ibu, kejap-kejap kena datang office, kejap-kejap ibu ambik cuti separuh hari.
Apapun alhamdulillah, semuanya dah selesai! Selamat datang ke keluarga kami, Asyraf. Oh, kebetulan pada 16/2/2011, Kak Yuni selamat melahirkan baby girl yang sangat comel! Tambah happylah kami. Alhamdulillah!


Welcome to d world, Aisya Fareeha!


Welcome to our family, Asyraf!

Posted in | Leave a comment

9 Panduan Penyusuan Untuk Ibu Berkerjaya

Kejayaan penyusuan eksklusif tanpa makanan pelengkap, susu formula dan air kosong selama 6 bulan oleh para ibu berkerjaya banyak bergantung untuk ibu berkerjaya kepada beberapa faktor sampingan. INTAN JASTINA JAMALUDDIN menyenaraikan faktor-faktor itu atas bantuan kaunselor laktasi, Aishah Mariam.

1. Timba ilmu sepanjang masa Sebaik-baiknya sejak dari awal usia kehamilan, anda sudah pun memasang niat untuk menyusukan bayi sejurus selepas kelahirannya.

Dalam masa yang sama, anda dan suami digalakkan untuk menyertai mana-mana kelas persediaan penyusuan susu ibu yang kini banyak dikendalikan oleh kaunselor-kaunselor laktasi bertauliah.

Setelah selamat melahirkan bayi, anda perlu menanam sikap rajin membaca bahan bacaan berkaitan dan melayari laman web atau forum yang banyak mendedahkan maklumat penting tentang penyusuan susu ibu seperti La Leche League Leader (LLLL) atau Kellymom.

Sekiranya anda mengalami apa-apa masalah berkaitan, dapatkanlah pandangan dan penjelasan bagi menjawab apa jua kemusykilan yang dihadapi daripada kaunselor dan pakar laktasi yang diiktiraf. Anda boleh merujuk kepada rangkaian Malaysian Breastfeeding Peer Counselor untuk menimba ilmu penyusuan ibu.

2. Mulakan dengan betul Dalam usaha menyusukan bayi, anda perlu belajar dan mempraktikkan ilmu yang diperoleh. Untuk itu, keraplah menyusukan bayi. Hal ini penting untuk membantu anda mengaplikasikan posisi penyusuan yang selesa dan pada masa yang dapat memastikan bayi melekap dengan betul.

Ingatlah, bahawa salah satu intipati kejayaan penyusuan susu ibu bergantung kepada kekerapan penyusuan. Untuk itu, anda harus menyusukan bayi mengikut keperluannya. Selanjutnya, anda digalakkan untuk tidur bersama bayi (co-sleeping) sepanjang tempoh penyusuan agar berupaya untuk menyusukannya pada masa-masa yang diingini si manja.

Sementara itu, anda diingatkan juga agar tidak menggunakan puting kosong dalam usaha menenangkan bayi yang meragam. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan dia mengalami masalah keliru puting. Sama juga halnya dengan penggunaan botol ketika menyusukan bayi. Alternatifnya, anda boleh menggunakan picagari, sudu atau cawan khas bagi membolehkan bayi meneruskan penyusuan susu ibu ketika anda tidak berada di sampingnya sepanjang tempoh bekerja.

3. Simpan stok susu Bagi memastikan bayi mendapat susu mencukupi sepanjang ketiadaan anda ketika bekerja, pastikan stok perahan susu ibu yang ada memenuhi keperluannya. Sewaktu berada di tempat kerja anda perlu menjalankan rutin memerah susu supaya anda dapat menyimpan stok perahan susu ibu yang bukan sahaja cukup untuk keperluannya esok hari malah untuk tempoh jangka masa yang lebih panjang.

Dalam pada itu, anda lebih disyorkan untuk memerah susu ibu menggunakan tangan menerusi aplikasi teknik Marmet. Namun, jika kesuntukan masa dan/ atau masih belum mahir untuk melakukan teknik ini, anda boleh menggunakan pam payu dara yang bersesuaian.

4. Peralatan penyusuan berkaitan Anda tidak perlu membazirkan wang yang ada untuk membeli peralatan penyusuan tertentu yang kadang kala tidak diperlukan langsung. Lebih baik wang itu diperuntukkan untuk kegunaan lain yang lebih penting.

Jika keliru tentang peralatan penyusuan yang benar-benar perlu dimiliki, anda boleh bertanya dan merujuk kepada para ibu lain yang telah berjaya menyusukan bayi masing-masing. Kongsi pengalaman mereka dan jadikan ia panduan untuk anda membuat keputusan yang tepat untuk diri dan si manja.

5. Bincang dengan majikan Amat penting untuk anda mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan pihak majikan bagi membolehkan anda menggunakan sedikit waktu daripada masa kerja untuk melakukan rutin memerah payu dara. Ini bagi mengelakkan sebarang isu tidak puas hati antara kedua-dua belah pihak.

Pada masa yang sama, anda boleh mengutarakan pandangan kepada majikan untuk menyediakan ruangan khas bagi membolehkan anda dan rakan-rakan lain yang turut sama mengamalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk memerah susu ibu. Jika pandangan anda diterima baik oleh majikan, sudah pasti anda dan yang lain boleh melakukan rutin harian itu dengan tenang yang secara tidak langsung membantu pengeluaran susu yang lancar dan berkesan.

6. Perah susu di pejabat Anda amat digalakkan untuk memahirkan diri mengamalkan teknik Marmet ketika memerah payu dara. Namun, jika pam payu dara menjadi pilihan, gunakan pam yang bersesuaian dengan corak kerja anda. Hal ini penting untuk memastikan rutin mengumpul stok perahan susu ibu berjalan lancar tanpa perlu menghadapi banyak masalah.

Sekiranya bekerja 8 jam sehari, anda digalakkan untuk memerah payu dara sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali sepanjang tempoh berkenaan. Bagi yang perlu bekerja untuk tempoh masa yang lebih lama daripada itu pula, tingkatkan kekerapan sesi memerah payu dara.

7. Kurangkan tekanan Sememangnya tugasan pejabat agak melelahkan dan boleh membuatkan anda tertekan dan boleh menyebabkan penghasilan susu ibu terjejas. Dengan melakukan rutin memerah payu dara, anda akan lebih tenang! Ini kerana hormon yang dirembeskan ketika itu menimbulkan ketenangan. Pasti prestasi kerja anda lebih efektif apabila kembali melakukan tugasan pejabat. Tambah tenang lagi jika sewaktu memerah payu dara, anda memandang potret gambar si manja.

Antara lain, anda juga boleh menutup lampu ketika melakukan rutin itu. Saat ini, bayangkan bayi sedang menyusu sambil menutup mata. Anda pasti dapat mengumpul amaun susu yang lebih banyak daripada biasa.

8. Makan secara sihat Salah satu faktor kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif ialah menjaga dengan teliti corak pemakanan seharian. Oleh itu, jangan sesekali mengabaikan waktu makan utama iaitu sarapan, tengah hari dan malam. Makanlah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Anda digalakkan untuk makan di antara waktu makan utama dengan mengambil snek berkhasiat seperti buah-buahan segar dan sebagainya.

9. Ikut keperluan bayi Dalam apa jua amalan yang ingin dipraktikkan, pasti akan timbul masalah. Jangan khuatir. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jika anda berhadapan dengan masalah susu semakin berkurangan, ambil cuti dan luang lebih banyak masa untuk menyusukan bayi secara eksklusif.

Di rumah, gunakan masa yang ada semaksimum boleh dengan lebih kerap menyusukan bayi secara langsung, ia berupaya merangsang penghasilan susu. Jika keadaan memaksa di mana susu anda masih tidak mencukupi, anda boleh memerah payu dara ketika berada di rumah.

-dipetik daripada majalah Pa&Ma bulan Oktober 2010

Posted in | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013