13/10/2010
Hari ni dah genap seminggu overdue, Aliff masih enak dan seronok duduk dalam perut ibu. Hep hep, biasa tu dia ye. Hari ini merupakan temujanji dengan klinik kesihatan, misi suruh jugak datang selagi tak bersalin lagi. Ok, ibu pun pergilah (sebenarnya, masa ni sakit masih kerap juga). Bila giliran ibu, misi rujuk pada doktor dan doktor pun nak periksa #$^$# bawa ibu. Oh dah terbuka 2 cm, doktor bagitahu. Cepat-cepat doktor minta ibu pergi hospital, ibucakap pada doktor boleh pergi esok tak sebab ibu dah berat hati nak ke hospital. Doktor pesan pergi sekarang juga sebab sakit dah makin kerap. (Dalam hati, oklah tapi nanti ibu nak pergi petang sikit). Boleh lagi balik dari klinik ibu singgah makan sarapan (wehh dah pukul duabelas tengahari wehh) sampai je rumah boleh bertidur-tiduran, bertenet-tenetan.
Tepat jam 5 petang baru gerak ke hospital. Tiba-tiba sampai je simpang nak masuk hospital, ibu bagitahu suami, “bang jom cari kopisatu kat UPM”. Ceeeh, sekali ada konvo punyala sesak dan kopi satu pun lesap. Masa ni memang ibu teringin sangat minum mocha kopisatu (ada okey jenama kopi ni siapa tak tahu memang kejam,ini jenama Malaysia). Dalam pukul 6 lebih petang macam tu barulah sampai Hospital Serdang, dah teringin nak makan kentang mekdi yang boleh shake-shake pedas pedas tu pulak. Macam-macam orang tua ni. Disebabkan dah lambat sangat terpaksa batalkan hajat dihati nak bermenantukan er salah nak makan mekdi.
Ok selepas beberapa ketika (jam sebenarnya, lama beno menunggunya sampai 8.30 malam) doktor MO periksa bukaan dah 4cm dan dia terpecahkan air ketuban, slurrrrr basah dan panas katil tempat ibu baring. Gelabah HO nak pegang kepala Aliff supaya tak terpusing ke atas. Semua misi kat situ pun turut sama menyaksikan kejadian itu. *shame-shame. Waktu tu, ibu perasan air ketuban dah warna coklat, bukan ke sepatutnya jernih bisik hati ibu.Chewah.Ibu Tanya misi, dia buat doonnnoo je.Kadang-kadang misi dan doktor (HO dan MO) datang periksa CTG tengok bacaan jantung Aliff, nampaknya tak berapa cantik. Jadi doktor suruh masukkan drip ke dalam badan ibu. Ada sekali tu jarum/tiub masukkan drip di tangan kiri ibu tersumbat, misi picit-picit untuk laluan ubat mak uuuiii sakitnya! Padahal, perlahan je dia buat.Dahla tadi 2-3 orang doktor dah korek &@$#% ibu sakitnya, takpa dugaan.sekali ada misi datang nak tukar tiub masuk ubat ke sebelah tangan kanan ibu. Alaaaaa sakit lagiiii! Terpaksalah jugak walaupun ibu pujuk-pujuk sambil buat muka toye tak nak jena cucuk. Takpala, nak buat lagu mana~ Setelah beberapa ketika, doktor bagitahu misi ibu kena masuk labour room, saspen, saspen.
10.30 malam
Ibu dimasukkan ke labour room, lengkap dengan peralatan semua (tak tahu nak terangkan). Saspen juga ibu sebab misi belum panggil ayah masuk tapi tak lama lepas tu, ayah masuk :)))))) Misi masukkan tiub kencing supaya ibu kencing (mak oooiii, sakit lagi!) walhal masa tu, ibu haus gila!! Terbayang-bayang teh ice, fresh orange lalalallalalala nasib baik ada ayah jadi teman sembang ibu, ayah rakam video ibu sedang menahan sakit contraction dan melayan kerenah ibu yang macam-macam. Kali ni ibu gembira walaupun dimasukkan ke hospital sebab ayah ada sebelah ibu dan bakalan bertemu Aliff!
14/10/2010
12.30 pagi
Ayah cakap nenek datang dan tak boleh masuk hanya boleh dudu kat luar. Kesian nenek. Nenek mengaji tak henti-henti supaya Allah permudahkan ibu bersalin. Sayang nenek banyak tau, Aliff!
Sekali lagi doktor masuk untuk periksa bukaan #$^#$ bawah ibu, wah dah terbuka 6cm. Hati ibu dah berbunga-bunga sebab lagi 4cm nak push-push Aliff keluar. Misi pula masukkan lagi tiub kencing LAGI. Boleh tak, ibu Tanya misi nak kencing kat toilet, sakit sangat masa misi masukkan tiub kencing tu. Misi tak bagi sebab dia takut ibu terberanak dalam toilet. Dah tu ibu terasa nak kencing lagi tak lama lepas tu. Ibu bagitahu ayah ibu nak kencing atas katil je supaya misi tak masukkan lagi tiub kencing tu. Ibu tekad kencing. *kencing* eh pasal apa macam banyak je tak henti-henti. Bila misi masuk ibu cakap, “saya rasa saya terkencing atas kati” tanpa rasa bersalah. Bila misi periksa katil ibu dia cakap itu air ketuban. Phew~ tak lah malu sangat. Doktor bagitahu misi yang bacaan CTG Aliff tak berapa cantik dan dalam masa menunggu tu, banyak kali misi keluar masuk periksa CTG Aliff sambil geleng-geleng kepala. Air/ubat/drip ibu tak pasti dah 2 kali bertukar sebab dah habis lah. Patutlah asyik rasa nak terkencing. Berapa kalilah ibu nak ulang kencing ni. Doktor dan misi ada bertanya pada ibu, ada tak minum air selusuh? Seingat ibu kali terakhir ibu minum 2 minggu lepas, itupun nak bagi Aliff cepat-cepat keluar. Doktor cakap ibu sakit contraction kuat sangat, tak lama lepas tu misi masuk bawak jarum cucuk kat bahagian bawah belakang ibu. Aaaaaaaaaaahhhhhhhhh, ibu jerit kuat sangat sebab terlampau sakit bila misi cucuk pain killer tu!!
12.30 pagi
Ayah cakap nenek datang dan tak boleh masuk hanya boleh dudu kat luar. Kesian nenek. Nenek mengaji tak henti-henti supaya Allah permudahkan ibu bersalin. Sayang nenek banyak tau, Aliff!
Sekali lagi doktor masuk untuk periksa bukaan #$^#$ bawah ibu, wah dah terbuka 6cm. Hati ibu dah berbunga-bunga sebab lagi 4cm nak push-push Aliff keluar. Misi pula masukkan lagi tiub kencing LAGI. Boleh tak, ibu Tanya misi nak kencing kat toilet, sakit sangat masa misi masukkan tiub kencing tu. Misi tak bagi sebab dia takut ibu terberanak dalam toilet. Dah tu ibu terasa nak kencing lagi tak lama lepas tu. Ibu bagitahu ayah ibu nak kencing atas katil je supaya misi tak masukkan lagi tiub kencing tu. Ibu tekad kencing. *kencing* eh pasal apa macam banyak je tak henti-henti. Bila misi masuk ibu cakap, “saya rasa saya terkencing atas kati” tanpa rasa bersalah. Bila misi periksa katil ibu dia cakap itu air ketuban. Phew~ tak lah malu sangat. Doktor bagitahu misi yang bacaan CTG Aliff tak berapa cantik dan dalam masa menunggu tu, banyak kali misi keluar masuk periksa CTG Aliff sambil geleng-geleng kepala. Air/ubat/drip ibu tak pasti dah 2 kali bertukar sebab dah habis lah. Patutlah asyik rasa nak terkencing. Berapa kalilah ibu nak ulang kencing ni. Doktor dan misi ada bertanya pada ibu, ada tak minum air selusuh? Seingat ibu kali terakhir ibu minum 2 minggu lepas, itupun nak bagi Aliff cepat-cepat keluar. Doktor cakap ibu sakit contraction kuat sangat, tak lama lepas tu misi masuk bawak jarum cucuk kat bahagian bawah belakang ibu. Aaaaaaaaaaahhhhhhhhh, ibu jerit kuat sangat sebab terlampau sakit bila misi cucuk pain killer tu!!
Sementara menunggu bukaan meningkat, ibu dengar suara ibu-ibu yang lain sedang push-push dan menjerit kesakitan sambil misi-misi memberi semangat pada mereka. 1,2,3..push!! Arghhhhhhhhhhhhhh!!! Adoi mak, kecut perut ibu,nak oi. Tapi dalam hati ibu, penuh semangat mengatur strategi bagaimana nak meneran dengan berhemah. Walhal ayah suruh ibu tidur supaya waktu push-push nanti ibu lebih bersemangat (padahal ayah yang dah ngantuk sangat). Ayah pun tidur sebab dah ngantuk sangat. Sedangkan yang lebih mengantuk dan mamai adalah ibu kesan daripada pain killer yang dimasukkan tadi. Akibat semangat nak push-push dan berjumpa Aliff, ibu tak boleh tidur. Sambil berfikir-fikir apa akan jadi lepas ni.
3.30 pagi
Doktor masuk. Saspen sangat ibu setiap kali doktor masuk. Dia minta kangkang macam biasa dan periksa, hurm,bukaan masih 6cm dan kepala baby masih tinggi. Periksa CTG pulak, not good,not good sambil geleng-geleng kepala. Tak lama lepas tu, misi datang ambil suhu badan ibu, masa tu ibu tak sapek demam pun cuma rasa mamai je kesan ubat pain killer tadi. Ibu dengar doktor HO bincang-bincang dengan doktor MO. Tiba-tiba je doktor datang kat ibu dan berkata, “awak terpaksa dioperate ye, sebab awak demam,pernafasan baby pun tak bagus dan bukaan baru 6cm dan kepala baby pun masih tinggi dan tak boleh tunggu lagi. Nannti saya bagi satu boring persetujuan untuk awak tandatangani” (maaf dialog terpaksa direka sendiri sebab waktu tu tengah mamai, tak berapa ingat ayat sebenar). Bederau darah ibu dan mula panik. Ayah yang tadinya tidur pun turut terkejut tapi masih belagak cool. Lepas ibu conteng er.. tandatangan, misi salin baju ibu, cucuk ubat apa-tak-tahu-sebab-tengah-gelabah,masukkan tiub kencing (yaAllah sakitnya sakitnya sakitnya!) dan suruh minum air apa ehhh ala tak ingat air apa. Semuanya berlaku dengan cepat macam kalau kita tengok movie guna video player boleh foward laju-laju tu. Dahlah ibu tengah gelabah dan menahan sakit contraction, nak pindah katil pun jadi sakit dengan drip dan tiub kencing terbelit-belit. Adalah dalam 3 kali tukar katil. Nak mintak maaf dengan ayah pun misi suruh laju-laju, hahah lawak betul. Tapi waktu tu macam sedih lah.
Lepas keluar dari labour room, misi bawa ibu ke OT (Operation Theater), misi kat OT ni macam tegas sikit. Tapi ye lah sebab dah namanya pun emergency kan everything kena cepat.
4.00++ pagi
Masuk je OT, pakar bius cucuk belakang ibu 3 kali. Tapi ibu tak pasti apa yang dia cucuk misi suruh ibu duduk bongkok sikits ambil peluk bantal dan rileks. Dia cakap, jangan gerak, jangan gerak. Cuak dan gelabah ibu waktu tu, Allah je yang tau. Misi pula siap-siapkan pasang wayar kat badan ibu untuk periksa tekanan ibu. Tak lama lepas tu ibu rasa OT sangat seuk dan badan ibu mengigil teruk sangat sampai teketap-ketap gigi dan tangan menggeletar yang amat dasyat. Tak lama lepas tu, misi suruh ibu angkat kaki. Ibu cuba tapi macam berat sangat ibu cakap boleh angkat (sebenarnya takut nak bagi doktor operate beprut ibu). Mungkin dia nak tengok ubat bius dah befungsi ke belum.
Bermula lah pembedahan untuk mengeluarkan Aliff dari Rahim ibu. Waktu ni ibu mamai sangat nak tengok jam pun tak paham-paham. Berkali-kali nak tengok jam di dinding pukul berapa tapi macam pelik je jam tu. Sekejap ibu pusing kanan sekejap kiri nak besembang dengan doktor pun tak boleh nak buka mulut. Ibu harap cepat lah selesai sebab ibu tak tahan sejuk dah sangat.
Tiba-tiba je ibu dengar bunyi Aliff batuk-batuk. Waaah, gembiranya ibu sambil berkata, “anakku”. Ibu tak boleh nak excited sangat sebab kepala tengah berat dan sedang mamai. Misi yang ada kat sebelah ibu cakap, “tembamnya”! Mana tak tembam berat Aliff pun 3.45kg keluar dari perut ibu kan. Selepas beberapa minit ibu dengar suara Aliff menangis, ibu pun rasa nak menangis jugak, sayang. Tapi tak berapa ada perasaan, sekali lagi sebab sedang mamai-mamai ayam. Lepas tu misi tunjuk Aliff pada ibu, tapi ibu tak dapat cam sebab misi tunjuk anu Aliff pada ibu sambil tanya ibu ini baby boy ke girl? Ibu pun jawab boy sambil macam nak menangis.
Dalam 10-15 minit macamtu, pembedahan pun selesai dan ibu teramat lega waktu tu sebabnya sepanjang pembedahan dijalankan ibu tak henti-henti menggigil. Selepas keluar dari OT, ibu ditempatkan di satu ruang untuk monitor keadaan ibu. Ibu tak pasti berapa lama ibu kat situ sebab ibu tertidur lepas misi masukkan ubat kurangkan menggigil (agaknya la h, sebab ibu tanya misi macammana nak hilangkan gigilan ibu ni).
5.45 pagi
Ibu dibawa keluar untuk dibawa ke wad. Dan dalam perjalanan, misi bagi ibu jumpa Aliff. Aliff kecik sangat dan tak menangis. Ibu rasa tersentuh sangat tengok Aliff masa ni. Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar! Aliff kemudiannya macam nak menangis lalu misi tujukan mulut Aliff pada susu ibu. Aliff pandai hisap!! Cuma saying, susu belum keluar, puas ibu picit. Sigh~ Tak lama lepas tu, ayah datang bawa barang-barang keperluan Aliff dan untuk ikut ibu dibawa ke wad. Aliff terpaksa ditahan di NICU sebab dah minum air ketuban jadi nak kene sedut balik sebab takut masuk paru-paru. Ada hikmahnya di situ.
6.10 pagi
Ibu sampai di wad. Nah, di sini lah bermula kesakitan demi kesakitan selepas beberapa kesakitan yang ibu lalui sepanjang malam semalam. Ibu terasa sakit dalam perut yang amat sangat. Misi ada pesan ibu tak boleh minum,makan dan bangun dari keadaan baring selama 6jam. Tapi waktu ni, ibu dah rasa sakit sangat yang amat. Ibu hanya mampu mengerang kesakitan sambil menyebut, “sakit,sakit,Allahu akbar, yaAllah..lalalalalla”. Memang sakit macam ubat bius untuk bahagian dalam tu dah habis. Ibu pun pelik, ibu tanya orang sebelah ibu yang pernah ada pengalaman operate dia cakap takde pun rasa sakit lepas operate. Cuma lepas 6 jam tu baru ada rasa sakit. Ibu asyik mengerang kesakitan sampai ayah tak ahu nak buat apa,kesian ayah.
8.30 pagi
Doktor datang melawat semua pesakit di wad ibu dalam pukul 7.30 pagi, tapi lambat sangat nak sampai ke bilik ibu. Jadi ayah minta ubat tahan sakit daripada misi untuk ibu. Dalam jam 8.30 pagi, misi cucuk ubat cair darah dan ubat tahan sakit untuk ibu. Yang cucuk ubat tahan sakit tu mak uiii sakitnya! Misi cakap ibu demam lagi. Ok, lepas tu sakit masih kuat dan perlahan-lahan sakit kuat tu berkurang.
10.00 pagi
Nenek tiba untuk menjaga ibu supaya ayah dapat balik dan berehat dan uruskan penanaman uri. Waktu tu, ibu tengok ayah pena sangat, kesian ayah semalaman berjaga demi ibu. Waktu tu nenek Muar pun sempat singgah melawat ibu sebelum pergi melawat Maklong yang selamat melahirkan Ajiq jugak pada jam 6.00++ pagi di Hospital Putrajaya, yey Aliff ada geng!
Ibu dah terlalu haus sangat-sangat jadi, sebelum pulang ayah sapukan sikit air zam-zam pada mulut ibu. Alhamdulillah, lega sangat. Lepas makan ubat, ibu pun terlelap dan nenek tuam kepala dan leher ibu dengan kain basah. Kebetulan nenek terjumpa dengan sedara dia yang dah lama tak jumpa dar Terengganu yang sedang menjaga adiknya di bilik sebelah. Apalagi, berborak sakan lah sementara ibu tidur.
2.30 petang
Ibu bangun dan rasa berpeluh-peluh satu badan, bila misi datang periksa tekanan dan suhu ibu dia cakap suhu ibu dah menurun dan dah ok. Alhamdulillah, ibu sambung tidur.
6.30 petang
Satu keluarga ibu datang melawat atok, uncle kori,uncle ibal, mama teh dan mama su semua ada. Petang tadi atuk Muar dan Cik Mimi pun ada datang nak tengok Aliff tapi Aliff kena tahan di wad.
My soulmate, my jantung hati
Nenek, mama su (tengah makan makanan hospital), ibu dan ayah
8.30 malam
Selesai je makan (nek som masakkan ibu sup ikan haruan,yummy!) ayah bagitahu ibu yang 2 kali ayah dah jenguk Aliff. Aliff baik sangat, bila Aliff menangis, ayah pujuk-pujuk Aliff, Aliff senyap je sambil pandang je ayah. Ayah cakap Aliff menangis-menangis macam lapar susu ibu. Hati ibu sedih sangat dan bertekad nak turun (wad NICU berada di tingkat bawah) jugak susukan Aliff. Jadi, ayah pun bagitahu misi yang ibu nak turun bawah. Misi kata nak tanya doktor dulu sebab ibu demam balik, mungkin sebab petang tadi kena cucuk pain killer dan ubat cair darah lagi. Tiub kencing dan drip pun tak boleh tanggal lagi sebab hari ni adalah hari operation dia kira satu hari lah. Tak lama lepas tu, misi cakap boleh. Wah gembiranya ibu nak jumpa Aliff.
Aliff tahu tak, ibu ambil masa selama 2 jam untuk turun dari katil sahaja. Ye 2 jam. Itu pun atas bantuan dan semangat daripada ayah ibu dapat turun. Ibu pun sebenarnya kuat semangat juga nak jumpa Aliff. Kalau nak cakap pasal sakit, Ya Allah memang sakit sebab bahagian kena belah tu lah yang utama dalam setiap pergerakan. Nak bangun, nak bongkok, nak bergerak ke depan ke belakang, nak turun, nak bengkokkan kaki, nak duduk dan lain-lain. Percubaan demi percubaan ibu buat. Kalau ayah jenis tak tahan sabar dah lama dia balik rumah. Tapi Syukur Alhamdulillah ayah adalah orang sangat penyabar melayan kerenah ibu. :***** untuk ayah!
Big kiss to ayah!
10.00 malam
Bila dah berjaya duduk atas kerusi tolak terus ayah bawa turun pergi NICU. Dalam perjalanan pun cabaran juga buat ibu sebab tak boleh terhentak sikit mesti terasa sakit. Akhirnya sampai juga ibu di wad NICU, ibu dikehendaki membasuh tangan supaya Aliff tidak dijangkiti kuman lain. Bayi sangat mudah dijangkiti kuman tau!Ayah ters bawa ibu di bahagian yang sebelum ini Aliff ditempatkan. Eh, ayah cakap Aliff tak ada di situ sebab ada bayi lain. Ibu jadi panic dan gelabah. Pergi sini Aliff tak ada, pergi sana pun Aliff tak ada. Ibu dah menangis-nangis nakkan anak ibu. Rupa-rupanya Aliff memang ada di bahagian yang asal cuma dialihkan sikit untuk beri ruang kepada bayi lain.
Terus ibu minta ayah dukung Aliff pada ibu. Dapat je Aliff terus ibu cium-cium, kucup-kucup Aliff sambil menangis-nangis rindu. Bau Aliff sangat enak dan harum! Ibu rindu bau tu, sekarang bau tu dah hilang. Ok sambung balik. Ibu pun cuba menyusukan Aliff, awak pandai nak hisap dan macam lapar je. Laju dan cepat Aliff nyot-nyot tapi malangnye kaedah ibu beri Aliff minum adalah salah. Tambah lagi malu dengan ayah-ayah yang lain ada di situ. Tak boleh jadi ni, ibu minta ayah haling ibu sambil picit-picit dada ibu supaya susu keluar. Ye, memang malu tapi untuk Aliff ibu sanggup. Dapat juga Aliff minum sikit-sikit susu ibu. Sepatutnya memang ada misi yang ajarkan kaedah penyusuan yang betul. Tapi memandakan semua misi pun macam sibuk uruskan keperluan bayi-bayi di situ, takpelah.
11.30 malam
Misi nasihatkan ibu pulang ke wad kerana dikhuatiri misi di wad ibu tercari-cari. Lagipun ibu masih memakai tiub kencing dan drip. Beratnya hati, tapi takpe esok jumpa lagi!
15/10/2010
Ibu bersemangat sangat pagi tu siap-siap untuk jumpa Aliff. Ayah suruh tunggu pemeriksaan daripada doktor dulu.Selesai doktor periksa ibu, sempat lagi doktor buat lawak dah lah ibu tak boleh nak gelak (luka operate sakit lagi). Chait. Ok terus ibu minta tolong ayah turunkan ibu dari katil. Ok kali ni kurang daripada 2 jam tapi masih ambil masa jugak lah.
Di NICU, macam biasa ibu susukan Aliff dengan mood yang sangat gembira. Kali ni Alhamdulillah misi di situ sangat membantu. Dia ajar ibu dan ayah cara yang betul untuk susukan Aliff. Sebelum ayah pergi menunaikan solat jumaat, rupa-rupanya kawan-kawan baik ibu (Alia, Atiyah, Fae, Najwa, Syaila dan er Kak Bohai) datang melawat ibu. Kami berborak dan bersembang di bilik berdekatan wad Aliff. Wah bukan main dok bersembang dan tergelak-gelak dengan sopan sekali ibu waktu tu. Sabar je lah, diorang asyik buat lawak, bukan salah ibu gelak beriye-iye. Tapi masih sopan ye.
Ok lepas susukan Aliff sekali lagi selepas kawan-kawan ibu pulang, ayah pun bawa ibu naik ke atas wad ibu. Wah perut ibu dah masuk angin daripada pagi sampai petang tak makan. Ibu pun makan macam orang kebulur. Ibu suruh ayah bali dan rehat, tapi ayah nak temankan ibu juga. Aliff, ingat tau pengorbanan ayah mahal sangat. Kalau Aliff terbaca coretan ibu, sayangi lah ayah sepenuh hati Aliff ok.
Menjelang Maghrib bangunnya ibu dari tidur sepanjang petang, ibu bercadang-cadang untuk turun sekali lagi menjenguk Aliff. Sedang ibu berkhayal nak berjumpa Aliff, ibu terdengar misi bagi tahu dengan orang sebelah ibu yang bayi dia dah boleh keluar NICU. Gembira bukan main mereka sebab kebetulan keluarga mereka datang untuk melawat ahli keluarga baru tu (walhal masa melawat dah habis dan keluarga mereka dalam perjalanan pulang dan terus si ayah bayi tadi telefon keluarga mereka yang dah dalam perjalanan tu untuk berpatah balik ke hospital kerana bayi akan keluar dari wad NICU dan mereka boleh jenguk bayi). Ibu memandang ayah sambil buat muka sedih. Ayah kata sabar.
Tiba-tiba je, misi jenguk di bagahian ibu dan berkata, "bayi awak boleh keluar ye”. Dalam keadaan blur dan teruja ibu minta kepastian ayah. Rupa-rupanya ada misi tersalah sampaikan info pada orang sebelah ibu. Sebenarnya, bayi ibu yang boleh keluar NICU dan buka bayi mereka. Kesian mereka, misi tu mesti rasa bersalah gila!
Ibu pun cepat-cepat suruh ayah selesaikan hal pengambilan Aliff. Malam tu ibu tidur dengan gembira dan terjaga untuk susukan Aliff. Bahagia~~
A proud daddy
16/10/2010
Keluar hospital dengan membawa pulang kebahagiaan baru dalam hidup ibu, Muhammad Aliff Bin Khairil Syazwan (ok waktu ni nama awak rahsia lagi)
1001 kisah
eh,eh ini pun nak ambik ke?
Sekian dulu coretan ibu, nantikan pula cerita daripada ayah eh!
One Response to Pengalaman bersalin anak pertama : Alhamdulillah, assalamualaikum Aliff!
seram juge dgr cite yg cek2 tu..hehe
Post a Comment