Seperti biasa setiap ibu mengandung pasti tercari-cari set bersalin untuk diguna pakai selepas bersalin. Selepas beberapa survey dan pembacaan, ibu memilih set Tropical Herbs, set lepas bersalin Amway.
Berikut ibu suka nak kongsi mengenai set tersebut dan pemakaiannya. Keseluruhannya, ibu tidak menggunakan set ini mengikut jadual yang diberi. Apa yang boleh dikongsi adalah pengalaman menggunakan set tersebut.
Berikut ibu suka nak kongsi mengenai set tersebut dan pemakaiannya. Keseluruhannya, ibu tidak menggunakan set ini mengikut jadual yang diberi. Apa yang boleh dikongsi adalah pengalaman menggunakan set tersebut.
Sebetulnya 5-6 hari selepas bersalin, baru ibu timbul kesedaran nak guna set bersalin ni. Sebelum tu, ibu masih ada rasa sakit dan tak lalu nak mula. Secara keseluruhannya, ibu berpuas hati dengan set ini. Antara produk yang diberi adalah:
- Teh herba-Ini ibu guna dah habis pantang sebab Aliff panas dan naik ruam waktu ibu minum dalam pantang
- Pil lepas bersalin 1-Ini ibu guna dah habis pantang sebab Aliff panas dan naik ruam waktu ibu minum dalam pantang. Kronik sangat umur Aliff 4 bulan baru makan
- Pil lepas bersalin 2-Ini tak guna lagi sebab pil lepas bersalin 1 tak habis lagi
- Herba pembersih wanita- Walaupun ibu beranak melalui pembedahan, tapi ibu pakai juga untuk kesegaran.heheh
- Herba mandian-Lepas bersalin, nenek ada sediakan campuran air panas, daun pandan, daun mengkudu untuk ibu mandi. Lepas-lepas tu, baru ibu guna produk ni. Okey bau pun sedap.
- Minyak urut herba- Makcik yang urut ibu guna minyak ni. Bau sedap and rasa sangat best! Tapi sayangnya makcik tu habis kan untuk urut nenek pulak T-T
- Minyak bayi- The best ever!!!!! Highly recommended. Ibu yang lagi banyak guna.
- Campuran Peramping perut-Ibu tak guna sebab tak boleh letak apa-apa di bahagian perut. Operate lah katakan
- Campuran Penghangat (param)-Guna (ibu campurkan sikit air dan sapu ke bahagian atas badan dan kaki) tapi tak habis. Serbuk ok, cepat hilang lepas mandi dan sabun. Rasa hangat je masa tunggu dia kering. Lepas cuci badan make sure lap bersih-bersih takut melekat kat baju. Warna kuning dia kadang-kadang melekat kat baju.
- Campuran Penenang-Ibu guna (campurkan dengan air sikit dan sapu di bahagian dahi) yang ini pun tak habis jugak. Selepas guna rasa kurang sakit kepala.
- Oh ada juga bengkung yang stail zaman dolu-dolu kalau jalan macam orang jepun pakai kimono gitu.
Semangat je ibu pakai param dan pilis tu siap amik gambar kenang-kenangan lagi :p
Post a Comment