First outing

Sebelum Aliff dilahirkan di dunia ni, ayah dan ibu adalah sejenis pasangan yang memang tak boleh lekat di rumah. Ada je plan dan project yang nak dibuat diluar. Setiap hujung minggu ada je perkara yang nak dibuat. Aktiviti utama adalah jalan-jalan cari makan. (boleh rujuk kepada perut ayah)

Namun, setelah Aliff menyerikan lagi hari-hari kami, rasa berat hati nak keluar. Kalau rajin nak keluar pun mesti angkut Aliff sekali. Disebabkan ayah dan ibu memang jenis tak reti duduk rumah, Aliff telah menjadi mangsa keadaan dimana Aliff telah dibawa keluar berjalan-jalan ketika masih dalam hari lagi.

Tarikh Aliff dilahirkan : 14/10/2010

Tarikh keluar rumah kali pertama : 19/10/2010
ke klinik untuk ambil darah bagi pemereksiaan kuning.

Photobucket

Bersiap sedia untuk keluar ke klinik

Tarikh keluar rumah kali kedua : 29/10/2010 ke rumah kakak ayah bersama nenek untuk menjenguk adik sepupu yang dilahirkan sama hari, Ajiq. Sempat lagi singgah rumah tok cu dan nyang.

Photobucket

Wah, bestnya Ajiq ada baby cot boleh goyang-goyang

Tarikh keluar rumah kali ketiga : 6/11/2010 keluar depan rumah ni je sebab ada kenduri aqiqah Aliff dan kakak Ameera

Photobucket

Adoi, Aliff panaslah ibu.

Tarikh keluar rumah kali keempat : 8/11/2010 Disebabkan bosan kat rumah tak ada sesiapa, semua pergi Pulau Tioman kecuali ayah dan ibu dan Aliff jadi mula-mula kita pergi kedai baby, Manjaku. Lepas tu pergi rumah kakak ayah sekali lagi dan bermain-main dengan Ajiq.

Photobucket

Aliff macam 4U2C tak ibu?

Tarikh keluar rumah kelima : 16/11/2010 1st appointment di Klinik Kesihatan Bangi! Sampai pukul 11.30pagi, misi suruh datang jam 2 petang sebab dah lambat. Ayah bawak ibu dan Aliff pergi office dulu untuk siapkan kerja ayah. Lepas balik klinik sempat singgah makan kat DLimau nipis.

Photobucket

Gumbiranya hati , kita nak keluar lagi!

Tarikh keluar rumah keenam : 26/11/2010 Balik kampung ayah, Muar. Selama 3 hari bertutur-turut Aliff berjalan dan sangat penat. Asal sampai rumah je terus Aliff tidur!

Photobucket

Ajiq, awak dah mandi?

Photobucket

Ajiq, tadi kita rasa kita berak lah

Photobucket

Singgah kenduri Uncle Jiming di Parit-apa-tak-ingat

Photobucket

Kawan baik Aliff, Ilham

Photobucket

Singgah pulak rumah Ilham kat Tangkak. Bess oo rumah dia!

Kesimpulannya, sepanjang tempoh ibu berpantang, 6 kali ibu dah keluar rumah! Kesian Aliff, sob sob sob. Aliff kecik lagi ibu dah bawak ke hulur hulir. Nanti bila Aliff dah besar jangan malu bawak ibu jalan-jalan ye sayang!

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

One Response to First outing

onalataichoo said...

saya suka blog ini!!!

Search

JuaNadiah 2013