Yang Pergi dan Yang Datang

Al-Fatihah buat bapa saudara saya, Tengku Ismail yang telah pergi kembali kepada Penciptanya pada 10/12/2010 hari Jumaat sebelum subuh. Masya Allah, itulah impian setiap Muslim untuk kembali padaNya pada hari Jumaat, hari yang mulia.

Majlis tahlil telah diadakan pada hari Jumaat,Sabtu dan Ahad. Namun, kami hanya berkesempatan ke sana cuma pada hari Jumaat dan Ahad.

Aliff nampaknya tak berapa selesa berada di sana. Asyik menangis je. Ibu noticed beberapa perubahan Aliff. Sekarang dia kerap menangis berbanding sebelum ni. Hmmm..

Pada 12/12/2010, 4.42 petang Atiyah sahabat baik dari sekolah menengah telah selamat melahirkan anak perempuannya seberat 3.3kg. Cute sangat baby girl dia!

Esoknya ibu, Aliff dan aunt fae pergi menziarahi baby sofiya dan mummynya di Prince Court, Ampang. Mula-mula Aliff baik sangat. Tapi dah start nampak tak selesa.ok ek ok ek~

Lepas ibu ganti diaper, Aliff baik sangat. Siap boleh bersembang-sembang dengan aunt Fae. Tapi bila aunt Muna dan mak mertua aunt Niah datang (Aliff sedang menyusu) terus Aliff menangis-nangis dan melalak-lalak.Cuak sangat ibu. Ibu dah sebak kenapa Aliff menangis-nangis. Mungkin tak cukup tidur (dalam hati ibu berkara), tapi memang Aliff jenis tak tidur siang pun kan? huhuhu

Malam tu masa nak balik rumah kita pun Aliff menangis je.Kuat pulak tu. Sebak betul hati ibu. Bila sampai rumah je, ibu bagi susu sekejap Aliff dah tidur. Aliff, sorry. Ibu selalu bawak/angkut Aliff mana-mana ibu pergi. Padahal Aliff kecik lagi. Nanti ibu rajin-rajin duduk rumah ye sayang.

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013