9/10/2010~10/10/2010
Kali ni ibu ditahan lagi sebab kepala Aliff berada di bahagian atas perut ibu (see, u r such an active boy). Ibu rasa berdebar sangat sebab tak sanggup lagi sekali berpisah dengan ayah. Kali ni ibu pergi lambat selepas asar. Selepas beberapa pemeriksaan seperti sebelum ini di PAC, doctor pakar menahan ibu untuk dimasukkan ke wad. Seperti biasa ibu diberi baju hospital dan selepas itu darah ibu diambil (aduuuii sakit lagi kena cucuk!) Sementara nak tunggu naik wad, ibu nangis-nangis sebelah ayah tak nak masuk wad (iye, ibu memang ciwek).
Kali ni ibu dapat wad tak menarik sikit iaitu katil 1 di wad 5F, sebelah tingkap (yey, boleh bye-bye ayah). Masuk je wad, ibu tunggu ayah hatar beg baju dan makanan. Bila ayah tiba dengan makanan ibu makan dengan rakusnya sebab tengah kebulur dan ambil kesempatan makan dengan ayah walaupun jam menunjukkan pukul 930 malam dimana waktu melawat dah berzaman habis. Ibu suka katil hujung-hujung ni senang nak menyorok-nyorok seperti makan bersama suami di luar waktu melawat.hohoho
Selepas ayah balik (sambil ibu tunggu tepi tngkap untuk babai ayah dari atas-ayah Cuma nampak tangan gerak-gerak), ibu solat dan masuk tidur. Sakit contraction ibu jadi kerap, sakitnya tak terkata. Ibu set masa dimana sakit datang sekali setiap 15~20minit. Akhirnya ibu dapat juga tidur dengan lena sambil mimpikan ayah.
Keesokannya, ayah datang melawat selepas subuh dan kami sarapan bersama-sama. Seronoknya!!Pesakit lain belum bangun lagi, kami dah dating. Selepas ayah balik, ibu mandi dan tunggu doctor untuk buat pemeriksaan. Bila doctor pakat periksa ibu, dia macam marah-marah (Housemanship Officer-doktor berpangkat rendah) sebab dia cakap ibu takde masalah macammana boleh admit masuk wad? Ibu pun buat muka blur je. Akhirnya doktor benarkan ibu keluar hospital dan dia suruh ibu datang kalau darah/tanda lahir yang lain keluar. Oh dan juga apabila kekerapan sakit semakin kuat. Yey boleh balik jumpa suami! Tapi sebelum tu doktor nak periksa bukaan $%^$ bawah tu, kebetulan doktor yang korek tu tangan dia jenis beso, adui mak sakitnya! Doktor periksa masih 0cm. Sigh~ Ok sila balik.
Bersambung lagi. Pengalaman 3 pulak. Adoi bila nak habis?
Post a Comment