Percutian Aliff yang pertama

Place we stayed at

Harga penginapan satu malam di Rumah Inggeris, English Cottage Cameron Highland adalah RM 300. Klik sini untuk maklumat lanjut. Yang tak bessnya, boleh tak kita orang tak amik gambar dalam rumah pong. Frust!

Ada 2 bilik tidur, 2 bilik air takde air panas (tingkat atas satu dan bawah satu), 1 ruang tamu ala inggeris, 1 meja makan dan 1 dapur. Ada peti ais dan tempat makan. Oh, oh jangan lupa bawa ubat nyamuk! Nyamuk berkuasa di sini.




Sumber gambar forum kat cari.com





14/12/2010
Cameron Highlands, Pahang

Seronoknya dia pergi holiday, bukan main. Perjalanan selama 2 jam setengah konvoi 2 kereta dengan atuk, nenek, uncle ibal, mak teh, mama su, ibu, ayah dan Aliff.

Happy 2nd months old, sayang!




Setibanya di Cameron jam 7 petang, SEJUK!!!




Macam biasa, mesti wajib lawat ladang teh BOH dan minum teh yang mahal dengan gaya orang kaya minum. Apa yang sedap di sini? scones dengan harga RM 4.00. Cheh, kecik je saiznya pun.. jangan makan kek coklat dia, tak sedap dan muak harga mahal ya ampun RM 6.00++




hello, kamera sini la oi!


Tapi, masya Allah viewnya berbaloi-baloi untuk nikmati teh yang mahal 1 teko berharga RM 16.00. Tambah air panas je RM 2.00


Masalah biasa berlaku musim cuti sekolah on d way to ladang mahupun on d way balik. chait!

Tempat wajib lagi, ladang stawberi petik-petik stawberi. Sekil0 dalam RM 18. Satu bakul stawberi yang belum masak mama pilih berharga RM 8.00 yang ini berbaloi. Apa nama ladang tu, tapi jalan pergi ladang tu on d way balik ladang BOH. Naik setinggi-tinggi bukit!







Malam buat BBQ! Yummeeeh! Ayah masak kat bawah sambil dating dengan ibu. Yang lain gi borong kat pasar. Aliff tidur sorang-sorang kat atas. Cian anak ibu.

Hidangan istimewa : mi sedap, ayam bakar dan coleslow

Oh lupa nak bagitahu tempat penginapan adalah di Rumah Inggeris, MARDI. Dalam MARDI sendiri banyak tempat boleh dilawati seperti ladang stawberi, ladang bunga, ladang lebah untuk madu dan kedai runcit membeli jem stawberi, tshirt cameron dan macam-macam lagi.




On d way balik singgah pasar, borong sayur-sayuran dan bunga macam orang gila!

dan singgah Raju's Stawbery farm- berbaloi-baloi makan asikrim di sini sedap nak mampos dan layanan nombor satu daripada encik Raju! hahahah

Sempat lagi singgah mamak pekena nasi beriyani mahal nak mampos. Arahan keras, kalau pergi Cameron sila bawak stok makanan sendiri melainkan kalau anda nak breakfast, lunch and dinner sayur-sayuran dan stawberi memang murah kat sini.

Kesian ayah, tak puas jalan-jalan kat negara orang putih palsu ni!

Posted in , , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013