Bila Aliff makan..

Setelah sebulan merasai nikmat Allah berikan di muka bumi ini yang bergelar makanan, nampaknya Aliff belum dapat memuaskan hati sendiri lagi. Aliff seorang baby yang tidak suka disuapkan makanan kepadanya. Kalau boleh nak makan sendiri. Nak pegang botol sendiri.

Ibu dan nenek menghadapi masalah yang BESAR setiap kali tiba masa untuk Aliff makan. Aliff akan sedaya upaya menutupkan mulut dan bila makanan dimasukkan ke dalam mulut, mulalah nak muntah.

Di awal pemberian makanan pejal, Aliff selalu muntah-muntah. Tapi lama-lama macam dah ok. At least, ibu ajar jugak bagi makanan kepada Aliff.

Satu hari, sekurang-kurangnya 1-2 sudu makanan diberikan kepada Aliff. Kalau Aliff tak mahu, ibu biarkan dan tak give-up. Cuba lagi esok hari. Wah, kau tabah betul. Walhal dah soheh-soheh kecewa lalu menggugelkan diri dengan info pemakanan awal bayi.

Alhamdulillah, apa yang penting istiqomah. Di sini ibu kongsikan sedikit tips bagi ibu yang menghadapi anak susah makan :

1. Penyediaan makanan oleh ibu menggunakan kaedah puree. ( stim/rebus-blend-simpan dalam ice cube atau lenyek sajo bagi makanan yang dah lembut)

2. Suapkan makanan dimulakan dengan bismillah

3. Pastikan air masak disediakan samada dalam botol atau training cup (ikut kemahuan baby) bagi mengelakkan baby tercekik asyik suapka makanan ajo

4. Sekiranya baby kelihatan tidak berminat, sudu berisi makanan dibuat terbang gaya kapal terbang apatah lagi helicopter siap dengan efek bunyi tembakan lagi. Baby nganga je, ngap suap.

5. Setelah 4 hari dengan puree yang sama, tukar pula dengan puree lain contohnya sebelum ini puree bubur nasi, cuba pula puree banana. Lepas tu, tengok mana satu minat baby, dan mana satu yang tidak disukainya.

6. Pastikan keadaan baby sebelum diberi makanan adalah tenang dan bukan gelisa-gelisah. Kerana apabila dia gelisah, dia tidak fokus dan hanya tahu nak nangis je. Ibu juga jangan paksa baby sekiranya mereka tak mahu. Takut baby upset gitu. Kalau boleh beri susu badan sikit sebelum bagi makan. Sebab sebelum ni mind dia dah set kalau lapar nak susu. So, slowly latih dia makan dalam keadaan yang dia comfortable.

7. Di masa lapang, berikan baby biskut baby, baby bites sebagai tujuan untuk ajar dia makan sendiri

8. Biarkan dia makan sendiri dan mempunyai pengalaman makan tanpa paksaan. Lama-kelamaan dia akan cipta masa makan dia dengan gaya sendiri dan have fun.

9. Buat ibu-ibu yang mempunyai ‘saiko kebersihan’ seperti saya yang memang pantang sikit pon terjumpa kotoran, ini nasihat saya : Sabor jela~ Apa yang penting anak makan dan sihat. Lega hati dapat tengok anak makan walaupun makanan tercampak sana sini, atas karpet, kat dinding la. Sila tabah ok.

Buat masa ini, itu sahaja yang boleh dikongsi. Saya sendiri sedang berusaha untuk terus menjadikan masa makan Aliff adalah masa yang menggembirakan dan enjoy! Oh baru teringat hari tu saya ada berborak dengan seorang teman, Atiyah yang merupakan Doktor H.O di Hospital Serdang tentang masalah ni, dia suruh cuba kaedah Baby Led Weaning. Hari tu pernah gugel tapi belum khatam lagi. Macam menarik sebab key method dia adalah let baby have their own food.

Apa lagi, syokla Aliff. Insya Allah bakalan dikongsikan lagi.


Anak mak makan style apa ni?~

Posted in , , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013