Ewah, topik tak boleh blah.
Ni ibu nak story sikit pasal waktu tidur Aliff dari lahir sampai sekarang umur dah 7 bulan 2 minggu.
Memang agak mencabar sikit untuk menidurkan Aliff. Dalam pantang, jenuh ibu gugel apa nak main dan buat waktu senggang di siang hari kerana Aliff asyik berjaga tak mau lelap. Sampai kadang-kadang buntu dan takdak idea dah nak play apa. Mata luas dok pandang orang sini sana, pastu sengih-sengih. Geramnya dengan dak kecik ni! Nasib tak kena gigit
Alhamdulillah, bila tiba waktu malam Aliff dah mula tidur seawal jam 8 malam. Namun, semakin Aliff membesar semakin berubah waktu tidur Aliff. Siang pasti dah Aliff tak berapa nak tidur. Oleh sebab ibu bekerja dan Aliff di bawah jagaan nenek, nenek belikan senjata rahsia- buaian untuk Aliff. Syukur, nak juga Aliff tidur dibuai. Sebelum ni pun memang tidur, nak ayah dodoi ajo. Malam pun bila balik rumah, tak de masalah tidur tanpa buaian.
Dalam umur 4 bulan ke atas, Aliff dah mula tidur lambat dalam jam 9.30 malam. Kadang-kadang lewat lagi. Tapi tak pe, Aliff golek-golek dengan ibu atas katil.
Kalau berjalan, kirim salam lah nak tidur. Pasal Aliff tidur gaya princess u! Nak condition yang senyap, sepi dan ibu diam tak boleh bercakap. Bonus kena ada bedtime song.

Berikut ibu kongsi sikit apa yang ibu buat if Aliff liat nak tidur :
- Babywearing : Senjata rahsia if bawak Aliff jalan-jalan outdoor. Memang sedap dan selesa kena wrap di badan ibu. Asal wrap je, dah start menguap-nguap. Kalau dalam stroller, puas lah dodoi-dodoi memang mata tu, luas sungguh melihat pemandangan luar.
- Pasang ayat-ayat Quran. Tengok mood dia juga
- Pasang lullaby. Ini memang ibu dengan ayah sekali pengsan
- Senjata rahsia nenek : buaian tapi lately dah pandai. Tak nak buaian dah
- Main-main dengan Aliff sampai dia boring. Tabah. Kadang-kadang ibu tewas gak. Kena pass pada ayah
- Susu ibu! Paling terbaik..di hati ku~~
Post a Comment