Kebelakangan ni, saya perasan duit laju je habis. Bila withdraw duit, beli itu beli ini dah habis.
Sejak Aliff muncul dalam hidup kami, feeling membeli untuk dia sangat bess.
Kalau dulu masih single, memang belanja sakan. Asalkan dapat duit poket mulalah plan nak beli itu, ini. Alih-alih habis kat makan je. Sebab memang saya ni jenis banyak makan kot. Nak pulak zaman remaja meningkat dewasa, mencari identiti lah kononnya. Nak punk ke isk tak moh le yang ni, tak gemo, nak rock ke, nak bajet-cool ke, nak gadis ayu ke, nak muslimah sejati ke kan? Jadi daripada tudung hingga ke kasut nak kena sama tema menurut style apa yang telah dipilih. Itu belum masuk barang-barang maintenance lagi. Tapi, Alhamdulillah saya memang jenis yang tak cerewet dalam penjagaan diri. Sekadar keperluan. Tidak lah gemarkan berejam lama nak pilih perfume semata. Tapi takdelah sampai diri terabai terus kaaaaaan? Itu dah namanya tak sayang body kot. Financial status waktu tu, hampeeeeeeeeeeeeeH. Memanglah tak menyimpan.Titik dan noktah.
Bila dah nak kahwin, ha ngkau! Baru terkial-kial nak menyimpan. Syukur sangat pada Allah yang sentiasa memberi macam-macam nikmat pada hambaNya yang sorang ni. Allah memudahkan perjalanan jodoh kahwin saya bersama suami. Terima kasih tak terhingga juga kerana ibubapa saya paling banyak membantu sepanjang perjalanan itu. Maceh ma, abah! Ilebiuuuuuuuu banyak!! Bila dah kahwin, terasa banyak perancangan masa depan nak buat. Nak beli rumah, nak beli kereta, nak saving itu, ini, nak pergi haji dan umrah. Wahhhhhh, berjanggutlah kau nak baca kalau semua nak tulis kat sinikan? Rupa-rupanya, susah nak buang tapiat boros ni kan? Sebenarnya, bukan boros. Tapi tak reti belanja duit dengan betul.
Bila dah ada anak, lagilah kan? Keghairahan beli baju, toys, segala bagai untuk anak berlaku. Kadang-kadang kita pulak excited terlebih. Aliff lek je.
Tak boleh jadi. Kena buat sesuatu.
Jadi, kami decide nak jumpa doktor kewangan. Orang yang membantu kita buat financial planning. Anda juga boleh cuba. Layari www.azizcpx.com.
Sekiranya korang ada idea atau dah berjaya dalam menguruskan kewangan boleh kongsi di sini yehhhh. Tsk tsk bantu saya yang memerlukan info ini.
Post a Comment