15 Perkara tentang dunia internet saya :
1. Mula mengenal dunia internet pada tahun 1997 dan aktif menggunakannya pada 1999.
2. Ya, saya masih menggunakan akaun hotmail dan yahoo mail yang didaftar pada tahun 1999 ketika berada di tingkatan 2 sehingga sekarang
3. Sejak itu gila chatting di IRC channel #14thn dan #hamidian. Gila tak femes # kau
4. Waktu tu AOL messenger dan ICQ sangat femes. Tapi tak berapa nak layan sebab chat dengan orang tak kenal. Carik kenalan pun dengat group religion-ISLAM. Saya ada masalah dengan stranger kot
5. Juga gila MSN messenger. Walhal dengan bestfren sendiri je pon- Alia
6. Masa tu budak asrama kutuk ok orang chatingg. Sedeh doh
7. Lepas SPM, aktif Friendster dan beberapa group tapi tak lama
8. Kat Matriks dah jarang guna MSN messenger dan mula aktif Yahoo Messanger
9. Aktif guna Frienster. Excited gila bila crush kita (baca : suami) add kat Friendster
10. Mula mengenal dunia belog di akhir pengajian di matriks
11. Akhir tahun di kampus uia, mula guna Facebook. Dan sangat gemar membaca belog kenalan
12. Mula membaca belog orang yang tak dikenali berunsurkan tips,kehidupan,resepi,dan blogshop dan masih tidak berani memberi komen
13. Setelah kahwin dan beranak. Mula join forum keibubapaan, craft, masakan dan mula memberanikan diri komen di belog-belog mereka.
14. Mula ada belog sendiri tetapi tidak berani reveal
15. Mula aktif berbelog dan berani untuk reveal kepada orang setelah sekian lama mempunyai anak dengan niat untuk berkongsi. Insya Allah
Sedikit info : saya seorang yang tidak suka orang tau mengenai saya kerana ada masalah kurang keyakinan dan seorang pemendam. Kini, melalui perkongsian melalui belog ini adalah sebagai satu langkah untuk menyelesaikan masalah demikian. Sharing is caring, yes now i believe it!
Post a Comment