Genap Aliff berumur 7 bulan, Aliff on d way from holiday at Kuantan to Muar. Balik kampung, yey! Sepanjang Aliff 6-7 bulan beberapa development dan skill Aliff dapat diikuti. Syok ibu! Alhamdulillah
- Suka rasa texture benda yang dipegang
- Suka mengesot untuk make sure dapat sesuatu yang diingini
- Pandai tepis kepala
- Suka lepas-lepas barang
- Masih suka masukkan benda dalam mulut tapi
- Bila bagi makan benda yang bernama makanan tak mahu le puloknyeee.
- Pandai kiss ibu dan ayah
- Menunjukkan muka gembira setiap kali ayah nak angkat Aliff ataupun ayah datang dari jauh. Eeeee daddy’s boy la awak!
- Dah boleh duduk atas kerusi baby kat kedai makan dan boleh duduk sendiri
- Tak boleh duduk diam. Asyik nak berdiri dan melompat. Lompat? Ya Rabbi, masih aktif seaktifnya.
- Oleh yang demikian, tak sukakan lagi car seat. Bila travel mula lah gelisah atas car seat. Bila ibu angkat, amboi muka dia bukan main syiok lagi.
- Kalau nak tidur, mesti kena senyap dan nak pasang lullaby lagik. Amboih gaya princess tido la u!
- Dah pandai minum air masak.
- Ni lagi satu benda yang tak bess, setiap kali lepas mandi bila ibu nak pakaikan baju, Aliff golek sana golek sini ibu kena struggle jugak hanya untuk memakaikan Aliff diaper. Uhuhuhu
- Suka garu-garu kepala cepat-cepat tandanya dah rimas.
- Aliff cepat berpeluh. Bila berpeluh Aliff mula gelisah
- Loves books so much!Especially bila ibu sebutkan satu-satu gambar dalam buku.
- Sangat cintakan video youtube lagu twinkle-twinkle little star. Siap boleh gelak-gelak kegembiraan.
- Dah mula berak teran-teran tahap orang beso. Gelihati je ibu tengok
- Dah tak banyak bercakap, senyum dan gelak berbanding dulu
- Suka memanjat atas badan ibu
- Pandai dan suka tengok kucing
- Dah mula respon dengan benda yang ibu tunjuk. Contohnya, Aliff, look! sana! Dia pun berpaling
- Dah pandai marah-marah kalau orang tak angkat dia.
Alhamdulillah, Aliff banyak mendidik ibu jadi orang sabar dan kuat. Terima kasih Allah kerana beri ibu peluang merasai kemanisan menjadi seorang ibu. Kadang-kadang terpikir-pikir ibu. Seorang lelaki tak akan pernah merasai pengorbanan seorang ibu.
Walaupun Aliff lasak dan tak reti duduk diam, Aliff banyak ragam. You just want to experience and explore more exciting in this world kan? Such a genius boy. Aminnnnnnnnnnnnnnn
Walaupun Aliff lasak dan tak reti duduk diam, Aliff banyak ragam. You just want to experience and explore more exciting in this world kan? Such a genius boy. Aminnnnnnnnnnnnnnn
Post a Comment