Demam selesema ketika percutian adalah tidak mengasyikkan

Ini merupakan percutian yang kedua sepanjang hidup Aliff. Kali ini berpeluang ke Pantai Cherating dan menetap selama 4 hari 3 malam di Impiana Resort Hotel. Wah kau, memang tak ingat punya cuti. Tak agak-agak. Biasa orang 3 hari 2 malam ajo. Ayah saje ambil lama-lama konon-konon nak merehatkan jiwa dan raga lama sikit.

Ayah dapatkan bilik di Impiana dengan harga yang murah melalui ajen di sini.* 3 malam dengan harga RM 5**.**. Ibu dan ayah pun teruja menyiapkan pakaian dan peralatan lain untu ke sana, antaranya gelang hindari nyamuk buat Aliff. Alih-alih dalam perjalanan pulang baru teringat tentang kewujudan gelang tersebut. Jadi kami sebulat suara bersetuju ada kemungkinan kakak cleaner telah membuang gelang tersebut ketika mengemas bilik kami. Kerana memang takda gaya barang berharga pun gelang tersebut. T-T


Dalam perjalanan ke Cherating sempat singgah di rumah girl, kenalan rapat ketika pergi umrah. Syukur, syok sangat dapat ziarah auntie dan adik Zulhilmi di rumah mereka di Tanjung Lumpur berhampiran Bando Kontan. Siap dapat mangga dengan bilis dari Terengganu sebab auntie baru pulang dari sana.

Sampai Impiana dah jam 8.30 malam pada 11/5/2011. Mak oi. Lama beno. Ekcelli bertolak dari Bangi dah lambat pastu singgah menyinggah lagikan mana la tak lambat.

Seperti yang semua sedia maklum di awal Mei, sekitar Lembah Klang menghadapi cuaca yang sangat panas. Dan elok setibanya kami di Cherating, keesokan paginya hujan. Ayah dan ibu dijangkiti batuk selsema. Hoi, tak bess ok! Kepala sakit, hidung penat dan rasa kering, mulut pecah. Tapi tetap bersyukur sebab apa? Sebab bila sakit, secara refleksnya ingatan pada Allah lebih. Sebab tu agaknya orang cakap Kalau kita sakit, Allah sayangkan kita. Sebab sebagai manusia memang tak lepas daripada kelekaan dunia. Bila Allah bagi sakit, baru nak ingat padaNya. Alhamdulillah, saya cinta Allah. Terima kasih Allah kerana sentiasa mengingatkan diri yang selalu lalai ni.

Tak banyak benda yang dibuat di sini. Dah kata pon nak rehat kan. Cheh, walhal sempat berjalan-jalan membeli belah tingkap di East Cost Mall dan Berjaya Mall. Dah gaya Midvalley ok. Bezanya takde MPH ajo. Stabak dan Bik Epel ada ok. Itupun dah cukup untuk kau-kau yang memang tak boleh hidup kalau takde dua spesis ni. Hehe jangan marah heeeee.

Ok enjoy pikasa since i dunno what story can be shared here.

Lobi utama Impiana Resort Cherating

Cafe tempat kiteorang breakfast setiap pagi

Pemandangan sebelah cafe

Aliff sedang beristirehat di dalam bilik sementara ibu dan ayah bersiap

Bergerak ke bandar Kuantan

Ayah sedang pilih dompet baru, dompet lama dah koyak

Ibu posing sebelum angkut Aliff dalam kereta
Pencarian baju mandi Aliff di Berjaya Mall

Dah jumpa baju mandi, apa lagi masa untuk terjun

Main pasir dulu

Main pasir dengan besfren, ibu itik

Ayah pulak join kita

Kesian ibu dan ayah, demam selsema terpaksa pergi bandar Kemaman cari ubat. Semua klinik tutup

Ayah mema suka capture pemandangan indah, subhanallah!
Ada buaian, ibu lepas gian


Ada kolam renang

Pemandangan di tepi pantai

Pemandangan senja dari bilik

Muka ketat

Insya Allah, a happy family

Aliff sronok dengar bunyi pantai

Hehehehhe

Good bye, Cherating

Then, Muar. Here i come..

Alhamdulillah, seronok berada di Muar kerana adik beradik sebelah abang, semua ada.

Bemanja dengan Cik Mimi

Kembar Aliff, beza kelahiran adalah 1 jam 20 minit

Sorang sedang aktif meloncat sorang lagi ngantuk di petang hari

Manja dengan nenek pulak

Abang, menari ke main badminton?

Ok, ni baru ada gaya

Abah pun boleh tahan..

Di Sabak Awor, Aliff tidur waktu lauk dah sampai. Terima kasih kerana memahami kehendak perut ibu

Complete. Erk, abang?

Amsyar, anak Along yang bijak

Banyaknya pinggan awak

Alhamdulillah, dah sampai rumah!

Posted in , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013