Sedangkan umur Aliff yang baru cecah 13 bulan ni jenuh ibu nak kena ingat semula, apatah lagi yang lepas-lepas ye? Maafkan ibu sayang. Ibu cuba ingatkan semula peristiwa-peristiwa indah kembali. Moral, dilarang bertangguh!
*tutup mata.....dua-dua belah*
*tarik nafas..... dan hembus*
Biarlah. Coretan kali ini ibu nukilkan dari hati ibu yang terdalam. Ye sayang.
Aliff anak ibu.
Ketika umurmu 11 bulan, itulah pengalamanmu yang pertama menyambut hari lebaran. Seperti rutin kebiasaannya (yang pastinya bukan dalam pengetahuanmu), ibu, ayah, atuk, nenek dan seisi keluarga akan berangkat ke masjid seawal jam 8.15 pagi bagi menunaikan solat sunat aidilfitri. Masih segar dalam ingatan ibu, Aliff bangun awal hari itu dan apatah lagi ibu yang semangat berkobar-kobar menyediakan kelengkapan pakaian untuk ayah dan Aliff. Saat yang menyentuh perasaan ibu adalah tatkala menyarungkan Aliff songkok di kepala. Allahu akbar! Besar sekali kasih sayang Allah untuk ibu, kerana menghadiahkan Aliff dalam hidup ibu dan ayah dan tanpa sedikit pun kekurangan pada dirimu, sayang.
Waktu ini Aliff belum lagi bersedia untuk makan apa yang ibu makan. Ibu masih membekalkan Aliff dengar bubur ayam dan kismis. Hampir dengan tarikh ulangtahun kelahiran Aliff, nampaknya Aliff dah bersedia makan makanan seperti ibu dan ayah. Dari permerhatian ibu, Aliff suka makanan berempah dan masam-masam. Pernah kita sekeluarga pergi kenduri di Muar Aliff melantak nasi beriyani sambil berpeluh-peluh! Alhamdulillah, selera makan Aliff bertambah-tambah, lega hati ibu. Tapi yang peliknya, misi beritahu ibu pada kali terakhir check-up Aliff satu tahun, berat Aliff masih kurang dan berada di bawah lain kuning kategori underweight. Beliau sarankan Aliff diberi makan coklat dan makanan berminyak. What de.. apa lagi, ibu mengambil kesempatan tumpang sekaki makan makanan berminyak bersama Aliff T___T
Seronok tengok Aliff makan dan minum guna tangan sendiri. Makanan paling diminati keropok ikan dari Terengganu. Cekodok pun suka juga.
Setakat ni, Aliff sering sebut abah, papa, pa, tata, taaa, caa ca. Tapi yang menjadi favourite Aliff adalah sebutan papa. Ibu pun papa, ayah pun papa kerusi pun papa cat pun papa dan semua pun papa. Sedang Haziq sepupu kembarnya dah sebut macam-macam termasuklah lampu! o em ji. Tapi yang bestnya, Aliff kalau nak atau nak tunjuk sesuatu dah pandai minta dan tunjuk. Sambil uh uh uh. Haih, comel yang AMAT! Yang paling ibu tak dapat tahan gelak, Aliff suka buat suara lain, haaaah haaaah guna anak tekak. Aliff jugak suka sembur-sembur air liur sambil apuh apuh apuh. Bukan itu sahaja, malah Aliff sangat suka mengigit orang, barang dan ibu! Sampai nanes-nanes ibu, Aliff buat! Wowowowowowo~
Anak ibu sorang ni dah pandai buat hal sendiri nampaknya. Selalu main dengan Mr. P, masuk rumah kotak, main pasir. Ada satu hari ibu cari Aliff tak jumpa, rupa-rupanya dalam rumah kotak. Haih- ini budak!Waktu ini Aliff belum lagi bersedia untuk makan apa yang ibu makan. Ibu masih membekalkan Aliff dengar bubur ayam dan kismis. Hampir dengan tarikh ulangtahun kelahiran Aliff, nampaknya Aliff dah bersedia makan makanan seperti ibu dan ayah. Dari permerhatian ibu, Aliff suka makanan berempah dan masam-masam. Pernah kita sekeluarga pergi kenduri di Muar Aliff melantak nasi beriyani sambil berpeluh-peluh! Alhamdulillah, selera makan Aliff bertambah-tambah, lega hati ibu. Tapi yang peliknya, misi beritahu ibu pada kali terakhir check-up Aliff satu tahun, berat Aliff masih kurang dan berada di bawah lain kuning kategori underweight. Beliau sarankan Aliff diberi makan coklat dan makanan berminyak. What de.. apa lagi, ibu mengambil kesempatan tumpang sekaki makan makanan berminyak bersama Aliff T___T
Seronok tengok Aliff makan dan minum guna tangan sendiri. Makanan paling diminati keropok ikan dari Terengganu. Cekodok pun suka juga.
Setakat ni, Aliff sering sebut abah, papa, pa, tata, taaa, caa ca. Tapi yang menjadi favourite Aliff adalah sebutan papa. Ibu pun papa, ayah pun papa kerusi pun papa cat pun papa dan semua pun papa. Sedang Haziq sepupu kembarnya dah sebut macam-macam termasuklah lampu! o em ji. Tapi yang bestnya, Aliff kalau nak atau nak tunjuk sesuatu dah pandai minta dan tunjuk. Sambil uh uh uh. Haih, comel yang AMAT! Yang paling ibu tak dapat tahan gelak, Aliff suka buat suara lain, haaaah haaaah guna anak tekak. Aliff jugak suka sembur-sembur air liur sambil apuh apuh apuh. Bukan itu sahaja, malah Aliff sangat suka mengigit orang, barang dan ibu! Sampai nanes-nanes ibu, Aliff buat! Wowowowowowo~
Masa bermain Aliff dan ibu adalah paling syok! Kita suka main cak (sambil Aliff lentokkan kepala 120 darjah), Aliff ambil buku My First Dictionary dan belek berhari-hari sambil tunjuk-tunjuk dan sebut uh, uh. Apabila Aliff dah puas belajar perkataan baru, Aliff ambil lagi buku lain dari atas meja baru beli di ikea yang ibu susun bertingkat-tingkat tu. Pap, buku tebal-tebal terhempap atas kak Aliff lalu, bermulalah alunan melodi indah pada hari itu.
Apabila Aliff mahukan sesuatu, Aliff dah pandai ekspresikan apa yang Aliff mahu, atau Aliff cuba panggil orang seperti Atuk, Ayah dan sebagainya. Macam biasa, hu, huh, huh. Aliff suka bagi ibu barang, suka suap ibu nasi, suka sikatkan ibu, suka bagi ibu minum air Aliff. Oh bahagianya!
Dalam tempoh ini, Aliff suka betul tonton video kartun dan nasyid. Boleh ralit. Tak bagus ye sayang tengok acap kali. Tapi setiap pagi lepas mandi, ayah mesti letak Aliff depan TV dan buka Barney, terkebil-kebil mata badan tak gerak-gerak. Nasiblah Aliff suka tengok siri itu sahaja. Nak sedapkan hati, dalam kereta ibu selalu pasang CD juzu' Amma dan nasyid Dhuha. Senyap terus.
Mentang-mentangla, Aliff membesar di sekitar orang-orang dewasa, mula-mula nampak rakan sebaya buat deeeek aja. Tapi, alhamdulillah lama kelamaan Aliff dah pandai bersosial dan berkawan. Pantang dengar suara dan nampak budak kecil (sebaya atau lebih kurang dengan umurnya) terus nak kawan. Sambil jerit-jerit panggil kawan, aaah aaah ahhh. Hasil didikan mak tehnya, Aliff kini menjadikan menjerit sebagai hobi. Tahniah, mak Teh!
Ni part yang paling klimaks sekali. Aliff boleh berjalan! Pada sekitar 3 minggu selepas ulangtahun kelahiran Aliff. *tepuk-tepuk tangan* Walhal, sebelum tu, ibu dan ayah dah jenuh latih Aliff berjalan siap buat latihan di Taman Tasik Cempaka (again?) Atuk, nenek dan family ibu yang lain pun ada latih Aliff. Jadi muscle Aliff mungkin dah kuat lalu bersedia untuk berjalan dengan sendiri. Lama jugak daripada tempoh Aliff mampu berdiri sendiri dengan Aliff mampu berjalan. Dalam sebulan jugak tu.
Setakat ini dulu yang ibu sempat coretkan. Maafkan ibu, banyak kisah-kisah menarik Aliff ibu tidak dapat fikirkan buat masa ini. Lepas ni ibu selawat banyak-banyak dan makan kismis makanan kegemaran Aliff ye sayang!
Sebagai kenangan ibu lekatkan foto-foto Aliff sebagai tatapan ibu di hari tua kelak.

Eksaited naik buaian cawat. Biasanya jarang jumpa buaian ni. Sekali jumpa, ibu yang muka tak malu cop dari awal sampai akhir
Muka ketat kena paksa pakai crown tipu dengan mak Teh/ mama Su
Ber-open house di rumah anti Ain, Gombak! Ibu dengan ayah kita makan banyak tak hengat
Seronok sangat dapat jalan-jalan dalam rumah ni sampai ibu terpaksa kendong Aliff yang menjerit-jerit nak tinggal dalam rumah ni lebih lama
Pengalaman pakai songkok memang tidak menyeronokkan-Aliff
Dengan Atuk, Mama Yayah dan Nenek. Kenapa muka Aliff muka aneh?
Dapat duit raya daripada kawan ibu cik D dan cik Laila, lalu ibu pun rembat
Eh, ayah nampaknya seperti kurus gitu
Atuk, Aliff ada gaya macam YB tak?
Pantang ayah keluar, Aliff nak ganti tempat ayah!
Hoyeh, hoyeh dapat kek beso
Gaya keuggulan
Ayah, tepilah. Bagi Aliff drive pulak!
Huu, ibu paksa kita pergi sekolah
Sementara ibu dan ayah melantak
Menziarahi awek anak kawan ibu, baby Zara Insyirah
Muka ketat lagi, tapi comel sikit
Tidok
Port paling best dalam kereta
Rambut sebelum dicantas oleh ayah
Mama Ya, we love you- Ibu dan Aliff
Hobi lain, main wallet ayah
Kudis kat muka akibat bacteria infection
Sepahkan bilik mak Teh. Arrrrr
Sekian titik
Update supaya ibu tidak lupa.
- Aliff suka tiup perut ibu
- Aliff dah pandai turun katil secara perlahan-lahan. Pernah suau ketika Aliff tersangkut kerana kaki tak sampai-sampai ke lantai
- Aliff suka buka laci dan kabinet dapur
- Paling suka di hatinya bantu ibu SEPAHKAN lipat kain.
- Aliff juga suka joget dan menari sambil tepuk tangan apabila mendengar lagu
- Pantang betul dia dengar suara budak kecil yang comel terutama iklan-iklan yang sebelum dan selepas rancangan kartun di tv3