Remaja seterusnya dewasa

Masa tu cepat sekali berlalu kalau diiisi dengan banyak perkara. Kalau dahulu saya bergelar seorang anak, pelajar, seterusnya isteri dan kini sudah memegang title ibu. Sahabat baik juga melalui pengalaman yang sama. Aturan Allah itu cantik sangat. Dia menghadiahkan orang-orang yang luar biasa dan hebat kepada saya.

Justeru, saya berasa untung kerana dipertemukan dengan sahabat yang baik-baik, cantik-cantik malah pandai-pandai pulak tu. Mengenali mereka adalah salah satu kenangan manis semanis madu dalam hidup saya. Selepas SMAKL, saya mengambil keputusan untuk bertukar sekolah ke SMKA Maahad Hamidiah Kajang. Waktu itu, saya di dalam kelas 2 Ali lalu Allah pertemukan saya dengan Nur Faezah Hadzir aka aunty Fae yang tempat duduknya di hadapan saya. Seterusnya, saat menunggu abah atau mama datang mengambil saya pada sebelah petang, Allah pertemukan saya pula dengan Alia Ali aka Mama Ya. Dalam kelas yang sama juga, saya bertemu dengan Najwa aka Aunty Yu tapi belum terlalu rapat.

Kemudian, apabila naik ke tingkatan 3, kami Liana aka Aunty Liana, Tiyah aka Aunty Tiyah dan Syaila aka Aunty Shila duduk dalam satu kelas yang sama. Manakala, Alia, Fae dan Najwa bersama Aniah aka Aunty Niah berada dalam satu kelas yang sama juga. Kami rapat tanpa disedari. Mungkin dek kerana banyaknya persamaan dan perbezaan yang menyenangkan antara satu sama lain, lalu kisah kami 8 orang pun bermula.

Banyak betul kisah lucu, suka, duka, gaduh-gaduh antara kami berlapan. Macam-macam hal yang kami buat tolak pukul dan buli je. Buat masa ni, tak dapat nak dikongsi di sini kerana otak tengah blur. Pasti akan dikongsi dalam entri-entri akan datang.

Pada kesempatan ini, saya nak kongsi perkembangan kami terkini.

Alhamdulillah, rezeki kakak sulung, Aniah bertemu jodoh dengan suaminya, Abg Wat sewaktu SPM dan melangsungkan pernikahan setahun selepas itu. Kisah mereka nampak simple dan mudah. Namun, saya percaya mereka dipertemukan dengan cara yang terhomat sekali dan penuh makna.

Langkah beliau diikuti saya 5 tahun selepas itu. Detik pernikahan saya bersama suami, Juan masih dirasai sehingga kini. Alhamdulillah, dikurniakan anak lelaki yang awesome sekali!

Setelah hampir 2 tahun selepas pernikahan saya, giliran Atiyah pula. Kisahnya saya anggap istimewa kerana penuh dengan kejutan demi kejutan. Daripada pertemuan dia dengan suaminya sehinggalah majlis pernikahan mereka. Alhamdulillah, dia kini juga bahagia bersama baby yang sangat comel dan gojes.

Dalam bulan yang sama, Liana dan suaminya Faeiz pula selamat diijabkabulkan. Kisah percintaan mereka bermula dari zaman sekolah lagi. Dan sememangnya pernikahan mereka dinanti-nantikan oleh semua orang. Kini, mereka bahagia bersama anak perempuan cinta hati, baby Sara yang memiliki mirip kedua-dua ibu dan ayahnya yang cantik dan hansom.


Bulan Mei yang lalu telah menjadi detik bersejarah bagi Syaila yang selamat dinikahkan bersama suaminya. Subhanallah, rupawan sungguh insan seorang ni.

Alia pula sedang menghitung hari dalam mengikut jejak langkah kami. Untuk makluman, Alia juga memiliki kisahnya yang unik. Saya antara insan yang teruja dan gembira setelah dia bertemu dengan tunangnya sekarang.

Antara Faezah dan Najwa, menjadi teka-teki dan bahan usikan kami antara siapa yang bakalan mengikut jejak kami. Apapun, doa semoga diberikan kebahagiaan buat kalian semua sentiasa dipohon.

Tak sangka, dulunya masing-masing sememeh, selebet, sengal dan semanyalah. Sekarang, secara rahsianya, masing-masing mempunyai personaliti yang menjadi inpirasi saya.

Hitam dan rindu.
Korang, korang. Aku cinta korang sampai selama-lamanya, tau!

Posted in , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Remaja seterusnya dewasa

Atiyah Azmi said...

Nadiah! Hahahha terharu awak buat entry ni :) Thank you. Love you and all the girls! May our friendship extend until the hereafter. Ameen
c

Nurul Nadiah+Khairil Syazwan said...

Eh tiyah, awak pun ada belog. Syoknya!Insya Allah, sampai bila-bila korang berada di hatiku

Search

JuaNadiah 2013