Archive for July 2014

Ramadhan jangan pergi

Bismillah.

Tips untuk 10 malam terakhir ramadhan - oleh Sheikh Tawfique Chowdhury: 


1) Jangan biarkan 'usaha' anda sebelum ini meninggalkan kesan dalam 10 mlm terakhir ini. Saat-saat pengampunan mungkin akan tiba malam ini atau bila-bila masa sahaja dalam malam-malam akan datang! Anda masih berkesempatan. Jika anda benar-benar inginkan malam anda di bulan ini lebih baik daripada sebelumnya, tingkatkan usaha dan bersedialah untuk lakukan yang terbaik! Mulakan dengan niat yg positif dan ikhlas! 

2) Malam ini, luangkan sedikit masa untuk membaca tafsir surah al-qadr untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku pada malam tersebut! Anda akan dapat merasakan lebih banyak lagi keagungannya dan kehebatannya! 

3) Jangan tunggu hingga malam ke 27 untuk berusaha sedaya upaya dalam ibadah. Kesemua (10) malam terakhir patut menjadi target anda. Berjaga malamlah pada setiap hari! Adakah anda mahu terlepas malam lailatul qadar walaupun dengan "tidak sengaja"? 

4) Jangan terjebak dalam mana-mana amalan bid'ah atau majlis keraian yang dianjurkan dan dipromosikan oleh masjid atau masyarakat. Ikutlah sunnah! Nabi s.a.w telah membimbing kita dengan cara yg mudah: "Sesiapa yg berjaga pada malam lailatul qadar dengan iman dan mengharapkan ganjaran dari Allah, semua dosanya yang lalu akan diampunkan" 

5) Hafallah dan mintalah do'a yg diajar oleh Rasulullah s.a.w: "Allahumma innaka 'afuwwun tuhibb al-'afwa fa'fu 'anni" ( wahai Allah, Engkaulah yg Maha Pengampun dan Engkau jua zhat yg sukakan pengampunan, maka ampunilah daku). 

6) Sediakan senarai pendek doa-doa yang anda ingin minta. Ingatlah bahawa inilah saat yang sangat hebat dan paling menakjubkan bg hamba-hamba Allah! Malam Kekuasaan malam penaqdiran! Pilihlah dengan terperinci setiap satu perkara yang anda inginkan bagi dunia, agama, keluarga dan akhirat anda! Jgn lupa juga saudara-saudara muslim kita yang sedang dalam kesengsaraan dan kesusahan ketika ini. 

7) Tidurlah seketika pada siang hari (qailulah) jika berkesempatan. Kurangkan makan dan tidur seawal yang mungkin selepas Isya'. Jangan melewatkn tidur. Selepas dapat tidur seketika, segarkan diri anda dan bersiap sedialah untuk beribadah. 


8) Janganlah lalai dan melupakan ahli keluarga anda. Rasulullah s.a.w menjadikan kebiasaan baginda untuk mengejut isteri-isteri baginda pada malam-malam ini. Ya, anak-anak anda juga tidaklah patut dianggap terlalu muda untuk berqiyaamullail pada sebahagian malam tersebut. Jika mereka boleh dibiarkan bermain video game atau menonton tv, mereka juga boleh diberi semangat untuk bangun buat seketika pd mlm itu. Sediakan mereka, jadikan mereka rasa teruja dan rancanglah aktiviti bagi mereka untuk dilakukan pada malam itu! 

9) Lihatlah pada fakta bahawa: cara kita berpakaian dan bersedia untuk sesuatu memberi kesan psikologi yang besar pada kita. Jadi, pakailah pakaian yang terbaik, gunakan wangian dan rasakan tenaganya! 

10) Pilihlah satu sudut/tempat, samada di masjid atau di rumah anda, di mana anda boleh bersendirian dengan tenang. Sediakan mushaf alquran, sejadah dan air berdekatan anda supaya anda tidak terganggu apabila perlu bangun banyak kali untuk itu dan ini. 

11) Penting: malam ini bukanlah waktu untuk pos gambar di tweeter atau update status fb tentang hebatnya malam ni, atau betapa seronoknya anda beribadah dan lain-lain. Biarlah ia menjadi rahsia antara anda dan Allah! Jadi, matikan telefon bimbit, wifi, laptop dan komputer anda. Putuskanlah hubungan dari perkara dunia dan berhubunglah dgn al-'afuww (Zhat Yg Maha Pengampun)! 

12) Jika anda dapati diri anda terasa mengantuk, pelbagaikan bentuk ibadah anda. 

Semoga Allah bg kita taufiq untuk beribadah pada malam yang sangat istimewa.

Ameen





Posted in , | Leave a comment

Tempahan brownies untuk berbuka dan raya dibuka

Bismillah

Menu juadah hari raya, mana satu pilihan anda?

Kalau soalan kat atas tu, aku nak jawab kuat-kuat boleh?

Pilihanku adalah, BROWNIES!

Ahaks.




Baking is always be my passion before herbalife.

Tapi raya kali ni berbeza, aku decide untuk ambil tempahan.

Since bulan puasa kali ni, banyak masa dihabiskan di rumah dan memang niat tak nak memenatkan badan sangat supaya boleh fokus perkara utama.

Jadi datanglah idea ni.


Salted caramel brownies in the house!

TEMPAHAN DIBUKA SEKARANG!

OPEN ORDER NOW!

Untuk berbuka puasa, snek dan raya SAHAJA.

Limited edition. Edisi terhad.

Bandar Baru Bangi, Kajang, Bandar Seri Putra, Nilai, Sg Besi, Serdang, Putrajaya, Cyberjaya, Puchong.



Mini pek RM 8. Memang tak dapatlah kat mana-mana beb.

Brownies dengan penuh rasa coklat. Crunchy di bahagian atas, moist di bahagian dalam.


Tips nikmati brownies dengan lebih enak dan sedap : 

1. Panaskan brownies dalam oven
2. Letak ais krim vanilla atas brownies 
3. Minum dengan susu

*suap ke dalam mulut, sambil pejam mata.

Again.


TEMPAHAN DIBUKA SEKARANG!

OPEN ORDER NOW!

Untuk berbuka puasa, snek dan raya SAHAJA.

0123141422

Limited edition. Edisi terhad.


Posted in , , , , , , | Leave a comment

Mati

Bismillah.

Korang pernah tak?

Tiba-tiba je rasa dah nak mati.

Bukan sakit.

Tapi rasa macam kejap lagi dah sampai ajal.

Lepastu mula lah panik.

Amal ibadah tak cukup nak bawak bekal ke akhirat.

Astaghfirullahal'azim.

Ramadhan jangan pergi.

Belum puas lagi aku manfaatkan mu.

Allah, jauhkan aku daripada benda-benda melekakan, hal-hal dunia yang tak pernah berkesudahan, cabaran-cabaran yang tak dapat nak elak.

Mudahkan urusanku, mudahkan perjalananku, mudahkan segala-galanya demi aku tinggalkan dunia untuk kerjakan ibadah demi akhiratku.

Ameen.

----

Oh man.

Tengah taip entri ni, tetiba breaking news!

Pesawat MAS terhempas. #MH17.

Gambar tragedi MH17 yang menyayat hati.





Takziah kepada keluarga dan kenalan penumpng pesawat tersebut.

Allahuakbar. Berita demi berita.

Allah jua sebaik-baik Pelindung.




Sesungguhnya benar-benar menginsafkan. Semoga kita tergolong dalam golongan yang bertakwa. 

Ameen



Leave a comment

Kau ahli Syurga



#muhammadfateh doakan teman-temanmu di sana nak. Mereka pejuang. Mereka tak berani dan tak mahu simpati dan rasa kasihan kita. Mereka cuma mahu doa orang-orang Islam. Semoga anak ibu membesar persis pejuang anak-anak kecil di Palestin. Masya Allah! Sambil bersyukur dengan rahmat dan rezeki Allah di sini.

----

Sedangkan aku tengok vidio anak-anak kecil kena paksa makan, ditampar, ditarik rambut di pusat jagaan pun, boleh menangis dan trauma. Inikan pula nak letak atau share gambar anak-anak kecil kita di Palestin sana cedera dan kanakn-kanak Palestin pergi menemui Penciptanya. Allahuakbar. Sesungguhnya kau ahli syurga nak. Damailah kau di sana.

Palestin, doa kami di Bulan Ramadhan penuh barokah ini bersamamu. Terima kasih kerana sentiasa menjadikan kami, mengingatkan kami, menginsafkan kami, member pengajaran kepada kami untuk bersyukur, untuk menghargai, menjadi lebih baik, mendidik jiwa-jiwa kami untuk berjuang berjihad ke jalan Allah dalam apa jua sekalipun situasi kami. 

Allahuakbar!

Allahuakbar! 

Allahuakbar!

Leave a comment

Resepi kuih raya senang | crispy crunchy caramel

Bismillah

Yey! Hoyye!

Akhirnya terlaksana jugak impian setahun lepas. Menghidam nak buat biskut ni.

Kebetulan hari tu, pergi YUMMIES untuk beli bahan buat brownies, sekali eh ada pulak terjumpa bahan-bahan nak buat crunchy caramel ni kan? So apa lagi, projek oven la kita.

Biskut ke kuih ke tak kisahlah. Tapi kudap-kudapan ni memang menghantui diri ini setelah sekian lama. Sebab google cara dia memang kacang gile nak mam kan? Lepas tu atas alasan apakah yang boleh aku bagi untuk tak buat kudap-kudapan ini wahai teman semua?

Yang tambah tak puas hatinya, hari tu nak buat benda alah ni, kedai alat dan bahan buat kek boleh dia tak tau apakah itu tepung florentine? Memang makcik panas je kan. Punyalah fofuler tepung ni tahun lepas boleh dia tak tahu. Ke aku yang salah sebut? Aku siap cakap ala yang buat biskut nipis tu kak. Pon tak tahu gak sabau jela.
RM15.90 d pest price so far. Only at YUMMIES, Bandar Baru Bangi



Kenapalah aku kasik intro punya baik untuk entri ni terhadap tepung di atas ni je?

Sebabnya, punyalah senang tahap 7 langit cinta kan? Apa perlu buat campu je bahan (badam,bijan hitam dan bijan putih) dengan tepung ni, ting siap!

Ting tu sekali kau kedip mana dik.





FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND

Rujukan : Kak Patmah Aspar

200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Kertas bakar kek, bukan kertas minyak ye. Takut melekat nanti payah cabut. Kertas ni boleh basuh dan guna semula.

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna
Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan. Guna pisau potong pizza lebih afdol.
Simpan dalam bekas kedap udara.

Ting!





Jangan terkejut tengok warna keemasan macam mahal sangat je kan biskutnya. Asalnya aku letak 10 minit. Kesilapan pada kali pertama ni aku pergi tambah lagi 10 minit. Memang takde kerja betul makcik ni. Ko jangan risau lah kalau masukkan 10 minit tapi tak keras lagi.

Karamel akan mengeraskan kekacang tu apabila dia dah sejuk. So masa dia tengah panas tu lah kita nak kena potong sesiap. Ye hadik-hadik sekalian?

Cak!

Ha inilah dia pakcik yang disyaki mengurangkan jumlah ais kat kelab kami. Haip, biasa tu dia!

----

Eh la, dah tunggu apa lagi dok belek belog hakak ni?

Dah amik kunci motor ke kereta ke gi kedai bahan buat kek cepat kasi settle kehendak tekak dan perut tu. Supaya raya nanti taklah jakun semacam kalau pergi raya rumah orang jumpa balang berisi kuih ni.

Da da~

Posted in , | Leave a comment

Sihat bertenaga di bulan puasa, glowing,langsing bergaya di hari raya

Bismillah

teringin

badan slim, kurus, berat ideal

dan

kulit cantik, glowing, mampan

di hari raya ni?

Lets make it happen!

Izinkan kami tunjukkan jalannya dan manfaatnya.

Dengan promosi seperti berikut.

------


PROMOSI RAYA AIDILFITRI

Mula program 10 hari di kelab (berdekatang dengan tempat tinggal anda)

atau

program sebulan dengan herbalife nutrition 
*tertakluk kepada syarat


(Whatsapp 0122551037 kami untuk kami cadangkan program untuk anda)


Contoh program

.
.
.
.
.
.

PERCUMA

Facial treatment dengan HerbalifeSKIN


-  bebas bahan kimia sulfate dan paraben
-  diuji oleh pakar kulit
- nampak hasil pertama kali guna 


Posted in , , , , , , , | Leave a comment

Resepi brownies paling senang paling cepat

Bismillah.

Sempena birthday Fateh hari tu aku memang malas nak renyah (leceh-leceh) ni. Jadi aku nak buat something yang senang, cepat tapi sedap ya ampun! Maka terjumpalah aku dengan resepi ni, sebenar dah lama jumpa cuma takde sebab nak buat. So sekarang ambik kesempatan ni buat terus!

Komen : 

persediaan nak buat dalam kurang sejam. Aku start pukul 6 petang lepas tidurkan Fateh. By the time bukak puasa dalam 730 petang dah habis bakar. Senang!

Pulak tuh SEDAP. Especially yang kerns-keras atas permukaan brownies tu. Oh my, terbayang-bayang daku tengah puasa ni. Pekena pulak dengan susu fresh milk di malam hari untuk moreh. Wajib buat raya nanti!

Memang idea juadah atau dessert yang paling senang untuk juadah raya nanti :))

Kek ni dalam 6 orang makan tahan jugak sampai 3 hari. Kalau untuk orang yang asyik makan macam kiteorang lah. Heheheh

So j0m try buat! Sekarang gal pergi kedai beli bahan. Sumpah senang!



Sumber dari Kak Ita  yang femes amos tu. Thank you kak ita. SEDAP SANGAT!

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES 

Buat aku tak lena malam

250 gm butter ~ potong kecil
400 gm coklat masakan ~ potong kecil

Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan. Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler. Atau boleh juga dicairkan dalam microwave anggaran masa 30 saat, kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin. Biarkan ia sejuk sebentar



90 gm tepung 
50 gm serbuk koko 
100 gm kekacang ~ di panggang dahulu Aku x pakai ni

Ayak tepung bersama serbuk koko. 

Kacang di panggang dahulu. Kalau masukkan dalam oven bakar pada suhu 170 selama 15~20 minit Kemudian campurkan kekacang dalam adunan tepung dan koko yang telah di ayak. 

* kekacang terpulang pada citarasa nak letak boleh tak letak pun boleh. 

5 biji telur ~ saiz A 
1 sudu teh esen vanilla 
1 sudu besar coklat emulco 
290 gm gula perang Aku letak 250gm je

Panaskan oven pada suhu 160 C. 

Sediakan loyang bersaiz 9X12 inc. Sapukan loyang dengan sedikit butter. Alas dasar loyang dengan kertas minyak. 

Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut.




Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi. Kacau rata.


Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan. Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat. 

* proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses untuk meratakan tepung. 

* Jangan terlebih pukul adunan, cukup sekadar ia rata dan bersatu. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Ratakan. 

* Kak ita corakkan sikit atasnya dengan coklat putih Aku pun try jugak, tapi tangan tak kretip, buruk jadinya. Baik letak gula icing je. Buat bentuk love ke huhu 

Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan sempurna. 

Setelah masak keluarkan dari oven. Rehatkan atau biarkan ia sejuk anggaran 10 minit. 

Potonglah brownies kepada kepingan. 

* Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk memotong brownies dengan segera.


Rangup di atas, lembut di dalam.



Selamat mencuba!


Posted in , , , , | Leave a comment

10 sebab kenapa Herbalife popular di Malaysia

Bismillah

SEMAKIN LAMA BUAT HERBALIFE SEMAKIN BANYAK PERKARA-PERKARA BUAT AKU LEBIH SAYANG KERJA YANG AKU BUAT SEKARANG NI.

Caps lock sebab geram. Hahaha
 

10 sebab kenapa Herbalife popular di Malaysia

1. Produk bagus


2. Ada coach yang monitor progress dan beri semangat dan motivasi untuk 100% mindset

3. Support system yang lengkap. SUPPORT GROUP


 

4. Healthy meal paling cepat, sedap dan penuh khasiat yang boleh disediakan


5. Produk yang telah diluluskan oleh kementerian kesihatan dari 91 buah negara dan 33 tahun

6. Menjadi pilihan utama para atlit dan setiap lapisan umur. Banyak cerita kejayaan dan ramai pelanggan berpuas hati


 

7. Dihasilakan oleh tim doktor dan sainstis mempunyai latarbelakang nutrisi


8.  Makanan gantian dan pengurusan berat badan no 1 di Malaysia dan dunia


9. Halal oleh IFANCA (JAKIM iktiraf IFANCA)


10. Gayahidup yang sihat yang boleh dikongsi dengan ramai orang dan sekaligus membuka peluang perniagaan di 91 buah negara

Image from http://fitclubunited.blogspot.com


Posted in , , , , | Leave a comment

Tempat makan best Bangi Gateway | Restoren HOMST Recipe masakan cina muslim


Tolonglah.

Tahun 2014 ni je dah berjuta kali (tipu) pergi sini.

Memang kiteorang pe’elnya begitu.

Tak reti tak pandai nak cuba kedai-kedai baru.

Jadi mana kedai yang dah rasa sedap, banyak kali lah akan menerima kunjungan kiteorang sekeluarga. 

Macamlah dekat HOMST ni.

Padahal cawangan dia ni kat tempat lain banyak je.

Tapi bila bukak kat Bangi barulah tau kewujudan kedai ni.

Kali pertama pergi, untuk sambut birthday abah 9 Jan.

Eh tetiba sambut birthday aku pun kat sini ke? daaaaa sangat~

Sebelum ni gila Sharin Low. Sekarang berpaling tadah pulak.

So review sikit lauk pilihan.

Jenis makanan
Masakan cina Muslim (Muslim chineese food)

Alamat
Level 2 Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi.

Masa operasi
Isnin-Ahad 11:00-22:00

 
Ikan kerapu deep fry fish ala Thai (nama belasah sebab tak ingat)


Komen : Sedap. Masam-masam manis. My all time favourite.

Ayam masak lemon




Review : Sedap cuma kurang crunchy. All time favourite jugak.


Sup tauhu



Revie : tak tahu nak komen sebab sekadar pembasah nasi jek. Tapi healthy amat! Pilihan yang sihat Kalau nak order sup, order sup ketam. SEDAP!


Butter prawn



Review : Untuk orang gila udang macam aku, udang ni memang sedap hamat. Lemak-lemak pedas sikit. Pedas yang tak pedas sangat. Kuah dia pun tak berapa muak sangat. Tapi janganlah hirup macam sup, memang la muak kan?

Harga?

Setanding dengan servis dan mutu masakan. Makan macam kat atas ni hampir RM100 4orang dewasa 1 orang budak kocik.

Rating : 4/5 bintang

Sekian. Jom serbu.

Posted in , | Leave a comment

Pecah hati Pecah tingkap kereta, lepas curi harap pulangkan balik segera!


Kali pertama.

Itulah dia.

Jangan bongkak.

Dengan dunia.

Sebab dunia adalah sementara.

Yang kekal, Allah cuma.

Terima kasih Allah, bagi kami peringatan begini.

Dengan tidak melibatkan nyawa.

Barang ka duit ka boleh dicari.



Kisahnya.

Ada orang tu.

Yakin sangat dengan cermin tinted safety dia.

Tak akan pecah cerminnya.

Sekali, sehari sebelum kenduri Kori.

Dalam perkarangan rumah.

 Hamek kau.

Kehilangan penimbang TANITA, dokumen herbalife, tablet dan jam tangan abang.

Alhamdulillah. :))))

Leave a comment

Kisah mata lebam & kaki n tangan melecur Fateh

Bismillah.

9 Ramadhan dah. 

Sekejap je kan korang? 

Masa memang betul-betul cepat berlalu ke aku yang emosi sangat ni. Takut pulak leka sangat dengan dunia, berlalu lagi Ramadhan macam tu je. Tahun ni punya cita-cita Ramadhan dah la besar. Ok kali ni ibu takkan bebel banyak sebab ibu nak fokus kepada anak ibu yang hero no 2 tu. 

Hero no 2. 

Muhammad Fateh Bin Khairil Syazwan. 

Balik je abang dari Filipina, dengan rasminya kelab kami beroperasi pada awal bulan 5. 

Waktu itu, adik Fateh jatuh walker 3 anak tangga. 

Matanya sepet terhentak macammana pun tak diketahui. Kakinya juga cedera. Tapi doktor kata ok. Nothing serious. 


 
 
Yang serius adalah hati ibu. 

Memaki hamun diri sendiri atas kecuaian. Menyebabkan ibu murung dalam 2-3 hari juga. 

Dan kisah lain pula berlaku selepas kami betul-betul determine dan committed gila untuk bekerja 2 minggu selepas buka kelab, iaitu pulangnya daripada EXTRAVAGANZA. Kalau nak cerita kisah adik Fateh ni memang bukan menitik dah air mata malah boleh berjujuran. 

Adik Fateh mukanya memang tenang. Walaupun susah menghadiahkan ibu sebuah senyumannya yang manis, apatah lagi tawa yang mengekek, namun jauh di hati ibu amat yakin dengan kehebatan adik Fateh. 

Adik Fateh seorang yang kuat. Sejak lahir lagi latihan demi latihan Allah beri pada adik Fateh. 

Parut tangannya yang dicucuk acap kali untuk ambil darah ketika di NICU masih berbekas lagi, boleh ditambah lagi dengan parut demi parut yang lain. Apabila kami bersemangat waja untuk bekerja, Allah bagi lagi hadiah pada kami. 

Adik Fateh demam. 

Bukan sehari tapi hampir 4 hari. Dalam keadaan demam, ibu bawa juga ke roadshow. Apapun selepas consider beberapa perkara. Bukan samberono je ok. 

Alhamdulillah, adik Fateh memang kental. Dan akhirnya hari keempat beliau sihat dan ceria lagi. 

Waktu ni, waktu di saat tengah semangat kan, bila berlaku hal macam ni boleh jatuh semangat kau kan? Tapi alhamdulillah kami berdua positif seakan dah lali dengan ujian demi ujian. Allahu akbar, Allah beri pinjam kekuatan pada kami. 

Belum cukup lagi tu. 2-3 hari kemudian, berlaku pula latihan yang lain pula. 

Kali ini adik Fateh terlanggar cerek air panas. 

Melecur kaki dan jari kelingkingnya. 


 

Allahu. menangis tanpa henti lebih sejam. Lalu kami putuskan untuk bawa ke klinik. Di klinik, misi bagi ubat tahan sakit, lalu ketiduran malaikat kecil ini. 
.

Hati ibu mana tak pecah berkeping-keping tengok anak dalam keadaan macam ni. 

Yang masih kecil. Yang masih tak pandai mengaduh. 

Dik Fateh. Ibu sayang dik Fateh. Dik Fateh jangan marah ibu ye. 

Ibu tak dapat bagi lagi dik Fateh yang terbaik. Ibu usaha lagi ye sayang. 

Waktu ni aku hampir rebah. Hampir putus asa. Hampir mengalah. 

Tapi aku silap. Rupanya Allah hantar peristiwa ini untuk aku muhasabah. 

Allah tunjuk betapa kuatnya adik Fateh, sebagai tambah nilai kepada mutu kerja kami sekarang. Supaya kerja kami lebih berkualiti, lebih kuat, lebih rajin dan lebih ikhlas. Allahu Allahu! 

Betul. Anak-anak nampak je nakal. Nampak je hal macam-macam. 

Tapi itulah dia kekuatan dan pengajaran terbesar buat kami ibu ayah yang masih belajar. 

Ada lagi ke sebab lain yang boleh buat aku mengalah. 

Ada lagi ke sebab lain untuk aku rebah. 

Ada lagi ke sebab lain untuk aku malas. 

Kalau ada, masuklah ke dalam kamar anak-anakmu Nadiah. 

Dan lihatlah, tenunglah sedalam-dalamnya. 

Wajah anak-anakmu itu ketika tidur Nadiah. 

Itulah wajah yang memberi maksud sebenar mereka ketika itu. 

Tenang, bersih, sangat mengasihani. 

—— 

Adik Fateh, 

Andai nanti ibu dah takde di muka bumi ni. 

Andai nanti adik Fateh terbaca coretan ini. 

Maafkan ibu, sayang. 


Ketahuilah ibumu ini, sentiasa berusaha menjadi lebih baik, lebih baik, lebih baik untuk mu, abangmu dan adik-adikmu. Ibu yakin dan sentiasa berdoa, adik Fateh menjadi seorang yang luar biasa dan hebat! 

Ameen.

Posted in , , , | Leave a comment

Fateh 1 tahun


Rasa macam baru je kali pertama tengok matanya, senyumannya, tawanya, goleknya, suaranya, meniarapnya, merangkaknya, genggamannya, tangisannya, jatuhnya, berdirinya. Tiba-tiba hari ni dah 1 tahun di atas muka bumi Allah ni nak. 

Fateh, ibu tau kau hebat. 

Ameen

Posted in | Leave a comment

Kenduri Kori dan Ecah di Sg Ramal Dalam

Bismillah.

Ni kisah bulan 4 yang lepas.

Sekarang dah masuk bulan 7.

Nadiah. Nadiah. Mana ko pigi hah.

Alhamdulillah all went well. Masya Allah banyak betul Allah mudahkan pada hari ini. Walaupun banyak betul benda berlaku sebelum ni. Terima kasih Allah atas semuanya.

Cuaca baik.

Makanan sedap, masya Allah.

Sempat jumpa Wan Azizah! Itu paling penting.

Semua cantik. Termasuk kakak penghantin. Ahaks.

Sedara mara, kawan-kawan semua yang masya Allah banyak membantu dan bagi kerjasama luar biasa. Jazakallu khairan. Allah jua sebaik-baik membalas segala kebaikan.

Tak lupa kepada semua tetamu kehormat kami yang datang ke walimah dan membawa rahmat.

Dedikasi penghargaan paling utama untuk mama, abah  dan kak Ina tonggak utama kepada majlis ini.

Eh ko plak yang macam penghantin.

Tahniah Abqari dan Khalisah. Atas segala usaha dan doa untuk majlis ini.

Semoga bercinta dan bahagia sehingga ke Syurga



Pelamin


Photobooth

Tetamu kehormat

Lagi, tetamu kehormat yang senyum sokmo

Jalan menuju ke meja penghantin

Tuan rumah yang hansom can cantik

Kek penghantin


kakak penghantin yang vogue


Ok. Next, siapa?

Posted in , | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013