Archive for 2011

Happy birthday adik bongsu, Nurul Najwa Binti Nawai

Ini
gosip partnersahabat, kawan, teman baik dari
kerusibangku sekolah lagi.

Nama beliau adalah Nurul Najwa Binti Nawai. Seorang yang cool dan chillah beb.


Hari ini merupakan ulangtahun kelahirannya yang ke 26 tahun. Awet muda? Dialog saya dari sekolah untuk beliau, (cuma ubah angka umur sahaja) " Orang lain dah nak 27 tahun, mung baru nak masuk 26 tahun."

Takpelah Najwa asalkan awak sudah ada lesen kereta, kita tidak risau lagi. :P Cuma satu ja aku tak puah hati ke mung. Bakpe mung gi belajo jauh ke Jemeng nung! Kang susoh doh nok jupe (baca: gosip)!

Sehari sebelum beliau berangkat ke German, kami sempat bertemu dan bersembang lama. Kebetulan keluarga saya juga punya rancangan sarapan di food court precint 8, Putrajaya. Maka, jadilah sang Najwa plus 1 (gelaran diberi kepada orang asing dalam sesebuah geng/kelompok/keluarga)!

Sebenarnya, jujur saya katakan berat hati nak lepaskan Najwa pergi, perh Najwa tu siapa untuk engkau, Nadiah? Ini kerana dia pernah meninggalkan kami juga sewaktu sambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dulu. Kali ini pergi lagi. Memang marah!

Satu pagi di Putrajaya melantak nasi lemak gerai yang selalu ramai orang beratur panjang. Aliff macam biasa, dengan karenah dia. Mujurlah adik mokcik-mokcik peneman setia sambil ibu melepas geram pada aunt Yuyu. Hins, hins hins.



Ok. Nampak tak plus 1 di situ. Kah kah kah. Selepas perut kenyang dan kepala otak berpinar hasil sembang punyalah lama, kami menuju ke rumah idaman yang dalam proses furnishing terletak betul-betul berhadapan dengan tasik Putrajaya. Harganya? Sila terkejut, RM 1.5-2.3 juta. Malas nak cakap. Kami boleh setakat berangan sambil bersiar-siar di sekitar rumah sahajalah. :|



Ucapan untuk Najwa sempena hari istimewanya, Najwa kita kawan sampai bila-bila eh? Kalau gaduh-gaduh, menyampah dengan kita ke, masih kawan, ok? Sebab kita dah terlalu sayangkan awak, walaupun awak banyak geng lain. Jangan marah ha.


Cepatla pulang,

Najwa..

Posted in , , | 1 Comment

Homemade paint

Mak-mak semuanya apa khabar? Ada yang rancang-rancang nak goreng cekodok pisang ke petang ini? Kuih kegemaran saya! Tapi kalorinya tinggi banget, sehingga 300 kalori. Boleh makan, tapi jangan ambil terlalu banyak, macam makan nasi pulak. Ah, sudah!

Baiklah, ibu Aliff tak sabar lagi nak cerita satu perkara.

Have fun with colours!


Apa kata kita tinggalkan sebentar alif, ba, ta.. dan a,b,c.. dan kita berseronok dengan dunia warna-warni. Yeyerhhh

Ok Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh mak-mak semua adalah tarik nafas panjang-panjangg dan hembuuus. Fuuuuuhh fuuuh. Kenapa? Ini penting kerana kita semua akan berdepan dengan keadaan yang luar biasa akibat kekreatifan melampau si cilik itu nanti.

Yang seterusnya barulah kita sediakan persiapan yang lain contohnya baju yang tidak digunakan lagi untuk dipakai anak yang berseni itu, tikar khas, kertas sebesar-besar alam untuknya, dan macam-macam lagi.

Ketiga siapkan alat mewarna. Resepi cat warna adalah seperti berikut :

  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 2 cawan air
Macammana nak buat? Begini ye puan-puan :
  1. Campurkan semua bahan di atas dalam sebuah periuk dan masak atas api sederhana.
  2. Gaul-gaul sehingga adunan menjadi sedikit likat. Ikut kepada citarasa masing-masing nak anak main cat warna likat mana.
  3. Tutup api dan sejukkan.
  4. Letak pewarna, letak sedikit sahaja. Takut nanti lekat di tangan anak pula.
  5. Simpan dalam balang comel.
Siap. Mulakan latihan kreatif anak anda.
Agenda selepas mewarna menggunakan cat, kita warna menggunakan pensel warna pula :))
Selamat mencuba!



Anak perlu diperhati, takut cat warna dimakan pula nanti! Aduh, Aliff, Aliff.

Posted in , , , | Leave a comment

Resepi tiramisu | senang kacang goreng

Maaf ye semuanya, walaupun tiramisu ini memang tinggi nilai kalorinya tapi ianya juga mengandungi nutrisi yang baik. Ini kerana saya tambah 1 sudu besar shake Formula 1 Herbalife yang mengandungi 15 nutrisi sihat. Jadi, tak usah tunggu lagi, sekarang juga pergi godek dapur atau ambil kunci kereta pergi kedai jual bahan kek dan beli bahan-bahan buat tiramisu ini. Kalau tak cuba, menyesallah anda seumur hidup :|

Apa yang saya cuba nak sampaikan adalah *sila baca tajuk entri ini sekali lagi.

Resepi Tiramisu Senang Kacang Goreng.

Bahan-bahan yang terlibat

  • Biskut Sboiardi ladyfinger ada dijual di kedai jual bahan kek
  • Susu 250 ml
  • 1 sachet milo 3 in 1
  • 1 sachet nescafe kecik tu
  • 1 sudu besar Herbalife shake Formula 1 perisa Cappucino
  • 250gm creeam cheese (make sure ianya pada suhu bilik waktu nak putar. Kalau tak berketul macam saya punya kerana masih sejuk. Dah lambat masa ni)
  • 400ml whipping cream

Cara-cara pembuatannya adalah :
  • Masukkan susu+milo+nescafe ke dalam blender dan kisar eh putar. Kisar itu untuk pepejal.
  • Kemudian apabila sebati, masukkan dalam mangkuk dan letak dulu dalam peti ais.
  • Sekarang, letak cream cheese dan whipping cream ke dalam sebuah mangkuk besar dan putar menggunakan hand whisk pada kelajuan sederhana dan sedikit demi sedikit kuat. Apabila kehilatan seperti fluffy dan agak kental boleh berhenti.
    Tips: Sekiranya krim terlalu kental/keras campurkan sedikit susu. Jangan banyak sangat, takut cair pula.
  • Part paling ditunggu-tunggu! Sediakan mangkuk cantik.
  • Ambil satu demi satu biskut ladyfinger dan cicah ke dalam susu yang disimpan dalam peti sejuk tadi kemudian letak dalam mangkuk. Jangan rendam lama sangat takut nanti terlalu lembik jadi tak sedap pula. Atur satu-satu ladyfinger yang diciccah ke dalam mangkuk
  • Apabila dan penuh satu lapisan dengan biskut tadi, sapukan creeam cheese yang diputar tadi dan ratakan seluruh permukaan biskut.
  • Ambil 1 sudu milo dan letak ke dalam penapis kecil dan tepuk-tepuk penapis tersebut di atas cream cheese tadi.
  • Lapisan kedua, ulang balik kek dah kat atas tadi
  • Siap dan simpan dalam peti ais. Kalau ngap dulu, tak berapa sedap. Makan sejuk-sejuk memang terbaek!
Esoknya. Ngap sampai habis.

Uploaded from the Photobucket Android App

Uploaded from the Photobucket Android App

versi comel

Mesti cuba. Memang sedap! *lap-lap mulut.

Kalau tak cuba? Rugi. Saya tak jamin.

Posted in | Leave a comment

Sofiya Binti Ahmad Aiman

Hari minggu yang penat, padat dan puas!! Fuh, ibu yang lebih seronok daripada Aliff kerana dapat bertemu dengan gang kepoci ibu. Memang seronok sangat-sangat! Ok kita sudahi dulu keterujaan diri sendiri dan beralih kepada anak gadis manis yang satu ini. Sofiya Binti Ahmad Aiman.


Foto bawah ni, Aliff dating dengan Sofiya. Sofiya jual mahal ye. Kui kui


Melihatnya membesar depan mata, hari demi hari menguatkan lagi kasih sayang aku padanya. Puteri sulung Atiyah ini benar-benar sesuatu buat aku. Pandangan matanya yang tajam dan kadang-kadang suaranya yang nyaring seakan-akan memberitahu apa yang dia mahukan dengan jelas. Dari Sofiya dalam perut lagi aku gembira dan tidak sabar-sabar lagi menantikan kehadirannya seperti aku nantikan Aliff dulu.

Acap kali juga setiap kali menatap foto Sofiya pastinya terbayang Aliff kerana wajahmu seakan serupa dengan Aliff. Ada satu waktu, pedihnya hati melihat kulitmu kemerahan akibat gatal-gatal namun mamamu pastinya lebih rasa sakit melihatnya. Mamanya dan aku seringkali kita bersms-an, bertukar-tukar cerita, saling mengadu antara satu sama lain. Maniskan persahabatan ketika kita berada dalam situasi yang sama, Atiyah? Kini, Atiyah menanti berita gembira sekali lagi sedang aku saling bergusti dengan Aliff. Sabar, nak. Ada rezeki kita nanti ya.

Hari Ahad yang lepas, ibu, Aliff dan ayah bersama-sama teman lain menyambut hari bahagia Sofiya. Eh, bukan bahagia yang itu. Itu nanti dalam 20 tahun lagi.

Alhamdulilah meriah dan Aliff kerjanya satu sahaja. Bejalan ke hulur hilir!













Daripada makan, nyanyi, gelak, berfoto, bersembang, makan lagi sekali, berfoto, games, kejar Aliff, tolak Aliff naik basikal Sofiya, naik sahaja kereta, Aliff pengsan terus. Lega Mak! Sekian parti ulangtahun kelahiran Chopiya.
.
.
.
.
.
.

Setahun telah berlalu.
Sofiya sayang Cik Na, jadilah muslimah yang baik tutur katanya, kemas gaya penampilannya, baik perbuatannya, kuat amalnya, tinggi ilmunya dan jadilah sehebat mamamu sayang! Amin ya Rabb.

Ok tiada kena mengena dengan entri tapi nak cakap juga. Serius, baju yang saya pakai di bawah antara baju lama yang dah dibuang daerah. Tapi tergerak hati nak pakai semula. Mujur, muat dan selesa lagi! Curi gambar Dr Atiyah.


Muka ketat, aku macam bagus.

Posted in , | Leave a comment

10/12/2011 dalam dilema



7 hari berlalu.

Alhamdulillah Alia Ali selamat menjadi isteri yang sah kepada si jejaka Wan Adli. Teman baik yang dahulunya, aku menjadi tempatnya bercerita, bergelak tawa, bertepuk tampar, meminjam bahu untuk tidur, menangis, meluahkan perasaan, mengumpat, mengutuk dan sebagainya kini sudah menjadi milik orang.

Sambil melihat foto-foto lama kami bertudung labuh semuanya di bangku meja sekolah, teringat kembali detik pernikahannya. Pagi itu, aku dan suami seperti biasa bersiap menuju ke pejabat sambil dalam kepala otak merancang untuk ambil cuti separuh hari bagi membantu persiapan perkahwinannya. Kawan baik aku, Atiyah beritahu yang pernikahan Alia adalah pagi yang mana malam tadi sewaktu bersembang dengan Alia, apabila dia juga menyebut nikahnya waktu pagi aku sambil gelak besar dan berkata, "Tuk Qadi pun tak bangun lagi". Beliau juga turut gelak membuatkan aku menyangka itu adalah gurauan.

Rupanya itu adalah kenyataan.

Selepas terima mesej Atiyah, apa lagi aku terus hubungi Alia yang waktu itu sedang make-up! "ALIA, AWAK NIKAH PAGI KE?" (capslock menandakan itu adalah jeritan yang sangat kuat). "Nadiah, aku tengah siap-siap ni make-up". (Kecik sebab Alia sedang berbisik)

*Kabut*

Bersiap tahap dewa ekspres. Capai baju itu dan ini sarung baju Aliff sediakan baju ayah dan ibu cari tudung gosok tudung kemas-kemas sikit barang nak bawa sebab bawa Aliff dan siap! Sila baca dalam satu nafas. Hins hins Aku yang tak sempat gosok baju hanya sempat capai baju pengantin 3 tahun lepas dengan harapan tidak ketat dan masih muat. WAHH! Terkejut, apabila disarung baju itu, masih longgar dan selesa dipakai. Bagi yang berminat turun berat badan tanya saya sekarang! 0122551037 :))

Apabila tiba di rumah Alia kebetulan Aniah dan Atiyah juga baru sampai. Ah, jumpa Sofiya si gadis manis sorang ni memang buat aku hilang sabar. Tetapi tidak berpeluang bermain-main dengannya kerana begitu ramai tetamu di rumah Alia. Masuk sahaja rumah, Aunty Nyonya ibu Alia menjemput kami duduk berhampiran dengan Alia. Secara jujurnya, rasa nak menangis di sti juga sebab yelah, dalam kesibukan dan ramai-ramai orang kita masih diberi perhatian lagi.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar walaupun Uncle Ali nampaknya sukar melepaskan anak tersayang yang sangat meriah dan gila-gila serta agak manja di rumah kepada insan lain. Pandai-pandai je aku. Tapi dari kaca mata aku yang tidak bekaca mata ini begitulah. Pengantin lelaki terpaksa ulang 3 kali lafaz gara-gara salahs ebutan oleh bapa pengantin perempuan.

Aku memang sedih gila, sayu dan rasa nak menangis. Tapi disebabkan Aliff buat hal, ajak aku lepak dalam bilik TV sambil dia guling-guling memang tak feelinglah kan. Elok je selesai, majlis tiba acara makan, Fae pun sampai. ALHAMDULILLAH! Walhal dah hasut dia ponteng kerja tadi. Dapat pun makan sama-sama. Atiyah dan Aniah pula terpaksa pulang awal. Tidak sempat masuk acara bercerita tanpa henti daripada setiap wakil dari zon masing-masing-Sg Ramal, Bangi, Country Height. Haih~

Pada kesempatan ini, aku nak karangkan warkah buat sahabat tecinta yang baru bergelar isteri, Alia Ali.

Alia, perkahwinan dan cinta itu anugerah Allah yang amat bernilai. Suami itu maruah dan kau adalah lambang kebahagiaannya. Pelihara dan hargai hubungan itu pada setiap nafas kau.

Hari ini kau belum begitu mengenalinya. Esok lusa bunyi tapak kasutnya juga kau sudah kenal. Nanti nafasnya dirindui sepanjang masa.

Baik buruk suka benci itu tetap ada dalam perkahwinan hari ini esok dan bila-bila.

Kau dan dia gaduh, tak apa. Nanti rajukmu ada yang pujuk.

Kau dan dia tak sependapat, tak apa. Yang penting hati kau dan dia sama.

Hari ni kau malas dia rajin tak apa. Esok lusa kau rajin dia masa malas dia pula.

Apapun yang berlaku.

Semoga kau dan dia sentiasa berusaha untuk mencambahkan cinta setiap hari atas dasar bahagia dan kerana Allah Taala.


Kasih sayang yang kau beri pada aku tak akan lupakan sehingga hujung nyawa.

Apatah lagi kasih sayang aku pada kau tak kurang sedikit pun walau kau sudah kepunyaan orang.

Selamat pengantin baru, sahabatku dunia akhirat

Nadiah





























Penat, balik buat sepah. Ayah terpaksa beredar awal kerana punya kerja di KL.

Sepatutnya pada hari resepsi Alia, aku punya satu lagi resepsi yang cukup penting buat aku. Hari bahagia sahabat baikku ketika sama-sama mengerjakan umrah, Nur Wahidatul Aziba. Memang sedih gila apabila terpaksa membatalkan niat untuk menghadiri majlis tersebut. Terbayang-bayang muka kecewa dia, haih, tak sanggup sebab nanti bertambah sedih.

Abah, mama dan Inayah sahaja yang berpeluang ke sana.
Girl, insya Allah walau tak dapat datang ke walimah girl, kita selalu doa girl seronok dan happy sentiasa bersama suami tercinta. Tahniah dan selamat menempuh alam rumahtangga yang berwarna-warni.


Nadiah

Posted in , | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013