"Kabir, soghir, Kabir, Soghir, SUBHANALLAH!! Wuuh, wuuuh, wuuuuh wuuuuuh!"
Petikan lagu Hadiqotul hayawanat kedengaran di radio IKIM 91.5FM. Kali pertama mendengarnya, seakan-akan menarik minat untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut. Rupa-rupanya saya tidak keseorangan. Suami juga berminat dengan nasyid tersebut. Selepas, melihat beberapa promosi dan iklan suami nekad untuk mencari album nasyid bahasa arab oleh kumpulan Dhuha. Apa yang kami tahu kumpulan ini adalah adik beradik, comel kan? Sama-sama nyanyi lagu bahasa arab. Mesti seronok.
Pada suatu petang, hari itu saya cuti. Seperti petang-petang yang lain selepas waktu kerja, suami mengambil saya dan Aliff di rumah Sg Ramal (rumah nenet Aliff) untuk dibawa pulang ke rumah. Kata suami dengan muka teruja, "cuba teka, abang beli apa?" Sambil tangan tekan butang CD di radio.
Cuba teka?
Pandai pun? Ayah Aliff beli CD Dhuha dengan tagline Jom Menyanyi Bahasa Arab. Kali pertama lagu itu dimainkan, Aliff terus diam dan fokus kepada suara adik-beradik Dhuha yang tersangat comel! Dalam kepala otak ibu berfikir, barangkali ini boleh dijadikan senjata rahsia untuk Aliff duduk diam dalam kereta. Ini kerana sejak umurnya 11 bulan ligat memanjat, berjalan dan duduk di bawah lantai kereta. Sampai letih ibu, tak ada idea nak pujuk dia duduk sopan dan santun.
Sekarang tidak lagi dengan CD lagu bahasa arab Kumpulan Dhuha! :)))
Setakat ni hampir 3 bulan sejak CD tersebut dibeli oleh suami dan apa yang saya boleh katakan mengenai CD tersebut adalah :
Kalau tidak silap saya, pengedar CD ini adalah Saffron Integrated Marketing yang jual Jus Tok Guru tu. Untuk yang menetap di Bandar Baru Bangi, boleh dapatkannya di premis Saffron Integrated Marketing di Seksyen 9 rumah kedai sederet dengan Papa Rich. Harga CD Dhuha - Jom Menyanyi Bahasa Arab RM 20.00.
Sekarang tidak lagi dengan CD lagu bahasa arab Kumpulan Dhuha! :)))
Setakat ni hampir 3 bulan sejak CD tersebut dibeli oleh suami dan apa yang saya boleh katakan mengenai CD tersebut adalah :
- Lagu-lagu yang dimainkan adalah lagu kanak-kanak yang biasa kita dengar dan rancak. Jadi, ibu bapa dan anak-anak cepat tangkap melodi dan easily get familiar with. Antara contoh melodi adalah daripada lagu Bapaku pulang dari kota, Happy birthday.
- Melodinya bagus dan ceria
- Suara kanak-kanak yang dapat menarik perhatian anak-anak
- Ini bahagian yang paling saya suka, bahasa arabnya jelas dan sebutannya tidak terlalu laju. Bak kata orang Terengganu, boleh dengar sebutir-sebutir.
- Saya amat sarankan kepada ibu bapa yang ingin mendidik anak mahir bahasa arab. Kita mulakan sekarang! Iya, sekarang. Walaupun anak kita masih belum bercakap
- Apabila anak terbiasa dengan bahasa arab, mudah manjakan dia dengan al-Quran. Insya Allah
- Amat sesuai untuk pembelajaran di sekolah peringkat rendah - JQAF
- Aliff amat menyukai SEMUA lagu dalam CD ini. Ada satu hari kami melawat nenek Aliff sebelah suami di rumah kakaknya di Bangi. Saat pulang, ibu, ayah dan Aliff masuk sahaja kereta terus Aliff tekan butang on CD supaya semua yang ada di situ boleh dengar lagu kesukaannya. Beliau siap kuatkan volume lagi.Wah, wah anak ibu. Eksyen ya!
1. Alu-aluan.
2. Kebersihan Adalah Sebahagian Daripada Iman
3. Di Rumah Kami
4. Wahai Pendidik
5. Bulan-Bulan Hijriah dan Masehi
6. Hari Jadi
7. Ke Zoo
8. Keluarga
9. Hari-Hari
10. Tubuh Badan Saya
11. Alatan Belajar
12. Warna-Warna 1
13. Warna-Warna 2
14. Mari Belajar Bahasa Arab
Kalau tidak silap saya, pengedar CD ini adalah Saffron Integrated Marketing yang jual Jus Tok Guru tu. Untuk yang menetap di Bandar Baru Bangi, boleh dapatkannya di premis Saffron Integrated Marketing di Seksyen 9 rumah kedai sederet dengan Papa Rich. Harga CD Dhuha - Jom Menyanyi Bahasa Arab RM 20.00.
Pst : Saya berkesempatan bertemu dengan bonda dan ayahnda anak-anak Dhuha ini. Sungguh-sungguh terinspirasi daripada beliau. Pengalaman dan bakat yang Allah kurniakan kepadanya, benar-benar dimanfaatkan!
Sumber imej : Carian google.com
Post a Comment