Resepi puding karamel senang

Hari ini kami sekeluarga berasa amat seronok menerima kunjungan keluarga sebelah suami ke teratak kecil kami. Walaupun masa agak suntuk untuk masak secara serius, yang melibatkan makanan yang sedap-sedap, alhamdulillah sempat juga siapkan puding karamel, tiramisu dan spageti bolognese. Juadah spageti memang penyelamat dunia kami yang jenis masak lambat ni.

Berikut saya suka nak berkongsi resepi puding karamel paling kacang dalam dunia, resepi daripada mama kesayangan saya yang super duper yummy.Mama memang rajin bawa juadah setiap kali kenalan ada buat makan-makan. Kuih tradisional dan puding karamel pasti jadi pilihan beliau. Tempoh penyediaannya pun singkat. Insya Allah.

Aliff boo layan puding ibu

Puding karamel

Bahan-bahan :

Untuk karamel : 50gram gula
Untuk pudding :
5 biji telur
1 tin susu cair
100 gram gula
1 sudu kecil vanilla essance
1 sudu besar tepung kastad dikacau dalam 1 cawan air

Cara buat :

1. Ambil tin/acuan untuk buat puding dan letak gula untuk buat karamel.

2. Panaskan atas api sederhana sehingga nampak coklat keperengan. Pegang acuan dengan kain/sarung tangan dan adjust ke kiri dan kanan supaya karamel iaitu gula keperangan tadi berada di semua permukaan acuan. Sekiranya gula terlalu kering atau ingin banyakkan kuah karamel boleh letak sedikit air dalam 2-3 sudu besar dan tunggu lama skit untuk gula bertukar warna coklat.

3. Apabila karamel telah berada di semua permukaan, tutup api dan biarkan.

-------------------------------------------

4. Campurkan semua bahan untuk buat puding dan kacau perlahan-lahan menggunakan hand whisk. Supaya telur yang dikacau tidak berbuih dan bagi memastikan permukaan puding cantik dan licin seperti kulit muka anda.

-------------------------------------------

5. Campurkan adunan no 4 ke dalam acuan no 1 - 3.
6. Letak dalam pengukus dan kukus selama 30 - 40 miit.
7. Keluarkan puding dari pengukus. Biarkan sejuk dan letak dalam peti ais.

Siap!

Puding Karamel penuh kasih sayang


Tengah bayangkan kekepohan nak ambil gambar segala. Hello, puding karamel je pun. Tak apa, lain kali kalau ada kesempatan akan update gambar pula. Oh tadi saya buat bentuk cinta (love), awww!

Ini tiramisu sempat ambil gambar sebab sudah rasmi dulu. Tak pasti berkhayal apa, saya tambah gula lagi sikit.Resepi asal sedap, kita pula buat slek.



Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Resepi puding karamel senang

Dayana said...

waaa.. da pandai nieh. pasni bole request kt nadiah je ah..hee.. tiramisu skali eh!

Jua[N]adiah said...

eh mana boleh lawan taiko puding karamel. Dayana, aku mimpi ko dan kawan-kawan lain semalam. tu maknanya apa?

Search

JuaNadiah 2013