Mak-mak semuanya apa khabar? Ada yang rancang-rancang nak goreng cekodok pisang ke petang ini? Kuih kegemaran saya! Tapi kalorinya tinggi banget, sehingga 300 kalori. Boleh makan, tapi jangan ambil terlalu banyak, macam makan nasi pulak. Ah, sudah!
Baiklah, ibu Aliff tak sabar lagi nak cerita satu perkara.
Baiklah, ibu Aliff tak sabar lagi nak cerita satu perkara.
Have fun with colours!
Apa kata kita tinggalkan sebentar alif, ba, ta.. dan a,b,c.. dan kita berseronok dengan dunia warna-warni. Yeyerhhh
Ok Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh mak-mak semua adalah tarik nafas panjang-panjangg dan hembuuus. Fuuuuuhh fuuuh. Kenapa? Ini penting kerana kita semua akan berdepan dengan keadaan yang luar biasa akibat kekreatifan melampau si cilik itu nanti.
Yang seterusnya barulah kita sediakan persiapan yang lain contohnya baju yang tidak digunakan lagi untuk dipakai anak yang berseni itu, tikar khas, kertas sebesar-besar alam untuknya, dan macam-macam lagi.
Ketiga siapkan alat mewarna. Resepi cat warna adalah seperti berikut :
- 3 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 cawan tepung jagung
- 2 cawan air
- Campurkan semua bahan di atas dalam sebuah periuk dan masak atas api sederhana.
- Gaul-gaul sehingga adunan menjadi sedikit likat. Ikut kepada citarasa masing-masing nak anak main cat warna likat mana.
- Tutup api dan sejukkan.
- Letak pewarna, letak sedikit sahaja. Takut nanti lekat di tangan anak pula.
- Simpan dalam balang comel.
Agenda selepas mewarna menggunakan cat, kita warna menggunakan pensel warna pula :))
Selamat mencuba!
Anak perlu diperhati, takut cat warna dimakan pula nanti! Aduh, Aliff, Aliff.
Post a Comment