Hari ni saya nak kongsi salah satu hasil kraf seorang kaki kraf yang awesome iaitu carta ketinggian yang khas saya print untuk Aliff. Carta tersebut seakan measuring tape yang biasa kita ukur baju untuk jahit dan ia amat kelihatan real.
Idea asal dari Just Something I Made boleh juling dan sakit jiwa tengok orang kreatif gila. Boleh ke sini untuk download bahan tersebut. Kemudian, cetak atas kertas, gunting dan tampal. Kalau rajin, silakan hantar eliminate untuk pastikan ianya tahan lebih lama. Mudahkan?
Download sini untuk unit cm
Kemudian apa lagi, angkut Aliff berdiri tegak-tegak untuk ukur ketinggian beliau. Anda juga boleh tandakan ketinggian anak anda mengikut perayaan tertentu, seperti majlis ulangtahun, hari raya, tahun baru dan sebagainya.
Download sini untuk unit cm
Kemudian apa lagi, angkut Aliff berdiri tegak-tegak untuk ukur ketinggian beliau. Anda juga boleh tandakan ketinggian anak anda mengikut perayaan tertentu, seperti majlis ulangtahun, hari raya, tahun baru dan sebagainya.
Abaikan tone warna yang berbeza akibat kehabisan dakwat
Sedang ralit mengaji, terjumpa terjemahan ayat yang menyentuh hati. Sekadar perkongsian aka sharing gitu. Kalau nak dikira-kira nikmat Allah bagi pada kita - ibu, ayah, keluarga, mata, hidung, tangan lalalalala makanan sedap lalallalala kereta lalalalla baju kurung cantik lalalalla anak comel lalalala. Haih, banyaknya. Allahu akbar!! Nadiah, rajin-rajinkan dan basahkan bibir dan lidah mu dengan zikrullah.
Nak juga menyelit gambar Aliff. Sekarang, beliau cukup suka pakai tudung nenek dan kopiah atuk. Dalam gambar di bawah adalah kopiah uncle Kori yang style arab dulu beli kat Madinah. Besar gabak, kalau dia pakai habis tutup muka. Selalu minta makcik-makciknya pakaikan dia tudung pulak lepas tu tepuk-tepuk tangan. Allah, anak ibu tak mahulah pakai tudung. Kopiah dan songkok amat dialu-alukan.
Hajat di hati nak buat ais krim. Insya Allah, mahu luangkan masa untuk Aliff. Minggu ni bawa dia ke klinik untuk check up. Beratnya masih di line kuning iaitu dalam kategori under weight. Misi siap bagi cadangan masak, makanan deep fry iaitu dengan minyak penuh. Aduh luluh hati terpaksa beri anak makan minyak. Insha Allah ibu buat masakan lain yang lebih enak dan minum Herbalife. Reminder untuk ibu, sila masak, masakan yang enak-enak untuk anakmu.
Post a Comment