Archive for December 2010

Kenapa aliff susah tidur siang?

Sepanjang tempoh berpantang, Aliff susah sangat nak tidur siang, ehem ekceli sampai sekarang. Sebab apa, ibu pun kurang pasti. Tapi orang tua-tua ada cakap, kalau baby lahir siang dia susah tidur siang. Kalau lahir malam baby susah tidur malam. Tak pastila betul ke tak.

Waktu Aliff tidur, muka sebijik ayah! tak caya cuba tengok;

PhotobucketPhotobucket
Photobucket
Sebelum ayah berdengkur

Photobucket
terkejut lepas dengar dengkuran ayah

Amacam, sama tak?sama kan kan kan. Heee :)

Posted in | Leave a comment

First week of staying at nenek's

20/12/2010 ibu masuk kerja.

aliff kena tinggal kat rumah nenek di Sungai Ramal. Ibu kat office dan sangat tak best! Oh, how i miss u so much, dear!


Photobucket
Umur 2 bulan lebih, ibu cuba bedung Aliff. Aliff masih nak bedung!
Photobucket
Aliff dengan Atuk

Photobucket
Aliff dengan nenek yang sangat pandai tidurkan Aliff


Photobucket
Mama cu
Photobucket
Mok teh

Alhamdulillah, mama is willingly to take care of Aliff during work. and mak teh and mama cu are sooooo in love with u.Sayang, jadi cucu dan anak buah yang baik ye.Senangkan dan sentiasa jaga hati atuk dan nenek. Ibu sayang Aliff banyak!

Posted in , | Leave a comment

First bottle feeding training

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Tiba masanya untuk Aliff belajar minum susu menggunakan botol susu kerana ibu mula bekerja Selama 2 tahun seminggu menyusu badan ibu. Selepas ini Aliff akan dijaga oleh nenek pada siang hari. uyeh uyeh

Melalui pembacaan, kebanyakn berpendapat bahawa ibu tidak boleh memberi bayi minum menggunakan botol susu kerana kebanyakannya bayi tidak mahu minum dek kerana bau ibu. Jadi ibu minta bantuan ayah.

Nampaknya, Aliff masih tidak berapa mahu minum botol susu sehingga hari ni walaupun aliff dah pandai minum susu guna botol susu. (itupun kena guna puting baby yang warna kuning dan lembut tu). Tapi, still, Aliff tak berapa nak minum guna botol susu.

Nanti ibu cuba cari botol susu yang Aliff suka, InsyaAllah! Ramai ibu cadangkan botol susu MAM. If Aliff boleh minum dengan baik, tak lah ibu risau-risau kat office!

Ini gambar ayah train Aliff minum susu :

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Posted in , | Leave a comment

Set bersalin Amway

Seperti biasa setiap ibu mengandung pasti tercari-cari set bersalin untuk diguna pakai selepas bersalin. Selepas beberapa survey dan pembacaan, ibu memilih set Tropical Herbs, set lepas bersalin Amway.

Berikut ibu suka nak kongsi mengenai set tersebut dan pemakaiannya. Keseluruhannya, ibu tidak menggunakan set ini mengikut jadual yang diberi. Apa yang boleh dikongsi adalah pengalaman menggunakan set tersebut.



Sebetulnya 5-6 hari selepas bersalin, baru ibu timbul kesedaran nak guna set bersalin ni. Sebelum tu, ibu masih ada rasa sakit dan tak lalu nak mula. Secara keseluruhannya, ibu berpuas hati dengan set ini. Antara produk yang diberi adalah:
  • Teh herba-Ini ibu guna dah habis pantang sebab Aliff panas dan naik ruam waktu ibu minum dalam pantang

  • Pil lepas bersalin 1-Ini ibu guna dah habis pantang sebab Aliff panas dan naik ruam waktu ibu minum dalam pantang. Kronik sangat umur Aliff 4 bulan baru makan
  • Pil lepas bersalin 2-Ini tak guna lagi sebab pil lepas bersalin 1 tak habis lagi
  • Herba pembersih wanita- Walaupun ibu beranak melalui pembedahan, tapi ibu pakai juga untuk kesegaran.heheh
  • Herba mandian-Lepas bersalin, nenek ada sediakan campuran air panas, daun pandan, daun mengkudu untuk ibu mandi. Lepas-lepas tu, baru ibu guna produk ni. Okey bau pun sedap.
  • Minyak urut herba- Makcik yang urut ibu guna minyak ni. Bau sedap and rasa sangat best! Tapi sayangnya makcik tu habis kan untuk urut nenek pulak T-T
  • Minyak bayi- The best ever!!!!! Highly recommended. Ibu yang lagi banyak guna.
  • Campuran Peramping perut-Ibu tak guna sebab tak boleh letak apa-apa di bahagian perut. Operate lah katakan
  • Campuran Penghangat (param)-Guna (ibu campurkan sikit air dan sapu ke bahagian atas badan dan kaki) tapi tak habis. Serbuk ok, cepat hilang lepas mandi dan sabun. Rasa hangat je masa tunggu dia kering. Lepas cuci badan make sure lap bersih-bersih takut melekat kat baju. Warna kuning dia kadang-kadang melekat kat baju.
  • Campuran Penenang-Ibu guna (campurkan dengan air sikit dan sapu di bahagian dahi) yang ini pun tak habis jugak. Selepas guna rasa kurang sakit kepala.
  • Oh ada juga bengkung yang stail zaman dolu-dolu kalau jalan macam orang jepun pakai kimono gitu.
Semangat je ibu pakai param dan pilis tu siap amik gambar kenang-kenangan lagi :p


Yang bestnya produk ni bersih dan ada jadual. So, kita guna semua produk di atas ikut jadual dan hari selepas bersalin.

Alololo, manjanya dengan D-man

Posted in , | Leave a comment

Percutian Aliff yang pertama

Place we stayed at

Harga penginapan satu malam di Rumah Inggeris, English Cottage Cameron Highland adalah RM 300. Klik sini untuk maklumat lanjut. Yang tak bessnya, boleh tak kita orang tak amik gambar dalam rumah pong. Frust!

Ada 2 bilik tidur, 2 bilik air takde air panas (tingkat atas satu dan bawah satu), 1 ruang tamu ala inggeris, 1 meja makan dan 1 dapur. Ada peti ais dan tempat makan. Oh, oh jangan lupa bawa ubat nyamuk! Nyamuk berkuasa di sini.




Sumber gambar forum kat cari.com





14/12/2010
Cameron Highlands, Pahang

Seronoknya dia pergi holiday, bukan main. Perjalanan selama 2 jam setengah konvoi 2 kereta dengan atuk, nenek, uncle ibal, mak teh, mama su, ibu, ayah dan Aliff.

Happy 2nd months old, sayang!




Setibanya di Cameron jam 7 petang, SEJUK!!!




Macam biasa, mesti wajib lawat ladang teh BOH dan minum teh yang mahal dengan gaya orang kaya minum. Apa yang sedap di sini? scones dengan harga RM 4.00. Cheh, kecik je saiznya pun.. jangan makan kek coklat dia, tak sedap dan muak harga mahal ya ampun RM 6.00++




hello, kamera sini la oi!


Tapi, masya Allah viewnya berbaloi-baloi untuk nikmati teh yang mahal 1 teko berharga RM 16.00. Tambah air panas je RM 2.00


Masalah biasa berlaku musim cuti sekolah on d way to ladang mahupun on d way balik. chait!

Tempat wajib lagi, ladang stawberi petik-petik stawberi. Sekil0 dalam RM 18. Satu bakul stawberi yang belum masak mama pilih berharga RM 8.00 yang ini berbaloi. Apa nama ladang tu, tapi jalan pergi ladang tu on d way balik ladang BOH. Naik setinggi-tinggi bukit!







Malam buat BBQ! Yummeeeh! Ayah masak kat bawah sambil dating dengan ibu. Yang lain gi borong kat pasar. Aliff tidur sorang-sorang kat atas. Cian anak ibu.

Hidangan istimewa : mi sedap, ayam bakar dan coleslow

Oh lupa nak bagitahu tempat penginapan adalah di Rumah Inggeris, MARDI. Dalam MARDI sendiri banyak tempat boleh dilawati seperti ladang stawberi, ladang bunga, ladang lebah untuk madu dan kedai runcit membeli jem stawberi, tshirt cameron dan macam-macam lagi.




On d way balik singgah pasar, borong sayur-sayuran dan bunga macam orang gila!

dan singgah Raju's Stawbery farm- berbaloi-baloi makan asikrim di sini sedap nak mampos dan layanan nombor satu daripada encik Raju! hahahah

Sempat lagi singgah mamak pekena nasi beriyani mahal nak mampos. Arahan keras, kalau pergi Cameron sila bawak stok makanan sendiri melainkan kalau anda nak breakfast, lunch and dinner sayur-sayuran dan stawberi memang murah kat sini.

Kesian ayah, tak puas jalan-jalan kat negara orang putih palsu ni!

Posted in , , , , | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013