Menulis Tulisan


Saya bukanlah seorang penulis.


Bukan juga seorang yang bijak berkata-kata apatah lagi seorang yang puitis.

Tetapi saya memang suka menulis. Hobi. Tapi sayangnya, hasil tulisan saya tak pernah ada yang faedahnya. Apapun yang saya menulis adalah datang dari hati dan perasaan seorang wanita emosi. Seorang manusia yang mempunyai jiwa sensitif tetapi tidak mengerti untuk dibicarakan dengan kata-kata. Sekiranya ada perkara yang buat hati gundah gulana ataupun riang gembira, pasti dikongsi bersama pen dan kertas lalu menghasilkan tulisan.

Sejak dari zaman sekolah saya memang suka menulis. Tapi banyak tulis perkara-perkara tak puas hatila. Biasala, budak-budak kan? Yang lucunya, saya teringat-ingat kisah berborak-borak dengan teman baik, Alia dengan menulis sebab dalam kelas kan tak boleh bersembang kalau cikgu ada. Memang koleksi tulisan berunsur borakan tu boleh buat perpustakaan lah. Belum campur koleksi kisah hati, kisah dunia, kisah sahabat. Macam-macam. Kalau saya tengah pressure dengan masalah, mesti saya cari-cari balik koleksi tu. Baca-baca, gelak sorang-sorang, terhibur juga hati yang lara ini. Ada juga saya menulis kisah pakwe (baca:suami), nak merajuk pun merajuk dengan menulis hehehehe

Tapi saya memang tak pernah berkongsi tulisan saya dengan orang lain. Saya paling tak suka orang lain tahu kisah saya. Paling! Begitu juga dengan blog ni. Perancangan awal, blog ini hanya buat tatapan suami, saya dan Aliff. Tapi mengenangkan, saya juga suka berkongsi dan suka dikongsi saya kuatkan semangat untuk menulis untuk tatapan semua. Sambil-sambil tu boleh luaskan networking. Sebab saya juga suka berkawan!

Harapan saya, semoga tulisan boleh memberi manfaat kepada semua orang. Niat saya menulis bukanlah untuk tunjuk pandai. Namun, saya insan biasa yang membuat kesalahan. Sekiranya ada kesalahan dan kesilapan, mohon supaya saya diperbetulkan dengan cara yang baik.

Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to Menulis Tulisan

mummy_icha said...

kebanyakan penulisan bermula dengan keinginan untuk mengongsikannya dgn pembaca :-) saya pun menulis syok sendiri.kadang2 ia jadi terapi.

Nurul Nadiah+Khairil Syazwan said...

Betul, saya sangat setuju! Bila baca komen Che Lin, baru saya sedar, sebenarnya terapi saya adalah dengan menulis. Terima kasih Che Lin.

Nurul Nadiah+Khairil Syazwan said...
This comment has been removed by the author.

Search

JuaNadiah 2013