ISLAM jalan dan matlamat hidupku.

Entri ini berbentuk penceritaan dalam hati, jadi menggunakan aku sebagai kata ganti diri pertama

Aku dilahirkan dalam agama Islam. Mama dan abah bergama Islam. Alhamdulillah, Allahu Akbar! Suatu perkara yang bagiku adalah anugerah Allah yang amat bermakna dan hakikatnya tidak semua peroleh rezeki ini. Namun, meningkat dewasa ini aku semakin sedar dan dapati bahawa tidak semua hamba Allah seperti aku ini bijak menggunakan akal dan hati untuk menilai tentang Islam yanng dikurnikan Allah kepada mereka. Allahu'alam, Allah jua yang Maha Mengetahui.

Allah Maha Kuasa dengan menghadiahkan aku persekitaran yang tenang dan aman iaitu, dikelilingi dengan suasana Islam seperti masyarakat, sahabat, sekolah, buku, rancangan TV, usrah dan lain-lain. Pendek kata, mama dan abah membesarkan aku dengan ajaran, didikan dan persekitaran Islam.

Aku bangga.

Bangga jadi umat Islam. Di negara Islam. Sungguhpun, kadang-kadang aku insan biasa yang pelupa sering tersilap langkah dalam mengejar dunia yang serba pinjaman ini. Namun, aku ada jalan aku, jalan yang dipilih untuk ke negara kekal abadi, syurga. Jadi, setiap masa perbuatan aku tersasar sedikit, aku kembali lagi ke jalan tersebut kerana apa? Semuanya adalah demi Allah, Rasul Allah dan Islam.

Rupa-rupanya, hidup tidak mudah. Kebelakangan ini, aku semakin mengenal dan mengerti bahawa Islam itu secara umumnya disalahtafsirkan atau disalahertikan oleh umat Islam mahupun bukan Islam. Situasi ini menyebabkan terdapat banyaknya percanggahan pendapat dan fahaman di kalangan umat zaman ini.

Bagi umat Islam, masing-masing mempertahankan ajaran Ulama atau guru mereka mengikut fahaman masing-masing. Sedangkan sekiranya umat Islam semuanya bersatu hati, dengan izin Allah kuatnya Islam sehingga tak bisa direndah-rendahkan lagi.

Belum lagi diambil kira mereka yang murtad dengan bangga sekali menyatakan kebenaran dan kemuliaan perbuatan mereka itu dengan hanya mengikut akal logik. Allah, Allah..

Bagi umat bukan Islam pula, begitu meriah sekali memperlekehkan Nabi Muhammad kecintaan kita. Allah,Allah. Bukakan hati mereka untuk mengenali Islam dan RasulMu. Kurniakan petunjukMu buat umatMu yang dikasihi ini. Pedih dan sakitnya hati ini melihat RasulMu kecintaanku dihina dan dicaci. Terlalu banyak penilaian dibuat terhadap Islam hanya dengan melihat personaliti dan tabiat orang beragama Islam yang rata-rata mereka tidak 100% mengamalkan ajaran Islam itu sendiri.

Walaupun semua ini sering membuatkan hati ini sedih, gundah dan kecewa, aku tidak sama sekali akan menyerah kalah. Semangat itu perlu sentiasa dikongsi di kalangan orang sekeliling kita dalam perlbagai aspek :

  1. Ilmu menjadi senjata yang utama untuk diri sendiri dan masyarakat.
  2. Usaha dalam pelbagai bentuk untuk sentiasa menguatkan hati sendiri, mengajak kawan-kawan dan keluarga ke arah mengamalkan Islam dengan betul dan ikhlas.
  3. Peringatan sentiasa dihadiahkan kepada semua orang di sisi. Sebagai contoh, aku begitu gembira kerana masih ramai di kalangan sahabat-sahabatku di Facebook yang tidak jemu untuk post status yang mengembalikan semangat aku untuk berjuang atau untuk melakukan setiap perkara kerana Allah apa lagi berbakti kepada Islam.

Cukuplah setakat ini luahan hatiku yang membuak-buak kebelakangan ini. Kini, tiada masa lagi untuk menuding jadi menyalahkan sesiapa. Yang tinggal hanyalah masa untuk berjuang dan bertindak. Sebarkan dan ajaklah kawan-kawan dan keluarga ke arah kebaikan, ke arah Islam yang sebenar! Allahu akbar!

---------------------------------------------------------------

Sedikit perkongsian. Di bawah ini merupakan foto yang di print screen dari sebuah laman forum di Malaysia yang membincangkan isu murtad di Malaysia. Secara peribadi, saya dapati begitu banyak salah faham mengenai Islam oleh orang bukan Islam di Malaysia ini. Bukan itu sahaja, di bawah topik forum ini juga, rupa-rupanya terdapat ramai bekas penganut Islam yang murtad dan mengutuk Islam secara terang-terangan yang pada hakikatnya dia itu sendiri masih belum betul-betul mengerti Islam sebenar. Hanya membuat penilaian melalui logik akal. Astaghfirullah

Pandangan saya mengenai hal murtad di Malaysia ini yang kebanyakannya dibuang keluarga setelah didapati keluar Islam, adalah Islam itu sendiri tiada paksaan dalam menganuti agama apa pun. Apabila seseorang orang Islam keluar daripada agama Islam dan menganuti agama selain Islam yang dibenci adalah perbuatan tersebut bukannya kepada si pelaku itu.



Banyak perkara yang disentuh di laman forum tersebut antaranya perlembagaan yang melibatkan agama Islam seperti murtad, perkahwinan (orang Islam wajib menikahi orang Islam), arak, khalwat dan lain-lain.

Menyedihkan, bukan? Ayuh, mari kita bergerak dan bertindak mengindahkan dan menyampaikan yang benar tentang Islam. Itu adalah amanah Allah kepada kita, saudaraku!

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013