Murtad | Apa peranan kita

Sedih.

Memang emosi.

Sampai terbawa-bawa dalam tidur.

Rupa-rupanya selama hampir 27 tahun hidup di muka bumi Allah ini, saya sendiri tak pasti apa jenis sumbangan saya kepada agama dan masyarakat Islam. Lebih menyedihkan lagi apabila diri sendiri belum lengkap dengan ilmu (ilmu bukan saha tertakluk kepada ilmu agama sahaja ye. ilmu itu luas semestinya) sebagai bekalan sepanjang hidup dan seterusnya sebagai panduan kepada kehidupan anak-anak juga.

Begitu jelas dalam ingatan saya ketika kecil dulu sekitar berumur 9 tahun, kisah seorang muslimah yang bertukar agama kepada agama kristian, Siti Aishah. Tidaklah dapat dibayangkan apakah perasaan kedua ibubapanya yang membesar dan mendidik beliau dengan penuh suasana Islam. Allah, saya dan suami selalu mengingati antara satu sama lain untuk berusaha memperbaiki diri dalam melalui kehidupan yang betul-betul menguji keimanan kami.

Ketika itu, saya tidak begitu faham apakah perasaan ibubapa beliau. Setelah menjadi ibu kepada Aliff barulah saya memahami betapa begitu besarnya harapan kami terhadap anak yang dikandung dan dibesarkan selama ini. Harapan yang sebesar alam ini dan setinggi langit adalah supaya anak kesayangan menjadi khalifah terunggul dan beriman serta bertakwa kepada Allah, supaya sentiasa berada di jalan Allah. Amin, amin amin.





Melihatkan 2 foto yang saya 'printscreen' kan di atas begitu menyayat hati kecil saya. Walaupun, jiwa ini belum cukup sempurna, namun hati saya terpanggil untuk melakukan sesuatu. Sesuatu itu apa? Fakta yang mengatakan bahawa begitu jumlah orang melayu yang terpesong akidahnya atau dalam bahasa kasarnya sudah tidak berminat lagi dengan Islam meningkat dari hari ke hari.

Tiada masa untuk salahkan orang itu dan orang ini.

Ini bermakna saya merupakan salah seorang saudara mereka yang harus melakukan sesuatu kepada masyarakat supaya situasi ini tidak lagi berlarutan. Sempena Ramadan yang barakah ini saya berazam untuk membantu mereka, mereka yang dahagakan ilmu dan kasih sayang daripada saudara seIslam mereka.

Bukanlah maksud saya di sini, saya ingin dengan secara drastiknya berkempen, berceramah, ataupun menyebarkan flyers marilah peluk Islam. Bukan. Apa kata kita mulakan dengan yang mudah.

  1. Kita boleh banyakkan senyum
  2. Kita ubah sikap buruk kepada yang baik-baik dan disenangi orang sekeliling. Petuanya mudah. Sentiasa ingat kepada sifat-sifat peribadi Rasulullah. Alangkah bahagianya, sekiranya rasul melihat peribadi kita.
  3. Kita hadirkan dan rajinkan diri ke kelas-kelas atau kuliah-kuliah agama.
  4. Sewaktu bersembang dengan kawan-kawan, boleh selitkan isu akhlak, feqah, tauhid dan sebagainya. Mohon pandangan mereka juga.
  5. Sentiasa bersembang dengan anak, adik beradik dan seisi keluarga mengenai akhlak seharian bersama rakan-rakan, keluarga, guru, atas jalan raya, masuk bilik air, makan dan lain-lain.
Setakat ini, yang boleh saya kongsikan. Anda juga pastinya lebih arif dan sudi-sudikan kongsi dengan saya?

Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013