Tadabbur al-Quran dan bacaan dalam solat

Tadabbur al-Quran membawa maksud adalah renungan yang cermat, dan percermatan ayat-ayat al-Quran untuk dapat memahami makna, hikmah, ataupun maksudnya.

Begitu juga tadabbur bacaan dalam solat. Memahami bacaan dalam solat adalah amat penting untuk memastikan solat itu dilakukan dengat niat yang ikhlas dan khusyu'. Insya Allah

Ikuti bacaan artikel ini untuk mengetahui kebaikan tadabbur al-Quran dan adab-adabnya. Jangan kejar khatam sahaja




Sejak kebelakangan ini, perasaan saya begitu kuat sekali untuk membaca dan memahami ayat al-Quran yang dibaca. Rasa macam tak syok kalau tak faham maksud ayat Quran dan sudah semestinya perasaan malu dengan Allah dan orang kafir yang lebih memahami ayat-ayat suci Allah tersebut. * Teramat malu sehinggakan rasa kebas muka dan badan menjadi kaku setiap kali memikirkannya.

Setelah beberapa ketika berjaya memahami sedikit-sedikit ayat suci Allah itu, setiap kali membacanya terasa nak baca lagi. Lagi dan lagi. Subhanallah. Ayat-ayat suci Allah itu indah sekali! Tidaklah dapat saya terangkan dengan penulisan malah kata-kata sekalipun untuk menyatakan keindahan ayat-ayat tersebut.

Selain itu, terdapat banyak kisah-kisah yang begitu menusuk hati dan kalbu saya mengenai orang-orang jahat dan sombong menerima padah dek perbuatan mereka malah banyak pula Allah ceritakan tentang kenikmatan dan hadiah-hadiah kepada orang-orang baik dan taat kepada perintahNya.

Seterusnya semoga Allah terus buka pintu hati saya untuk meningkatkan kebaikan dan amalan saya serta menutup hati saya untuk melakukan kejahatan. Amin.

" Ya Allah, jauhkan perasaan seperti sombong, buruk sangka dan riak dalam hatiku ketika aku ingin menyampaikan sesuatu kebaikan. Amin "

Bacaan dalam solat

Semua pun sudah sedia maklum bahawa solat merupakan satu bentuk komunikasi kita dengan Allah kecintaan kita. Jadi, apalah guna sekiranya kita tidak memahami bacaan dalam solat sedangkan bacaan-bacaan tersebut merupakan doa permohonan kita kepada Tuhan Maha Kuasa. Akhirnya, solat yang dilakukan tidak khusyu' malah sia-sia pula! Na'uzubillah

Semoga Allah menerima amalan kita selama ini. Di bawah adalah makna dalam bahasa melayu bacaan dalam solat.

Doa Iftitah

Allahu akbar kabiran walhamdulilahi kathira. wasubhanallahi bukratanwaasila. wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaawaati wal ardha. haniifan musliman wamaa ana minal musyrikiin. Inna salaati wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lillaahi rabbil 'aalamiin. Laa syariikalahu wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin.

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.

Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.

Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,

dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.

Sesungguhnya solatku,

Ibadatku,

hidupku,

matiku

adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.

Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak

menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam..
Ruku

Subhaana rabbiyal azhimi wabihamdi

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

I'tidal

Sami'allaahu liman hamidah. Rabaanaa walakal hamdu

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian bagiNya

Sujud

Subhaana rabbiyal a'la wabihamdi

Mahasuci Tuhanku Yang Maha Tinggi dan segala puji-pujian
Duduk antara sua sujud

Rabbighfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii, wahdinii, wa'afinii, wa'fu'annii.

Ya Allah, ampunilah daku,

Rahmatilah daku,

kayakan daku,

angkatlah darjatku,

rezekikan daku,

berilah aku hidayah,

sihatkanlah daku dan

maafkanlah akan daku


Selamat beramal!

Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013