Hari itu memang dah bercadang untuk ke Alamanda, Putrajaya untuk dapatkan baju melayu Aliff setelah begitu lamanya menangguhkan rancangan untuk beli kain yang sama warnanya dengan baju melayu ayah untuk dihantar tempah.
Entah ke mana perginya semangat beraya itu. Baju sendiri juga hampir sahaja tidak peduli.
Memang dasar emak! Anak adalah yang utama. Salah tu ye puan-puan. Seharusnya suami yang perlu didahulukan.
Kebetulan, sahabat baik saya Atiyah yang baik hati dan pemurah menghadiahkan Aliff sepasang baju melayu yang sangat cantik. Sila rujuk foto di bawah. Kami berkira-kira untuk memakaikannya ketika majlis walimah Hidayah nanti. Tapi kami sendiri belum punya sepasang baju berwarna merah yang secocok untuk dipakai. Tengok tu! Diri sendiri dan suami sekali lagi diabaikan.
Ok saya mengada nak buat karangan sat. Sila semak Bahasa Melayu saya dan bagi markah untuk isi. :)
Aku adalah sepasang baju melayu yang berwarna pink belacan. Itu adalah menurut tuanku. Dia membeli aku di Alamanda Putrajaya di suatu hari yang aku kira bagiku seronok kerana aku dan teman-teman yang lain sedang berkumpul di penyangkut baju di sebuah kawasan lapang. Hari itu sangat meriah kerana, kalau tidak silapku, sebelah kami adalah kiosk barang kemas dan kuih raya. Maafkan aku sekiranya salah kerana aku begitu ralit bermain dengan baju melayu kanak-kanak yang lain. Lagu raya juga tutut diperdengarkan berulang kali dan kelihatan kanak-kanak berjoget dan berlari ke sana sini. Ternyata keseronokan itu hanyalah sementara kerana pada saat aku sedang bermain-main dengan seniorku yang bersaiz M dan L, tuanku datang mengambilku lalu memberi duit kepada seorang wanita yang menjaga kami selama ini. Lalu, aku dibawa pulang dan disimpan dalam laci. Apakah nasibku selepas ini? Kita tunggu..
Sorry hari ni saya nak mengarut dan semoga terhibur dengan bakat terpendam saya dalam menulis karangan. Silakan beri markah anda.
Post a Comment