Archive for August 2011

Bayi meninggal tercekik susu

Buat apa tu, sayang?

Lena, sampai digulung cadar tu

Syoknya naik trole ye, Aliff?


Tengok gambar yang last sekali tu, comelkan? Okey, introduction yang tidak berapa menarik di situ dengan memperkenalkan gambar sendiri sewaktu kecil. Senget pulak tu sehinggakan terpaksa menyengetkan kepala anda untuk melihat dengan lebih jelas. Tengok tu, ingatkan dah selesai pengenalan tentang diri sendiri, sampai satu perenggan rupanya!

Amat menyedihkan sekali terutamanya yang memiliki jiwa seorang ibu. Ibu yang mengandung dan melahirkan anak pasti memahami jiwa seorang ibu yang kehilangan, setuju? Berita mengenai bayi meninggal dunia akibat tercekik susu memang sukar diterima apatah lagi perit untuk ditelan. Kalau dulu kesnya melibatkan penggunaan botol susu tetapi kini yang menyusu badan juga terlibat.

Mungkin perkara sebegini acap kali terjadi tetapi berita mengenainya tidak begitu mendapat liputan meluas. Berikutan ramainya ibu kini yang begitu mengambil berat mengenai penyusuan ibu, berita sebegini sememangnya mencemaskan.

Saya teringat waktu dalam tempoh berpantang ketika sedang dalam sesi mengurut dan yang mengurut saya pula seorang bekas jururawat. Dialog antara kami :

Nadiah : Makcik Nab, bolehke saya menyusukan Aliff sambil baring?

Makcik Nab : Makcik tengok ko punya ni, erm bolehlah tak de masalah.

Nadiah : *Hairan. Yang macammana baru ada masalah?

Makcik Nab : Alah, makcik dulu waktu keje kat hospital tu selalu sound (marah) kat mak-mak yang suka sangat menyusu sambil baring walhal te**knya tu boleh baling ke belakang. Manalah anak tak lemas! Pernah berlaku kes bayi meninggal dunia sebab lemas. Ko jangan main-main tau. Baby kalau tak dapat bernafas 3 minit boleh mati taw!

Nadiah : *Lambat sikit faham. Selang beberapa minit baru ketawa berdekah-dekah.

Itu hanyalah pengaman yang dikongsi daripada seorang bekas jururawat. Walhal begitu banyak sekali kes-kes yang serupa dengannya berlaku sehingga sekarang.

Ibu, beringat sebelum kena.

Ayah, tolong perhati ibu dan anak.

Posted in , | Leave a comment

Murtad | Apa peranan kita

Sedih.

Memang emosi.

Sampai terbawa-bawa dalam tidur.

Rupa-rupanya selama hampir 27 tahun hidup di muka bumi Allah ini, saya sendiri tak pasti apa jenis sumbangan saya kepada agama dan masyarakat Islam. Lebih menyedihkan lagi apabila diri sendiri belum lengkap dengan ilmu (ilmu bukan saha tertakluk kepada ilmu agama sahaja ye. ilmu itu luas semestinya) sebagai bekalan sepanjang hidup dan seterusnya sebagai panduan kepada kehidupan anak-anak juga.

Begitu jelas dalam ingatan saya ketika kecil dulu sekitar berumur 9 tahun, kisah seorang muslimah yang bertukar agama kepada agama kristian, Siti Aishah. Tidaklah dapat dibayangkan apakah perasaan kedua ibubapanya yang membesar dan mendidik beliau dengan penuh suasana Islam. Allah, saya dan suami selalu mengingati antara satu sama lain untuk berusaha memperbaiki diri dalam melalui kehidupan yang betul-betul menguji keimanan kami.

Ketika itu, saya tidak begitu faham apakah perasaan ibubapa beliau. Setelah menjadi ibu kepada Aliff barulah saya memahami betapa begitu besarnya harapan kami terhadap anak yang dikandung dan dibesarkan selama ini. Harapan yang sebesar alam ini dan setinggi langit adalah supaya anak kesayangan menjadi khalifah terunggul dan beriman serta bertakwa kepada Allah, supaya sentiasa berada di jalan Allah. Amin, amin amin.





Melihatkan 2 foto yang saya 'printscreen' kan di atas begitu menyayat hati kecil saya. Walaupun, jiwa ini belum cukup sempurna, namun hati saya terpanggil untuk melakukan sesuatu. Sesuatu itu apa? Fakta yang mengatakan bahawa begitu jumlah orang melayu yang terpesong akidahnya atau dalam bahasa kasarnya sudah tidak berminat lagi dengan Islam meningkat dari hari ke hari.

Tiada masa untuk salahkan orang itu dan orang ini.

Ini bermakna saya merupakan salah seorang saudara mereka yang harus melakukan sesuatu kepada masyarakat supaya situasi ini tidak lagi berlarutan. Sempena Ramadan yang barakah ini saya berazam untuk membantu mereka, mereka yang dahagakan ilmu dan kasih sayang daripada saudara seIslam mereka.

Bukanlah maksud saya di sini, saya ingin dengan secara drastiknya berkempen, berceramah, ataupun menyebarkan flyers marilah peluk Islam. Bukan. Apa kata kita mulakan dengan yang mudah.

  1. Kita boleh banyakkan senyum
  2. Kita ubah sikap buruk kepada yang baik-baik dan disenangi orang sekeliling. Petuanya mudah. Sentiasa ingat kepada sifat-sifat peribadi Rasulullah. Alangkah bahagianya, sekiranya rasul melihat peribadi kita.
  3. Kita hadirkan dan rajinkan diri ke kelas-kelas atau kuliah-kuliah agama.
  4. Sewaktu bersembang dengan kawan-kawan, boleh selitkan isu akhlak, feqah, tauhid dan sebagainya. Mohon pandangan mereka juga.
  5. Sentiasa bersembang dengan anak, adik beradik dan seisi keluarga mengenai akhlak seharian bersama rakan-rakan, keluarga, guru, atas jalan raya, masuk bilik air, makan dan lain-lain.
Setakat ini, yang boleh saya kongsikan. Anda juga pastinya lebih arif dan sudi-sudikan kongsi dengan saya?

Posted in , | Leave a comment

Air penting untuk kesihatan badan anda

Memperkenalkan teman baik kami seisi keluarga, jeng, jeng JENG.

Encik botol air!!
Ayah punya
Ibu dan Aliff punya

Pengalaman saya | Disebabkan hari-hari Aliff lihat saya minum air ni sambil Aliff si sebelah dan sentiasa bersama saya, dia juga selalu minta untuk diletakkan straw botol air tersebut di mulutnya. Alih-alih dia boleh sedut air dari botol tersebut. Waktu itu, seingat saya dia berumur 6 bulan. Seawal umur 8 bulan, saya sudah dapatkannya sebuah botol air transformers untuk kegunaan seharian. Apakan daya, botol air herbalife tetap di hati! Ini disebabkan oleh straw botolnya terlalu kecil untuk mulutnya. Tak syok!

Moralnya di sini, kalau nak anak kita punya tabiat yang baik dan sihat, haruslah bermula dari ibu bapa terdahulu. Nak anak makan sayur? Apa kata kita dulu mula? Nak anak bercakap sopan dan mulia perangainya? Apa lagi, kita ubah dulu sikap kita-kita yang masih serba kekurangan ni. :| (Malunya, saya!) Pesanan yang terakhir sudah semestinya untuk saya sendiri.

Posted in , , , , | Leave a comment

Tabung Kemanusiaan Somalia 2011

Saya selalu percaya bahawa setiap manusia yang dilahirkan di atas muka bumi ini, dikurniakan hati yang suci dan baik oleh Allah. Bezanya, adalah cara hidup dan didikan yang diberikan sepanjang tempoh pembesaran mereka.

Setiap kali mendengar atau melihat adanya insan yang sanggup meragut, mencuri dan membunuh sememangnya bikin meruntun jiwa. Namun, hakikatnya perasaan dan hati mereka yang baik itu telah rosak. Kita semua tahu, barang yang rosak boleh diperbaiki dan diperelokkan? Janganlah terus-menerus buruk sangka terhadap mereka. Beritahulah mereka, didiklah mereka sehingga jangan kita berputus harap lagi kepada mereka kerana harapan itu sentiasa ada!

Nampaknya seperti dah melencong sedikit dari tujuan asal penulisan. Saya sebenarnya nak cakap yang manusia bila lihat adanya insan lain yang memerlukan, mesti paling koman pun timbul perasaan kasihan. Apatah lagi perasaan ingin menghulurkan bantuan. Cumanya, ada hati-hati yang sedikit keras tidak mahu membantu kerana telah ditanam sifat buruk sangka ke atas mereka yang miskin dan memerlukan ini bahawa mereka ini malas dan tidak mahu bekerja ataupun dipergunakan.

Jalannya mudah sahaja. Kita lihat kasih sayang yang ada pada Nabi Muhammad Rasullullah kita. Tanpa mengambil kira tentang orang mengambil kesempatan, menipu dan berniat jahat dia tetap menghulurkan bantuan sehingga terpaksa berpuasa setelah roti yang sedikit kepunyaannya diberikan kepada orang miskin.

Biarlah niat dan kasih sayang yang kita berikan kepada mereka-peminta sedekah atau orang yang memerlukan dilihat Allah. Itu yang lebih utama. Bukannya samada sumbangan kita itu diterima atau sampai kepada orang yang sepatutnya atau tidak. Itu adalah amanah. Menjadi tanggungjawab mereka menyampaikan amanah itu. Wallahu'alam.

"Memberi ketika diri sendiri serba kekurangan adalah luar biasa dan besar maknanya!"


Silakan tambah koleksi pahala anda yang sudah sedia banyak tu sempena Ramadan ini.

Mehla kita pakat berebut-rebut pahala Allah. Pahala dan syurga. Ahh..* Terbayang-bayang sambil senyum. Allah, Allah.

Posted in | Leave a comment

Tadabbur al-Quran dan bacaan dalam solat

Tadabbur al-Quran membawa maksud adalah renungan yang cermat, dan percermatan ayat-ayat al-Quran untuk dapat memahami makna, hikmah, ataupun maksudnya.

Begitu juga tadabbur bacaan dalam solat. Memahami bacaan dalam solat adalah amat penting untuk memastikan solat itu dilakukan dengat niat yang ikhlas dan khusyu'. Insya Allah

Ikuti bacaan artikel ini untuk mengetahui kebaikan tadabbur al-Quran dan adab-adabnya. Jangan kejar khatam sahaja




Sejak kebelakangan ini, perasaan saya begitu kuat sekali untuk membaca dan memahami ayat al-Quran yang dibaca. Rasa macam tak syok kalau tak faham maksud ayat Quran dan sudah semestinya perasaan malu dengan Allah dan orang kafir yang lebih memahami ayat-ayat suci Allah tersebut. * Teramat malu sehinggakan rasa kebas muka dan badan menjadi kaku setiap kali memikirkannya.

Setelah beberapa ketika berjaya memahami sedikit-sedikit ayat suci Allah itu, setiap kali membacanya terasa nak baca lagi. Lagi dan lagi. Subhanallah. Ayat-ayat suci Allah itu indah sekali! Tidaklah dapat saya terangkan dengan penulisan malah kata-kata sekalipun untuk menyatakan keindahan ayat-ayat tersebut.

Selain itu, terdapat banyak kisah-kisah yang begitu menusuk hati dan kalbu saya mengenai orang-orang jahat dan sombong menerima padah dek perbuatan mereka malah banyak pula Allah ceritakan tentang kenikmatan dan hadiah-hadiah kepada orang-orang baik dan taat kepada perintahNya.

Seterusnya semoga Allah terus buka pintu hati saya untuk meningkatkan kebaikan dan amalan saya serta menutup hati saya untuk melakukan kejahatan. Amin.

" Ya Allah, jauhkan perasaan seperti sombong, buruk sangka dan riak dalam hatiku ketika aku ingin menyampaikan sesuatu kebaikan. Amin "

Bacaan dalam solat

Semua pun sudah sedia maklum bahawa solat merupakan satu bentuk komunikasi kita dengan Allah kecintaan kita. Jadi, apalah guna sekiranya kita tidak memahami bacaan dalam solat sedangkan bacaan-bacaan tersebut merupakan doa permohonan kita kepada Tuhan Maha Kuasa. Akhirnya, solat yang dilakukan tidak khusyu' malah sia-sia pula! Na'uzubillah

Semoga Allah menerima amalan kita selama ini. Di bawah adalah makna dalam bahasa melayu bacaan dalam solat.

Doa Iftitah

Allahu akbar kabiran walhamdulilahi kathira. wasubhanallahi bukratanwaasila. wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaawaati wal ardha. haniifan musliman wamaa ana minal musyrikiin. Inna salaati wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lillaahi rabbil 'aalamiin. Laa syariikalahu wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin.

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.

Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.

Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,

dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.

Sesungguhnya solatku,

Ibadatku,

hidupku,

matiku

adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.

Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak

menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam..
Ruku

Subhaana rabbiyal azhimi wabihamdi

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

I'tidal

Sami'allaahu liman hamidah. Rabaanaa walakal hamdu

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian bagiNya

Sujud

Subhaana rabbiyal a'la wabihamdi

Mahasuci Tuhanku Yang Maha Tinggi dan segala puji-pujian
Duduk antara sua sujud

Rabbighfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii, wahdinii, wa'afinii, wa'fu'annii.

Ya Allah, ampunilah daku,

Rahmatilah daku,

kayakan daku,

angkatlah darjatku,

rezekikan daku,

berilah aku hidayah,

sihatkanlah daku dan

maafkanlah akan daku


Selamat beramal!

Posted in , | Leave a comment

Baju melayu Aliff yang pertama

Hari itu memang dah bercadang untuk ke Alamanda, Putrajaya untuk dapatkan baju melayu Aliff setelah begitu lamanya menangguhkan rancangan untuk beli kain yang sama warnanya dengan baju melayu ayah untuk dihantar tempah.

Entah ke mana perginya semangat beraya itu. Baju sendiri juga hampir sahaja tidak peduli.

Memang dasar emak! Anak adalah yang utama. Salah tu ye puan-puan. Seharusnya suami yang perlu didahulukan.

Kebetulan, sahabat baik saya Atiyah yang baik hati dan pemurah menghadiahkan Aliff sepasang baju melayu yang sangat cantik. Sila rujuk foto di bawah. Kami berkira-kira untuk memakaikannya ketika majlis walimah Hidayah nanti. Tapi kami sendiri belum punya sepasang baju berwarna merah yang secocok untuk dipakai. Tengok tu! Diri sendiri dan suami sekali lagi diabaikan.



Ok saya mengada nak buat karangan sat. Sila semak Bahasa Melayu saya dan bagi markah untuk isi. :)


Aku adalah sepasang baju melayu yang berwarna pink belacan. Itu adalah menurut tuanku. Dia membeli aku di Alamanda Putrajaya di suatu hari yang aku kira bagiku seronok kerana aku dan teman-teman yang lain sedang berkumpul di penyangkut baju di sebuah kawasan lapang. Hari itu sangat meriah kerana, kalau tidak silapku, sebelah kami adalah kiosk barang kemas dan kuih raya. Maafkan aku sekiranya salah kerana aku begitu ralit bermain dengan baju melayu kanak-kanak yang lain. Lagu raya juga tutut diperdengarkan berulang kali dan kelihatan kanak-kanak berjoget dan berlari ke sana sini. Ternyata keseronokan itu hanyalah sementara kerana pada saat aku sedang bermain-main dengan seniorku yang bersaiz M dan L, tuanku datang mengambilku lalu memberi duit kepada seorang wanita yang menjaga kami selama ini. Lalu, aku dibawa pulang dan disimpan dalam laci. Apakah nasibku selepas ini? Kita tunggu..

Sorry hari ni saya nak mengarut dan semoga terhibur dengan bakat terpendam saya dalam menulis karangan. Silakan beri markah anda.

Posted in , | Leave a comment

Tempat makan best Bangi | Berbuka di Tasik Idaman, Sepang

Bila datang sahaja bulan Ramadan, maka mulalah senarai makanan yang perlu dimakan segera, panjang pulak tu. Betulke ayat macam ni? Dalam senarai tersebut, salah satunya termasuklah ikan pari bakar Tasik Idaman, Sepang.

Sambil lap air yang hampir keluar dari mulut ini, saya teruskan usaha untuk bercerita mengenainya. Ikan pari bakar tersebut dihidangkan bersama sos yang begitu sedap sekali, memang mengancam! Yang paling sedap pernah saya rasa sepanjang hidup saya selepas ikan bakar berlada di Sabak Awo, Muar.

Isnin lepas, saya, suami dan Aliff berkesempatan ke Tasik Idaman, Sepang yang beralamat di Jalan Idaman 84/89, Batu 26, Jalan Jenderam, 43800 Dengkil, Selangor. Untuk ke tempat ini, perjalanannya penuh dengan dugaan kerana dari UKM kita akan melalui jalan yang bengkang bengkok sehingga bikin kepala pusing. Sempat juga, kami melalui pusat latihan memandu saya sewaktu kecil dulu,17 tahun iaitu IMKEDA.

Antara juadah yang dipesan adalah ikan pari bakar, tomyam campur, sayur kailan ikan masin untuk seorang, 1 biji telur dadar, jus oren, sirap limau dan air limau Tasik Idaman. Pesanan dibuat melalui panggilan telefon bimbit di 012-677 5632. Jumlah bayaran yang perlu dibayar selepas semua juadah tersebut berjaya ditelan adalah bersamaan dengan RM 47.20.

Oh lupa bagitahu yang ikan bakar di sini agak mahal. T______T

Rupa-rupanya, di Kuala lumpur dan Selangor ini bagi mendapatkan makanan yang sedap akan berakhir dengan dompet yang cedera.

Walaupun, agak terguris perasaan di situ akibat kecederaan dompet, kami berpuas hati eh perut.

Maafkan kami, gambar agak blur akibat kekurangan cahaya. Itu pun setelah memaksa suami mengambilnya
Mungkin akibat letih berpuasa jadi gegaran yang hebat berlaku


Serius sedap, tapi disebabkan gambar ini ...... T___T

Selamat berbuka, tawan-tawan!

Posted in | Leave a comment

Penemuan baru kesukaan Aliff


Posted in | Leave a comment

Mainan Aliff

Sekarang Aliff dah layan main mainan dia sorang-sorang. Ini bukanlah bermakna ibunya boleh terbongkang tengok tv lalu mengabaikan Aliff bermain seorang diri. Tidak! Aliff masih dalam pemerhatian dan pemantauan ibu ye. Macam pekerja yang kurang berdedikasi dan sering datang lambat ke pejabat.

Melihatkan Aliff dah begitu leka bermain, ibu dengan perasaan syok sendirinya mula merancang dan mengkaji untuk membeli barang mainan yang menyihatkan minda Aliff. Walhal, sampai kedai je terus google mainan apa nak dibeli. Chait.

Sampai je kedai, terus bukak laman web ini. Sambil baca kuat-kuat supaya didengari suami dan capai yang berkenaan dan sesuai.

Berikut barang mainan yang sesuai untuk bayi berusia 9-12 bulan seusia Aliff kini.

-------------------------------------------------------------------------
Sumber www.babycenter.com

By the time babies are 9 or 10 months old, they're usually able make their way around the room in some fashion — creeping, crawling, or cruising (walking with the furniture's assistance). By 12 months, many babies have risen to their feet and can stand and even walk.

Your baby has started using objects as tools, pushing a ball with a stick or chasing the carrots around his plate with a spoon. He's also more interested in interactive games. Tickle him and let him tickle you back. Talk on the phone and then pass it off to him so he can babble, then hand it back to you for another round.

His problem-solving skills are improving and now he'll take the lid off a clear container to get the toy he sees inside rather than trying to reach through it. And he's beginning to understand words and recognize the names of familiar objects.

On all fours or on two feet, giddy with the freedom of movement and mobility, a baby at this age will want move, grab, and get to whatever used to be out of reach.

Push toys: Push toys give your toddler a chance to exercise his new walking skills. Choose a push toy, like a wagon, that is heavily weighted so your baby can lean into it, and take a lap or two around the living room. (Most babies this age are still too young for pull toys, which are better for slightly advanced walkers who can look behind them as they move forward.) Newfound mobility is a heady experience. But even after the novelty of walking wears off, your baby will enjoy pushing and pulling toys for months to come.
Ibu: Belum ada rejeki Aliff. Nanti kita tunggu kot-kot ada siapa-siapa yang baik hati nak bagi. Huk-huk

Shape sorters: Trying to figure out why the square block won't go through the round opening is a nice challenge for early problem-solvers. This is one of those toys that fascinate, and only occasionally frustrate, babies this age.
Ibu: Checked. Dah ada. Aliff suka sangat...........baling. T_________T

Balls: He's encountered them before, but balls get even more thrilling when you assume a standing position and can actually bounce them off the floor.
Ibu : Checked juga. Bola dari saiz sebesar alam ke sekecil zarah. Menipu sangat. Tolak pahala puasa.

Toy telephone: Babies love to imitate their parents. Even if he can't say much yet, a baby will try to communicate by holding the receiver and pushing buttons. The more realistic the phone, the better.
Ibu : Ibu tak nak beli talipon, jadi ibu memutuskan belikan Aliff mainan remote control tv bagi mengelakkan peebutan kuasa dengan ayah bagi memegang remote. Sekian

Books: At this age, children are particularly intrigued by books with flaps that open, textures that can be rubbed, and bunnies that need patting. For more ideas, see our recommended books for babies.
Ibu : Macam dah banyak. Tapi gedik nak beli lagi. Macam best tau, macam puas. Ish susah nak terangkan. Nadiah, ko ingat beli buku macam beli coklat?

Blocks: Blocks give him the chance to practice the art of stacking. He can probably stack three or four at this point, so the subsequent crash is gratifying.
Ibu : Nanti, sedang mencari yang menarik jiwa dan raga.

Pail and shovel: These tools come in handy when your baby's all-time favorite activity is filling and dumping, filling and dumping. Take these along to the sandbox, or out to the park and your baby will stay contented and busy for some time.
Ibu : Berjaya dapatkannya sekali dengan lori angkut pasir lagi. Kalau ada sesiapa yang nakkan servis angkut pasir boleh hubungi Encik Aliff ye!






Borong weh, jangan tak borong!

Posted in , , | Leave a comment

Diari Aliff | 10 bulan


10?? La, dah 10 bulan? Cepatnya Aliff membesar. Kan ibu dah pesan janganlah membesar cepat sangat. Ibu ni dahlah cepat lupa. *Tersedu-sedu manja. Tiba-tiba? Dah Nadiah, jangan nak berlakon.

Aliff sayang, tua kerepot macammana sekalipun ibu, Insya Allah ibu tak lupa detik paling manis sewaktu menerima kehadiran Aliff dalam kehidupan ibu dan ayah.

Sekarang ibu nak cerita apa perkembangan Aliff sepanjang meningkat umur 10 bulan. Alhamdulillah, kali ni ibu dah tak bertangguh. Awal-awal lagi ibu dah mula catat perkembangan Aliff dan simpan dalam draft :))

1. Aliff dah pandai tepuk tangan! Jadi, ibu tak lah malu sangat setiap kali nyanyi 'pok amai-amai". Aliff akan tepuk tangan dengan comel sekali setiap kali ibu nyanyikan lagu tersebut.

2. Aliff dah mula tengok tv (kotak bodoh, tak pasal-pasal kena bodoh). Ibu bagi chan Aliff tengok tv contoh rancangan upin dan ipin, Barney and friends, bo-boy dan mickey mouse.

3. Hah, yang ini paling ibu tak gemor. Aliff suka ketap gigi sampai bunyi! Ngilulah, sayang.

4. Kebelakangan ni, Aliff suka sangat gelak dan tarik di hujungnnya. Sambil menyusu pun suka buat. Geram tau! Ibu tak dapat nak rakam. Macam biasa, Aliff akan berhenti buat apa pun saat video dipasang.

5. Aliff suka tolong nenet lembang baju. Lembang tu, maksudnya adalah menyepahkan baju-baju yang tersusu rapi dan cantik. Datang je Aliff, macam puting beliung menyerang almari tu.

6. Kalau dulu, ibu bagi Aliff mainan ni, Aliff buat dek atau donno je sebab mungkin susah nak main kot. Tapi sekarang Aliff dah suka dan tangan Aliff dah boleh genggam dengan kuat dan mainan ni memang sesuai untuk Aliff pada umur Aliff sekarang ni.

7. Pada umur Aliff 9 bulan, ibu risau kerana Aliff masih merangkak dalam keadaan tak seimbang. Badan asyik nak melayang. Tapi alhamdulillah, sekarang merangkak dah laju. Tak agak-agak. Siap ibu letih nak kejar. Yang, ni belum berlari lagi!

8. Rupa-rupanya bukan merangkak je laju, naik walker pun berlari laju. Kalau namanya walker tu untuk berjalan, bukan berlari, Aliff ooooiiiii. Eh, tak baik cakap kat anak oooii.. Aliff sekarang dah pandai main kejar-kejar naik walker dengan laju sekali. Sukalah ayah melayan dia main kejar-kejar. Kalau dia brek tu boleh ternaik walker tu. Lucu ok kalau kita layan dia.

9. Mimik muka yang satu ni buat ibu cair hati. >.<; Lebih kurang macam tulah mimiknya sambil suka buat dengusan yang sangat comel.

10. Aliff dah pandai bye-bye orang. Satu perkataan. Comel!

11. Aliff dah mula nampak macam nak menari. Dengar lagu ke mengaji ke. Semua nak menari.

12. Aliff sangat suka nak duduk kat driver seat setiap kali ayah memandu. Adoi, jenuh ibu kena selamatkan keadaan. Bila dapat je peluang duduk kat ayah, apalagi suka pegang stereng dan main wiper tengok efek air.

13. Aliff suka membebel, "papapappaa..papapapapa..". Dalam tidur pun boleh layan, "apapapapa". Pada 29 Julai 2011, Aliff berjaya sebut ayah. Tapi sekali je. Bila gilirin ibu pulak ni, yang? Lepas tu, setiap kali ayah sebut "ayayayayayayayayah", selamba je dia sambung "apapapappapapapa". *Nangis ayah.

14.Berus gigi Aliff dah beli bulan Jun hari tu, tapi tak pernah ada hati pun dia nak guna. Hanya baru-baru ni baru dia ada kesedaran nak guna. Sayang, rajin-rajin gosok gigi ye. Ye, ibu tolonglah Aliff nanti.

15. Aliff dah pandai masukkan tangan setiap kali ibu sarung baju pada badan Aliff. Nak cepat-cepat buat apa tu Aliff. Nak main lah tu. Sabar, sayang.

16. Sikit,sikit pandai tidur sendiri. Itupun kalau suasana senyap dan dah letih sangat.

17. Aliff sekarang suka mandi. Sangat-sangat! Kalau kita sebut, jom, jom dah sudah. Terus buat muka. Apatah lagi bila kita angkat, lagilah. Menangis terus. Tangisan dia boleh meleret agak lama sehingga 15 minit! Kalau rajin, ibu layanlah sampai bersin-bersin Aliff. Memandangkan bulan puasa yang mulia, masa itu amat berharga, sayang. Ewah!

18. Aliff dah tak suka walker! Perkara yang paling menyedihkan pada ibu yang paling suka main kejar-kejar dengan Aliff. Sob, sob, sob. Setiap kali nak letak je Aliff, terus angkat kaki. Grrr~

19. Cepat moody. Cepat happy!

20. Aliff pandai angkat kedua-dua tangan ke atas setiap kali ibu sebut yeay! Who is a good Muslim? *Haruslah menyelitkan ciri-ciri Islam dalam setiap perbualan harian, Uhuk-uhuk. Dah jangan nak gedik asyik batuk.









Posted in | Leave a comment

ISLAM jalan dan matlamat hidupku.

Entri ini berbentuk penceritaan dalam hati, jadi menggunakan aku sebagai kata ganti diri pertama

Aku dilahirkan dalam agama Islam. Mama dan abah bergama Islam. Alhamdulillah, Allahu Akbar! Suatu perkara yang bagiku adalah anugerah Allah yang amat bermakna dan hakikatnya tidak semua peroleh rezeki ini. Namun, meningkat dewasa ini aku semakin sedar dan dapati bahawa tidak semua hamba Allah seperti aku ini bijak menggunakan akal dan hati untuk menilai tentang Islam yanng dikurnikan Allah kepada mereka. Allahu'alam, Allah jua yang Maha Mengetahui.

Allah Maha Kuasa dengan menghadiahkan aku persekitaran yang tenang dan aman iaitu, dikelilingi dengan suasana Islam seperti masyarakat, sahabat, sekolah, buku, rancangan TV, usrah dan lain-lain. Pendek kata, mama dan abah membesarkan aku dengan ajaran, didikan dan persekitaran Islam.

Aku bangga.

Bangga jadi umat Islam. Di negara Islam. Sungguhpun, kadang-kadang aku insan biasa yang pelupa sering tersilap langkah dalam mengejar dunia yang serba pinjaman ini. Namun, aku ada jalan aku, jalan yang dipilih untuk ke negara kekal abadi, syurga. Jadi, setiap masa perbuatan aku tersasar sedikit, aku kembali lagi ke jalan tersebut kerana apa? Semuanya adalah demi Allah, Rasul Allah dan Islam.

Rupa-rupanya, hidup tidak mudah. Kebelakangan ini, aku semakin mengenal dan mengerti bahawa Islam itu secara umumnya disalahtafsirkan atau disalahertikan oleh umat Islam mahupun bukan Islam. Situasi ini menyebabkan terdapat banyaknya percanggahan pendapat dan fahaman di kalangan umat zaman ini.

Bagi umat Islam, masing-masing mempertahankan ajaran Ulama atau guru mereka mengikut fahaman masing-masing. Sedangkan sekiranya umat Islam semuanya bersatu hati, dengan izin Allah kuatnya Islam sehingga tak bisa direndah-rendahkan lagi.

Belum lagi diambil kira mereka yang murtad dengan bangga sekali menyatakan kebenaran dan kemuliaan perbuatan mereka itu dengan hanya mengikut akal logik. Allah, Allah..

Bagi umat bukan Islam pula, begitu meriah sekali memperlekehkan Nabi Muhammad kecintaan kita. Allah,Allah. Bukakan hati mereka untuk mengenali Islam dan RasulMu. Kurniakan petunjukMu buat umatMu yang dikasihi ini. Pedih dan sakitnya hati ini melihat RasulMu kecintaanku dihina dan dicaci. Terlalu banyak penilaian dibuat terhadap Islam hanya dengan melihat personaliti dan tabiat orang beragama Islam yang rata-rata mereka tidak 100% mengamalkan ajaran Islam itu sendiri.

Walaupun semua ini sering membuatkan hati ini sedih, gundah dan kecewa, aku tidak sama sekali akan menyerah kalah. Semangat itu perlu sentiasa dikongsi di kalangan orang sekeliling kita dalam perlbagai aspek :

  1. Ilmu menjadi senjata yang utama untuk diri sendiri dan masyarakat.
  2. Usaha dalam pelbagai bentuk untuk sentiasa menguatkan hati sendiri, mengajak kawan-kawan dan keluarga ke arah mengamalkan Islam dengan betul dan ikhlas.
  3. Peringatan sentiasa dihadiahkan kepada semua orang di sisi. Sebagai contoh, aku begitu gembira kerana masih ramai di kalangan sahabat-sahabatku di Facebook yang tidak jemu untuk post status yang mengembalikan semangat aku untuk berjuang atau untuk melakukan setiap perkara kerana Allah apa lagi berbakti kepada Islam.

Cukuplah setakat ini luahan hatiku yang membuak-buak kebelakangan ini. Kini, tiada masa lagi untuk menuding jadi menyalahkan sesiapa. Yang tinggal hanyalah masa untuk berjuang dan bertindak. Sebarkan dan ajaklah kawan-kawan dan keluarga ke arah kebaikan, ke arah Islam yang sebenar! Allahu akbar!

---------------------------------------------------------------

Sedikit perkongsian. Di bawah ini merupakan foto yang di print screen dari sebuah laman forum di Malaysia yang membincangkan isu murtad di Malaysia. Secara peribadi, saya dapati begitu banyak salah faham mengenai Islam oleh orang bukan Islam di Malaysia ini. Bukan itu sahaja, di bawah topik forum ini juga, rupa-rupanya terdapat ramai bekas penganut Islam yang murtad dan mengutuk Islam secara terang-terangan yang pada hakikatnya dia itu sendiri masih belum betul-betul mengerti Islam sebenar. Hanya membuat penilaian melalui logik akal. Astaghfirullah

Pandangan saya mengenai hal murtad di Malaysia ini yang kebanyakannya dibuang keluarga setelah didapati keluar Islam, adalah Islam itu sendiri tiada paksaan dalam menganuti agama apa pun. Apabila seseorang orang Islam keluar daripada agama Islam dan menganuti agama selain Islam yang dibenci adalah perbuatan tersebut bukannya kepada si pelaku itu.



Banyak perkara yang disentuh di laman forum tersebut antaranya perlembagaan yang melibatkan agama Islam seperti murtad, perkahwinan (orang Islam wajib menikahi orang Islam), arak, khalwat dan lain-lain.

Menyedihkan, bukan? Ayuh, mari kita bergerak dan bertindak mengindahkan dan menyampaikan yang benar tentang Islam. Itu adalah amanah Allah kepada kita, saudaraku!

Leave a comment

Pulun amal ibadah, cek Awang eh!

Saya dan suami adalah manusia biasa. Selalu terlupa. Lupa adalah penyakit yang amat dahsyat bagi kami. Pernah suatu ketika dulu, perbelanjaan kami sering berlebihan menyebabkan kewangan keluarga pada saat itu sentiasa parah dan dompet selalu rosak. Apa yang kami buat adalah mengemaskini setiap perbelanjaan dalam sebuah buku belanjawan selain menyimpan resit-resit yang tak ubah seperti sampah sarap yang menyemakkan mata.

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kiranya tak selesai juga masalah, sekurang-kurangnya kita punya usaha murni ke arah menyelesaikan masalah di situ. Itu juga satu bentuk amalan mulia, kan? Semoga Allah setiap kebaikan yang kita lakukan. Amin.

Foto di atas adalah satu bentuk usaha 'lucu' kami supaya di akhir Ramadhan nanti dapat kami muhasabah kembali pada setiap amalan yang dipulunkan sepanjang Ramadhan kali ini. Insya Allah, sekiranya berpeluang bertemu lagi dengannya akan datang, akan di'upgrade' lagi amalan kami. Amin

Demi Allah juga setiap perbuatan kami, sama sekali bukan untuk dipertontonkan kepada sesiapa. Saya juga tidak akan lihat carta suami dan suami juga tidak berminat untuk melihat carta saya. *Gelak tersipu-sipu

" Ya Allah, aku hambaMu yang hina lagi kerdil ini mohon barakah, hidayah dan taufiqMu semoga diberi rezeki nyawa dan nafas serta kesihatan yang baik untuk melakukan ibadah padaMu di sepanjang bulan yang amat mulia, bulan Ramadhan ini. Amin"

Posted in , | Leave a comment

Kecur air liur


Nama diberi PAVLOVA,
Mudah saja nak buatnya,
Bulan Ramadhan bulan mulia,
Lepas upload foto cepat-cepat pejam mata.

Leave a comment

Diari Aliff | 8 bulan & 9 bulan

Di manalah agaknya kekuatan dan keterujaan saya dalam merakam dan mencatat setiap peningkatan Aliff dari bulan ke bulan. D.I. M.A.N.A? *Sungguh-sungguh ni mempersoalkannya?

Baiklah, tampa eh tanpa membuang masa ibu akan ceritakan peningkatan Aliff eh macam tak sesuai, perkembangan lah kita guna sewaktu mencecah umur 8 bulan. Jeng, jeng.

  1. Amboi-amboi dah pandai manjat, mula nak panjat-panjat ibu. Yang, ibu bukan pokok kelapa lah!
  2. Dah pandai emosi terlebih, terutamanya setiap kali ibu nak tinggalkan Aliff di rumah nenek. Mula menangis macam kena cucuk dengan jarum la pulak. Tapi ada satu masa tu, macam tak de perasaan pulak.
  3. Yang ini, ibu tak gemor. Aliff suka sangat main wayar. Pantang jumpa wayar.
  4. Nampak gaya macam dah nak merangkak. Tapi rupa-rupanya gaya je lebih.
  5. Dah ada gigi 2 batang di bawah. Shomel sangat.
  6. Suka lepas-lepas barang. Masih belum kenal erti baling. Phew~
  7. Suka geram-geram kat ibu dan gigit hidung dan dagu ibu. Ouuchh sakit ibu sayang.
  8. Paling sensitif setiap kali ibu lap hingus di hidung Aliff waktu demam.
  9. Ada sekali tu, Aliff meniarap 'gostan'. Kelakarnya. Memang waktu ni, otak Aliff kadang-kadang keliru.
  10. Aliff suka main bola. Ayah ajar Aliff sepak-sepak bola terus Aliff tendang-tendang bola.
  11. Aliff suka main box treasure. Tak kisahlah dalam kotak tu ada baju ke, toys ke, makanan ke. Habis disepahkannya.
Rasanya itu sahaja yang ibu ingat untuk sepanjang umur Aliff 7 bulan. Haih, maafkan ibu ye sayang. Sekarang kita sambung perkembangan Aliff sepanjang umur 8 bulan. Drooooooooom, diishhhh! *Cubaan membunyikan drum

  1. Aliff dah pandai tunjuk-tunjuk, tu,tu dan lambai bye,bye
  2. Terkejut dan menangis yang sangat kuat kalau dengar bunyi yang kuat dan tiba-tiba contohnya batuk ibu, barang jatuh dan dehem. Boleh pulak kita batuk waktu tu ye
  3. Aliff suka mengomel sorang-sorang. Papapapapappapapa. Sampai dalam tidur pun terbawa-bawa. Harapnya tidaklah dia bersembang dengan rakan imaginasi T____T
  4. Aliff suka garu bontot! Kesiannya banyak parut di situ. Alii ada gatal-gatal badan
  5. Perkara ini yang paling buat ibu lega dan terharu. Aliff dah mula berselera makan dalam jumlah yang banyak. Alhamdulillah, suka ibu tengok Aliff punya selera makan
  6. Huh, beg tangan ibu selalu jadi mangsa penyelongkaran Aliff. Hep, hep. Biasa tu dia!
  7. Ok, nampaknya seperti mula berminat dengan TV
  8. Didikan dan tunjuk ajar nenek, Aliff dah aplikasikan sikit-sikit seperti salam dengan orang. Bukan bagi salam tapi bersalaman. Jangan salah konsep ye
  9. Suka tau join ibu sembang. Kalau kita sembang dengan ayah waktu baring, dia pun baring. Kalau kita sembang atau gelak dengan ayah waktu duduk, dia pun ikut duduk. :)))) *Picit hidung Aliff
  10. Amboi-amboi yang. Lajunya Aliff naik walker tu.
  11. Sejak selera makan Aliff dah bertambah, kunyah pun dah pandai seperti nasi, ikan, jagung. Suka,suka,suka!
  12. Sekarang Aliff dah mula merangkak, tapi nampaknya macam agak malas sikit di situ. Aliff, sila bersemangat waja
  13. Suka manjat, dan port kegemaran adalah stereng kereta ayah
  14. Aliff juga dah mula menggarangkan diri dan suka jerit. Aduiii sakit telinga ibu lah Aliff!
Ibu pun dah kehabisan celoteh. *Simpan tenaga untuk buat amal ibadah di bulan puasa. Ok, alasan tak diterima sebab sekarang ni kau tengah buat benda lagha dengan hapdet belog.

Di sini ibu selitkan gambar buat kenanganmu dan kita sekeluarga.




















Posted in | 2 Comments

Search

JuaNadiah 2013